Friday, 13 May 2022

REVIEW JUJUR WARDAH EVERYDAY BB CREAM KHAS UNTUK MEREKA YANG MEMPUNYAI MASALAH KULIT KERING

May 13, 2022 0

Sejak covid lahir, dah lama Hani tak masuk Guardian atau Farmasi. Beberapa bulan yang lepas Hani masuk Guardian tiba-tiba ternampak rak produk-produk Wardah tapi Hani tak belek sangat just dalam hati cakap,"oh, ok ada produk baru."


Terperasan produk ni sebab nama dia agak unik dan Islamic. Mesti produk Muslim.


Ingat produk Malaysia rupanya Wardah ni berasal dari Indonesia. Hebat juga produk ni sebab dah masuk pasaran Malaysia di Guardian dan Watsons. 


Then baru-baru ni kulit muka Hani agak bermasalah. Makin meningkat umur kulit Hani semakin kering dan mengelupas. Hani terfikir dah tiba masanya untuk Hani tukar produk skin care Hani.


Sebelum ni kulit Hani tak begitu bermasalah dan serasi je dengan semua jenis produk dan Hani tak begitu cerewet dalam memilih produk penjagaan kulit tapi memandangkan sekarang kulit Hani dan mula menunjukkan tanda-tanda bermasalah, so Hani kena berhati-hati dalam memilih produk penjagaan kulit.


Ada banyak produk yang Hani survey like pencuci muka, toner, serum dan seangkatan dengannya tapi untuk entry ni, Hani cuma nak cerita tentang BB Cream sahaja.


Reason why Hani nak cari BB Cream is senang nak bawa travel atau pakai time malas nak make up. Takkan nak pergi pasar beli ikan pun nak letak make up sekilo dekat muka? tak kuasa... haha


Hani suka BB Cream sebab dalam BB Cream tu dah siap siap ada moisturiser, sunscreen dan foundation. So dengan satu produk dia boleh bawa 3 fungsi. Menag senang la nak bawa travel dan pakai setiap hari.


Lepas apply serum kat muka, terus je tepek BB Cream ni.


Benchmark Hani nak BB Cream yang sesuai untuk kulit kering, sekurang-kurangnya SPF 50 dan warna cerah sebab kulit Hani cerah dan orang yang kulit cerah kena cari sunscreen yang SPF lebih tinggi.


Google punya google ada la jumpa few product yang meet benchmark Hani tapi harga pulak mahal. Mahal sangat tak mampu la pulak. 


Dalam Hani dok google tu Hani terjumpa lah BB Cream Wardah. Bila baca dan study pasal BB Cream ni, Hani rasa BB Cream Wardah ni bukan yang Hani nak.


So, dalam list Hani cuma ada 2 sahaja BB Cream yang Hani nak cuba which is jenama ALIA dan IN2IT.


Malangnya bila Hani pergi Watsons dekat kampung Hani, kedua-dua BB Cream yang Hani nak beli tu tak ada. Memandangkan waktu Hani pergi Watsons tu beberapa hari lepas raya, maka stock banyak yang habis.


Ramai orang nak nampak cantik masa raya. Kosong habis semua rak dalam Watsons. Tinggal produk-produk yang orang tak berapa nak beli sahaja antaranya BB Cream Wardah.


Berjodohlah Hani dengan Wardah Everyday BB Cream.


Actually BB Cream Wardah ni ada 2 jenis 


Wardah Everyday BB Cream dan Wardah Lightening BB Cream


Wardah Lightening BB Cream berfungsi untuk mencerahkan kulit sedangkan Wardah Everyday BB Cream tidak mencerahkan kulit. Ia lebih kepada melembapkan kulit.



Wardah Everyday BB Cream ada 2 pilihan warna iaitu light dan natural. 


Wardah Everyday BB Cream mengandungi ekstrak aloe vera dan Hyaluronic Acid dengan teknologi water break dan oil control. Bahan ni memang sangat bagus untuk lembapkan kulit especially bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kering. 


Tapi sebenarnya Wardah Everyday BB Cream ni juga sesuai untuk mereka yang mempunyai oily skin sebab dia ada teknologi oil control.


Memandangkan tak banyak sangat pilihan yang ada di Watsons, so Hani cuba je lah. Nak ambil yang 15ml dah habis maka terpaksa ambil yang 30ml warna natural sebab yang tu sahaja yang tinggal. Warna light dah habis stock.


Dahsyat juga wanita-wanita di kampung Hani shopping skin care. Sampai kosong habis rak.


Selepas beberapa kali pakai BB Cream ni, Hani rasa BB cream ni agak ok. Ada pros and cons la. So, kita nak cerita yang mana dulu? Yang best atau tak best?


Ok lah, kita cerita yang tak best dulu. 


Sebelum tu Hani nak bagitahu siap-siap yang Hani tak dibayar untuk buat review pasal produk ni jadi apa yang Hani cerita ni memang ikhlas dari hati Hani. 


Niat Hani untuk memudahkan anda buat research tentang produk yang sesuai untuk anda.


Tekstur Wardah Everyday BB Cream agak creamy tapi bila sapu di muka ia tak rasa berat. Masa mula-mula nak apply dekat kulit, BB Cream ni susah sikit nak sekata especially bila kulit kita basah-basah. Kena make sure kulit betul-betul kering baru pakai. 


Kalau tidak, akan jadi tompok-tompok macam ni.



Tapi tak apa, jangan risau. Keep on sapu di muka menggunakan jari pun boleh. Nati lama-lama BB Cream ni akan sekata di kulit kita macam ni.



Mungkin sebab itu Wardah BB Cream ni sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kering. 


Don't expect yang kulit anda akan jadi flawless bila guna BB Cream ni sebab foundation dia sangat sangat basic. Cukup sekadar menutup cela yang sikit sikit di wajah anda. Tapi Hani ada baca review kalau guna sponge atau make up brush boleh nampak flawless. Maybe anda boleh cuba cara tu untuk hasil yang lebih flawless. 


Apa yang menarik tentang BB Cream ni, ia sangat sesuai dengan kulit Hani yang kering. Bila pakai, terasa moist je kulit. Kawasan-kawasan yang mengelupas tu pun tak nampak ketara sangat.


Biasanya bila kulit mengelupas Hani tak akan pakai foundation atau bedak sebab bila pakai foundation atau bedak, tempat mengelupas tu akan nampak lebih ketara.


Tapi dengan Wardah BB Cream, Hani tak perlu risau dah dekat kulit mengelupas. Just sapu je dekat seluruh muka. 


BB Cream ni tahan lama. Pakai sepanjang hari pun kulit masih terasa lembap. Bila kulit berpeluh tak jadi tompok tompok cuma ada la rasa belengas sikit kat muka but still ok. Sementara ja rasa belengas tu. Maybe sebab itu kot dekat kotak siap-siap mereka mention jangan terdedah terlalu lama pada sinar matahari.


Katanya, kalau nak hasil yang lebih tahan lama, kena letak loose powder atau two way cake. Hani belum cuba guna loose powder atau two way cake sebab Hani memang jenis yang simple dan tak suka nak letak macam macam di muka. 


Ok, dari segi warna pula, BB Cream ni tak banyak pilihan warna. Cuma ada 2 pilihan sahaja iaitu light dan natural. Kulit Hani cerah. Biasanya Hani akan guna warna light tapi memandangkan warna light dah habis. Hani ambil je warna natural. 


Based on apa yang staff watson explain dekat Hani, katanya warna light terlalu cerah. Kalau kulit Hani putih ambil light kulit akan nampak lagi cerah. So, color natural just nice. 


Bila Hani pakai di muka, yes memang betul. Warna natural ni just nice kat muka Hani. Memang nampak sedikit gelap tapi tak begitu ketara. 


Ok, apa yang Hani boleh simpulkan dari review Hani. Wardah Every Day BB Cream memang sangat sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit wajah kering dengan harga yang sangat berbaloi.


Harga di Watsons RM17.46


Semoga perkongsian Hani memberi manfaat kepada anda!



Monday, 28 September 2020

Itinerari: 8 Tempat Menarik Yang Anda Boleh Lawati Di SIngapura Dalam Masa Satu Hari

September 28, 2020 0

Singapura merupakan sebuah negara yang terletak di hujung selatan Semenanjung Malaysia. Ia merupakan sebuah bandaraya global metropolitan yang memainkan peranan penting dalam perdagangan dan kewangan antarabangsa menjadikan Singapura sebagai pusat kewangan keempat yang terunggul. 

Pelabuhan Singapura merupakan salah sebuah daripada lima pelabuhan paling sibuk di dunia.

Singapura mencatatkan sejarah penghijrahan yang sangat lama menjadikan Singapura negara yang kedua paling padat dengan penduduk di dunia selepas Monaco.

Singapura merupakan negara yang mempunyai kualiti hidup terbaik di Asia dan kesebelas terbaik di seluruh dunia dalam senarai "Quality-Of-Life Index".

Singapura memiliki rizab pertukaran asing kesembilan terbesar di dunia.

Negara ini juga dilengkapi dengan angkatan tentera yang canggih dan lengkap dari segi teknologinya.

Dari maklumat ini kita dapat tahu yang Singapura merupakan sebuah negara yang maju dan moden walaupun mempunyai keluasan yang sangat kecil.

Walaupun mempunyai keluasan yang sangat kecil, namun terdapat banyak tempat menarik untuk anda lawati di Singapura dan terus terang saya katakan, untuk meneroka semua tempat menarik di Singapura, satu hari sahaja tidak cukup. 

Sekiranya anda berada di Johor Bahru dan mempunyai masa satu hari sahaja untuk melawat Singapura, anda mungkin boleh pertimbangkan cadangan itinerari saya.

Rugilah saya katakan sekiranya anda berada di Johor Bahru tetapi tidak menggunakan peluang yang ada untuk melawat Singapura. 

Singapura mempunya sistem LRT dan pengangkutan awam yang sangat baik dan boleh dikatakan antara yang terbaik di dunia. 

Anda boleh menaiki bas dari JB sentral menuju ke Woodlands, Singapura dengan tambang hanya RM1.60 sahaja dan dari Woodlands ke JB dengan harga SGD1.60. 

Sebelum saya masuk ke topik utama entri ini, saya kongsikan dahulu peta Sistem MRT di Singapura untuk rujukan anda.



Anda perlu tahu terlebih dahulu apakah tujuan dan matlamat anda melawat Singapura?

Adakah anda berniat untuk shopping tau sekadar melihat tempat-tempat menarik dan bersejarah di Singapura?

Itinerari yang saya kongsikan ini lebih kepada sigt seeing sebab susah kalau shopping dengan menaiki kenderaan awam.

Bimbang nanti terbeli banyak barang, susah nak bawa nanti. Kalau setakat shopping sikit-sikit like souvenir tu tidak menjadi masalah!

Dari Woodlands, anda boleh menaiki MRT North South Line yang berwarna merah (rujuk peta) menuju ke Newton Station kerana di sini anda perlu transit menaiki downtown line yang berwarna biru. 

Setelah menaiki Downtown Line, anda stop di Bugis Station.

Di sini anda boleh explore banyak tempat yang terletak di kawasan sekitarnya seperti:

Bugis Junction

Bugis junction, singapore
Image: Maksym Kozlenko

Sampai sahaja ni Bugis Station, anda mungkin boleh mencuci mata sebentar melihat barang-barang yang dijual di Bugis Junction yang bersambung terus dengan Bugis MRT Station oleh jambatan yang berhawa dingin. 

Bugis Junction merupakan salah satu mall yang sangat popular di Singapura. Terdapat gedung membeli belah di sini sama ada di ruangan indoor atau pun outdoor.

Terdapat pelbagai butik jenama terkenal di sini seperti Topshop, Levi's, Converse, Adidas dan banyak lagi. 

Apa yang menarik dengan Bugis junction adalah bumbung kaca besar yang menyediakan tempat perlindungan yang cantik dan rumah kedai dengan ciri kolonial serta gerai-gerai penjaja yang terletak di jalan utama. 

Bugis Street Market

Image: Dion Hinchcliffe

Bugis Street Market terletak tidak jauh dengan Bugis Junction. Ia adalah salah satu tempat membeli belah yang terbesar, termurah dan dan terpanas di Singapura. Oleh sebab itu ramai yang memilih untuk membeli belah di sini pada waktu malam yang lebih sejuk. 

Bugis Street Market terkenal kerana ia merupakan salah satu tempat shopping termurah di Singapura untuk mendapatkan barang seperti souvenirs, aksesori, pakaian, barang elektronik, houseware dan kosmetik. 

Anda boleh dapatkan barang seperti key chains, postcard dan stationary semurah SDG1 di sini.

Anda juga boleh membeli sluar jeans dengan harga SGD15, baju dan kemeja semurah SGD10, cermin mata hitam dan topi semurah SGD5 dan kasut semurah SGD20. 

Jadi, berhati-hatilah jika anda melalui kawasan ini. Sekiranya anda rasa iman anda tak kuat, boleh elakkan. 

Kebanyakkan gerai di sini buka sekitar jam 11 pagi dan tutup sekitar jam 11 malam pada hujung minggu. 

Selain barang-barang yang saya sebut sebelum ini, terdapat juga gerai-gerai yang menjual makanan dan minuman seperti jus buah yang segar seperti jus kelapa, jus pisang, nenas dan tembikai dengan harga SGD2 sahaja. 

Terdapat juga gerai-gerai lain yang menjual makanan ringan seperti sate, mi dan sebagainya. Tapi hati-hati dengan status halal ya. 

Anda hanya perlu berjalan kaki sahaja dari Bugis MRT Station untuk ke sini. 

Restoran Zam Zam

Image: Tasteatlas

Seterusnya, sudah pasti anda lapar kan setelah hampir separuh hari dari JB hingga ke Bugis Street Market. 

Saya cadangkan anda mengisi perut anda di Restoran Zam Zam yang terletak lebih kurang 550 meter dari Bugis Street.

Anda boleh memilih untuk berjalan kaki ke sini atau mengambil teksi/grab car. 

Restoran Zam Zam sangat popular dengan murtabak yang bersaiz besar, tebal dan padat dengan isi, ditambah pula dengan keju.. perghhh!!!

Anda boleh memilih sama ada ingin mencuba murtabak daging rusa, murtabak daging kambing atau murtabak daging ayam. 

Kebanyakan pelanggan yang datang ke sini akan memilih untuk mencuba murtabak daging rusa. Rare kan! 

Selain dari murtabak, anda juga boleh mencuba nasi beriani yang beraneka jenis dan sangat sedap. 

Harga makanan di sini pun not bad. Around SGD6 - SGD20 (anggaran).

Restoran ini dibuka pada setiap hari bermula jam 7 pagi hingga jam 11 malam. 

anda boleh lihat sendiri menu yang disediakan oleh Restoran Zam Zam melalui website mereka seperti berikut:

https://zamzamsingapore.com/

Masjid Sultan

Image: Airpaz Blog

Dah kenyang perut makan di Restoran Zam Zam, jangan lupa solat pula di Masjid Sultan. Tak jauh pun dengan Restoran Zam Zam. Anda hanya perlu melintas seberang jalan sahaja kerana Masjid Sultan terletak betul-betul berhadapan dengan Restoran Zam Zam. 

Masjid Sultan merupakan Masjid utama di Singapura yang terletak di sekitar kawasan Kampong Glam. 

Masjid Sultan telah dibina pada tahun 1824 oleh Sultan Hussein Shah. Namun demikian, pada tahun 1924, struktur asal masjid tersebut telah dirobohkan.

Empat tahun kemudian, ia dibangunkan semula di tapak yang sama di mana struktur bangunan tersebut masih kekal sehingga kini.

Kemudahan yang disediakan oleh Masjid Sultan sangat mesra warga tua kerana mempunya lif untuk memudahkan warga tua yang tak mampu menaiki tangga menunaikan ibadat di tingkat atas.

Malay Heritage Centre

Image: Hani Othman

Malay Heritage Centre terletak betul-betul bersebelahan dengan Masjid Sultan. Terdapat lebih kurang 10 galeri di sekitar bangunan lama ini. Semuanya berkisarkan kisah orang Melayu Singapura.

Di sekitar halamannya terdapat pokok-pokok traditional orang melayu yang ditanam di sini seperti daun kari, daun serai, daun kesom dan banyak lagi. 

Malay Heritage Centre buka pada setiap hari Khamis hingga Ahad bermula jam 10 pagi hingga jam 6 petang.


Arab Street


Arab Street terletak tidak jauh dengan Masjid Sultan. Di jalan ini terdapat banyak kedai-kedai yang menjual barang-barang khas orang Islam seperti pakaian, aksesori, kristal, batu permata yang rare.

Selain itu, terdapat banyak juga restoran dan cafe yang menyajikan hidangan yang halal.

Kedai-kedai ini mula beroperasi pada waktu tengah hari hingga pukul 8 malam. 

Garden By the Bay

Image: Hani Othman

Setelah puas meneroka sekitar Bugis Street dan Kampung Glam, anda boleh meneruskan perjalanan anda ke Garden By The Bay pula di mana anda perlu menaiki MRT di Bugis Station dan turun di Bayfront. 

Dari Bayront, anda just jalan kaki ikut signboard sahaja dan anda akan terus jumpa Garden By The Bay sebab memang dah siap sedia laluan bawah tanah dari MRT Bayfront menuju ke Garden By The Bay.

Garden by The Bay merupakan sebuah nature park yang sangat luas dan cantik terletak tidak jauh dengan Marina Bay.

Ia terbahagi kepada beberapa jenis taman iaitu Flower Dome, Cloud Forest, Children Garden, Skyway, Floral Fantasy dan banyak lagi.

Ada beberapa park perlu bayar untuk masuk dan ada juga yang boleh akses secara percuma. 

Anda boleh baca dengan lebih lanjut di laman web di bawah:


Lepas anda buka website ni mesti anda akan rasa teruja nak pergi dan explore Garden By The Bay.

Serius saya katakan yang anda tak akan menyesal pergi sini. Sangat-sangat recommended! Tapi anda memerlukan stamina yang tinggi untuk teroka semua taman yang terdapat di Garden By The Bay sebab taman ini tersangat luas dan terlalu banyak nak explore. 

Tetapi terdapat buggy disediakan untuk mereka yang tak larat berjalan. Untuk naik Buggy tu tak silap saya perlu bayar certain amount which is saya dah lupa berapa. 

Saya lebih suka jalan kaki sebab lebih bebas untuk bergerak. 

Merlion 

Image: Hani Othman

Seterusnya anda boleh ke Merlion Park. Merlion adalah simbol mitos Singapura dan sangat popular di kalangan pelancong yang datang ke Singapura.

Terdapat patung yang berbentuk separuh ikan dan separuh singa yang mempunyai air pancut yang mengalir ke Marina Bay. Ia menjadi simbol ikonik bagi Negara Singapura yang patut dilihat oleh para pelancong.

Ada mengatakan bahawa badan ikan Merlion mewakili permulaan Singapura yang sederhana sebagai sebuah perkampungan nelayan kecil.

Kepala singa pula berasal dari nama asli negara tersebut yang bermaksud Kota Singa dalam bahasa Melayu

Patung ini terletak di 1 Fullerton berhampiran tepi laut di Marina Bay. Dari sini anda boleh melihat bangunan yang cantik seperti bangunan Marina Sand yang berbentuk seperti kapal di atas bangunan tersebut. 

Di sini juga terdapat pelbagai cafe untuk anda lepak sambil menikmati pemandangan yang indah. Selain itu terdapat juga kedai cenderamata sekiranya anda ingin membeli sesuatu untuk dijadikan kenangan.

Image: Hani Othman

Anda boleh pulang dengan menaiki MRT di Raffles Place dengan mengambil North South Line yang berwarna merah. Line ini akan terus membawa anda ke Woodlands.

Dalam masa sehari sahaja anda dapat meneroka banyak tempat menarik yang terdapat di Singapura. Menarik bukan?

Saya harap perkongsian saya ini dapat membantu anda menyusun perjalanan anda di Singapura.

Selamat Melancong!











Thursday, 6 August 2020

Rawatan di Chiropractic Setia Alam untuk Sakit Bahu, leher dan Tulang Belakang

August 06, 2020 3
Assalamualaikum,

Ok, Hani nak share sikit pengalaman Hani pergi ke Chiropractic Setia Alam. Actually to be honest.. Hani memang tak pernah tahu dan tak pernah ambil tahu pun tentang Chiropractic ni until one day my husband ajak pergi ke sana siap nak belanja Hani lagi. 

So, dah orang nak belanja kan.. kita on je lah. Padehal tak tahu pun apa servis yang Chiropratic ni buat. 

Katanya sebab Hani selalu mengadu sakit belakang and selalu minta En. Suami urut. So, En.Suami pun suggest la Hani dapatkan treatment di Chiropractic Setia Alam.

Apa Itu Chiropractic?

Pengalaman yang Menarik Rawatan di Chiropractic Setia Alam

Sebelum Hani teruskan bercerita, apa kata kita fahamkan dulu apa itu chiropractic.

Ok, chiropractic adalah rawatan penjagaan kesihatan yang menekankan diagnosis, rawatan dan pencegahan gangguan sistem muskuloskeletal khususnya tulang belakang. 

Teknik rawatan yang digunakan termasuklah menggunakan beberapa equipment, senaman serta kaunseling kesihatan dan gaya hidup. 

Rawatan ini membolehkan tubuh badan kita sembuh secara semula jadi tanpa bantuan ubat ubatan.

Sebenarnya rawatan chiropractic ni dah popular di seluruh dunia. Hani jer yang baru tahu.

China adalah negara yang mula-mula menggunakan teknik rawatan ini. Kemudian diikuti oleh Amerika Syarikat, Kanada dan banyak lagi negara.

Chiropractic merupakan alternatif untuk menyembuhkan rasa sakit pada otot, sendi, tulang dan joint sports. So, untuk mereka yang selalu duduk di ofis bekerja sampai sakit belakang memang sesuai la untuk dapatkan rawatan chiropractic.  

Macam Hani actually dah lama dah rasa sakit belakang ni sebab kadang-kadang dekat office asyik duduk je buat kerja dan mungkin postur badan waktu duduk tu tak betul. Sebab tu asyik sakit belakang dan bahu.


So, masa Hani tiba di Chiropractic Setia Alam, Hani diminta untuk mengisi borang dulu. Dekat borang tu Hani kena inform masalah Hani dan bahagian mana yang Hani selalu sakit.

Tak lama pun menunggu, then Hani dipanggil untuk masuk ke bilik consultation di mana Doktor Vi Vien akan check bahagian yang Hani sakit tu base on form yang Hani isi tu.

Pengalaman yang Menarik Rawatan di Chiropractic Setia Alam

Kagum Hani rasa bila Doktor Vi vien dengan mudah boleh detect masalah Hani just dengan sentuh sikit-sikit je.

Hani tak perlu buka tudung tapi bila dia sentuh bahu Hani secara perlahan, dia boleh rasa bahagian yang Hani sakit and dia cakap bahagian yang Hani sakit tu dah mula mengeras sebab terlalu lama Hani biarkan Hani sakit di situ. Rasa kagum di situ sebab apa yang dia cakap tu semua betul.

Doktor Vi Vien tersangat lah baik dan peramah. Rasa selesa sangat dengan dia. 

Selepas consultation, Hani di bawa ke hadapan dan staff di situ explain dekat Hani tentang package dan Plan yang ada. 

Apa yang Hani expect kos rawatan di sini mungkin akan cecah RM350 sebab tengok peralatan yang digunakan pun agak canggih tapi agak terkejut sebab kos rawatan cuma RM180. Kalau tambah dengan consultation RM100.. Consultation untuk hari pertama sahaja.. next day dah tak perlu.

Pengalaman yang Menarik Rawatan di Chiropractic Setia Alam

Tapi memandangkan Hani pergi dengan husband Hani yang merupakan pelanggan Chiropractic Setia Alam, Hani dapat diskaun promo referral.. which is total harga yang perlu dibayar untuk kali pertama adalah RM185 instead of RM280.

Which is ok la kan?

So Hani on je la.. lagipun En.Suami yang nak bayarkan. 

Lepas agree dengan plan dan package, Hani dibawakan ke bilik tertutup untuk dapatkan rawatan yang dilakukan oleh seorang physiotherapist perempuan melayu.

Ada 2 equipment di dalam bilik tersebut dan 1 lebih kurang macam bench untuk baring. Korang boleh lihat seperti dalam gambar di bawah.

Pengalaman yang Menarik Rawatan di Chiropractic Setia Alam

Dalam bilik ni Hani kena buka baju dan Hani diberikan kain untuk kemban sebab physiotherapist tersebut akan urut-urut belakang Hani lebih kurang macam dekat spa tapi dia fokus bahagian yang sakit tu which is dia focus dekat shoulders, leher, tulang belikat dan pinggang belakang Hani. 

Physiotgerapist tu pun baik, dia akan adjust urutan based on keselesaan kita. 

Lepas urut, physiotherapist tu buat ultrasound pulak. Tujuan ultrasound tu sebab ada bahagian lapisan bawah otot kita yang tak boleh nak urut dengan tangan, so ultrasound tu boleh reach otot yang kat bahagian dalam. 

Lepas prosedur ultrasound, Hani dirawat pula dengan teknik interferential macam dalam gambar di bawah ni.

Pengalaman yang Menarik Rawatan di Chiropractic Setia Alam

Physiotherapist tu akan letak pads tu dekat bahagian Hani sakit, then letakan ais pad dekat bahu Hani. Dia tinggalkan Hani untuk seketika sampai mesin tu berbunyi. Lebih kurang 15 minit macam tu.

Teknik interferential ni menggunakan electrical stimulation. Rasa dia macam semut-semut sikit. Kebas-kebas gitu... Tujuan dia untuk baiki our soft tissue yang rosak.

Seterusnya, Hani diminta untuk pakai baju balik dan berpindah ke bilik satu lagi. Dekat bilik ni ada kelengkapan seperti gambar di bawah ni.

Pengalaman yang Menarik Rawatan di Chiropractic Setia Alam
Ni Hani guna suami Hani sebagai model.. hehe
Kali ni Doktor Vi Vien sendiri yang treat Hani. Untuk treatment ini, Hani diminta untuk meniarap di atas bench tersebut. 

Bench tu akan bergerak-gerak sambil Dr. Vi Vien menekan nekan belakang Hani. Tujuan treatment ini adalah untuk mobilizes spinal joint Hani secara gentle dengan berirama gitu sambil2 stretches Hani punya soft tisu dekat tulang belakang.

Then Dr. Vi Vien menggunakan sejenis alat yang dipanggil Extracorporeal Shockwave (lebih kurang gitu la nama dia) yang macam kena tembak-tembak dekat spine kita tu.  

And the last treatment is Trigger Point yang ala-ala Thai Massage macam bagi letup bahagian belakang dengan kepala yang dibuat sendiri oleh Dr. Vi Vien. 

Hani nak explain secara detail treatment ni tak berapa pandai sangat sebab bukan background Hani. Tapi kalau korang rasa nak tahu lebih details, boleh la visit sendiri ke website Chiropractic Specialty Center dengan klik di sini.

Banyak info dan details diterangkan di dalam website tersebut untuk tambah pengetahuan korang semua.

Semoga perkongsian Hani kali ni bermanfaat untuk anda semua. Yang penting kita jaga kita! hehe


Tuesday, 3 December 2019

'Fine-Dining' Yang Mengujakan Di Plane In The City

December 03, 2019 2
Hani tak pernah langsung terfikir untuk merasai pengalaman fine-dining. Ye lah.. Bila sebut je fine-dining, semua orang pun dah boleh imagine berapa harganya kan???

Tapi kalau sekali sekala atau mungkin sekali seumur hidup pun, apa salahnya kan? Just untuk pengalaman. 

Kebetulan sempena birthday Hani, husband Hani ada plan bawa Hani fine dining di Plane In The City.

So, Hani ok je la sebab orang belanja kan? Kalau kena keluarkan duit sendiri memang tidak ler nak pergi. Haha...

Actually, Hani langsung tak pernah dengar tentang Plane In the City. Bila husband Hani ajak dinner kat situ baru Hani google. 

Dapat la sedikit sebanyak gambaran tentang Plane In The City.

Plane In the City merupakan sebuah restoran yang berkonsepkan kapal terbang yang menawarkan pengalaman 90 minit fine-dining di atas kapal terbang Boeing 737 yang sebenar. Kapal terbang sebenar ye... Menarik kan? Kreatif betul founder dia ni..

Harga

Perkara pertama yang orang nak tahu tentulah harga kan? Harga pakej dinner di sini berbeza mengikut kelas.

Ada kelas ekonomi, Business dan First class yang bermula dengan harga RM250 hingga RM1000.

So, pilih la ikut kemampuan masing-masing.. huhu..

Tapi pada Hani kelas ekonomi pun dah rasa cukup awesome dah

 Bagaimana nak dapatkan tiket?

Anda boleh dapatkan tiket di beberapa website seperti website Klook, tripcarte.asia, traveloka, get your guide, atau boleh terus direct ke website plane in the city

So, anda boleh buat comparison beli kat website mana yang paling murah.

Husband memilih untuk beli tiket di klook. Dapat harga dalam lebih RM500 lebih untuk 2 orang.

Lokasi

Plane In The City terletak di Bukit Bintang. (Boleh GPS je ke sini dengan hanya menaip Plane In The City di google maps)

Atau anda boleh rujuk alamat berikut:

231, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

Bagaimana untuk ke sana?

Anda boleh drive terus ke sini atau naik MRT turun di Bukit Bintang.

Kalau anda drive ke sini, jangan risau tentang parking sebab ada banyak parking yang disediakan di sini.

Tapi kalau anda malas nak hadap traffic jam, anda boleh naik MRT dan berjalan kaki lebih kurang 950 meter untuk ke sini.

Hani memilih untuk menaiki MRT dari Stesyen MRT Sungai Buloh yang mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk tiba di Stesyen Bukit Bintang.

Dari MRT Bukit Bintang, anda boleh memilih untuk naik grab atau jalan kaki sahaja ke Plane In The City.

Hani memilih untuk berjalan kaki kerana 2 sebab. 

Sebab pertama, Hani malas nak tunggu grab yang tengah sangkut dalam traffic jam. Katanya lagi 17 minit baru boleh pick up Hani. Lamanya nak tunggu. Lagipun dinner start pukul 8 malam. Hani dah agak terlewat actually. 

Sebab kedua, Hani nak kumpul point AIA Vitality dengan achieve 7500 steps sehari.

Dari MRT Station Bukit Bintang, Hani keluar di Pintu F, kemudian Hani belok ke kiri dan hanya follow directions melalui google maps. 

Hani cross Pavillion. Sampai di hujung pavillion suasana dah kurang meriah dan agak sunyi dengan manusia tapi masih ada banyak kereta yang tengah tersangkut di traffic jam. 

Hani just jalan sahaja ikut arahan google maps sampai lah Hani ternampak kren dan badan kapal terbang macam dalam gambar di bawah ni ha...

Gambar ni hani ambil dari link https://mustsharenews.com/plane-in-the-city/  just nak tunjuk gambaran dari atas yang lebih jelas macam mana rupa restoran ini. Hebat kan? Macam mana la depa angkut Boeing 737 ni letak dekat sini. Huhu...

Hani tiba di Plane In The City agak lambat actually. Appointment kami sepatutnya pukul 8 malam tapi masa Hani sampai di sana, jam dah pukul 8.20 malam.

Husband Hani sebelum pukul 8 lagi dah sampai di sini sebab dia terus ke sini lepas kerja. Dia nak ambil Hani di MRT Bukit Bintang tapi Hani suruh dia terus tunggu Hani di Plane In The City sebab Hani akan tiba di MRT Bukit Bintang agak lambat. 

By the time Hani sampai, Hani terus ke main entrance. Husband Hani dah siap tunggu Hani di Skyland lounge. Hani tak sempat nak tengok rupa skyland Lounge sebab dah sampai pun lambat.

Kami terus dibawa menaiki Boeing 737. 

Seriously Hani rasa teruja sangat bila masuk dalam kapal terbang Boeing ni.

Terus rasa macam naik flight first class gitu dengan dekorasi yang sangat unik mengikut tema musim winter.

'Fine-Dining' Yang Mengujakan Di Plane In The City

Kami dibawa ke tempat duduk kami tapi sebelum tu seorang jurugambar meminta untuk mengambil gambar kami terlebih dahulu menggunakan cameranya dan camera kami.

Selepas puas bergambar, kami dibawa ke cockpit pula untuk bergambar.

'Fine-Dining' Yang Mengujakan Di Plane In The City

Selepas puas bergambar kami kembali ke tempat duduk kami. Ada skrin TV di setiap tempat duduk kami dan di skrin tersebut tertera nama kami.

Sebaik sahaja kami duduk, seorang pramugari berdiri di tengah-tengah pintu cockpit sambil memberi briefing keselamatan macam dalam kapal terbang tu.. cuma skrip dia lain la sikit dari dalam kapal terbang. Takde la dia suruh pakai life jacket semua tu.. huhu..

Selesai briefing, tetiba kapal terbang bergegar macam tengah take off tu.. betul-betul rasa macam dalam kapal terbang. Siap ada bunyi-bunyi lagi.

Tak lama lepas tu kami menunggu makanan untuk dihidangkan pula. 

Sementara menunggu makanan sampai, kami ambil peluang dulu untuk bergambar.

Dah bayar mahal kan... ambil ler gambar puas-puas sebagai kenangan. Ntah mungkin ini first and last je berpeluang makan dekat sini... huhu

Tak lama lepas tu, seorang pelayan datang menghidangkan makanan di atas meja kami.

Bermula dengan appetizer. Comel je appetizer dia tapi sedap.

'Fine-Dining' Yang Mengujakan Di Plane In The City

Layan... sambil makan sambil dengan lagu-lagu romantik.. alahai, serius rasa macam makan malam yang sangat romantik berdua dengan suami. 

Patut la orang kaya suka fine-dining berdua dengan pasangan. Huhu

Kemudian, kami dihidangkan pula dengan main course. Husband Hani pilih menu Braised Beef Cheek dan Glazed Atlantic Seabass. So, Hani ambil beef.

'Fine-Dining' Yang Mengujakan Di Plane In The City

Ya Allahhh... daging dia lembut nak mampus. Pertama kali seumur hidup Hani dapat makan Beef yang lembut macam kek. 

Sumpah sedap. Tak tipu. Sampai Hani rasa sepinggan tu tak cukup. Macam nak ja request tambah lagi sepinggan. Haha... 

Hani try juga rasa Seabass kat pinggan husband Hani. Pun sedap jugak tapi Hani lagi suka beef dia. Sangat nikmat.

'Fine-Dining' Yang Mengujakan Di Plane In The City

Lepas siap makan main course, kami dihidangkan pula dengan dessert. Serious sedap gila dessert dia.

'Fine-Dining' Yang Mengujakan Di Plane In The City

Ada coklat cremeux, berries marmalade, tonka cream brulee dan dehydrated raspberry. (Entah apa ke benda ni pun Hani tak tahu.. Hani taip ni pun refer dekat menu yang mereka sediakan kat sebelah meja ni haa... haha)

Selepas selesai makan dessert, bunyi announcement bagitau yang kami dah tiba di destinasi. Lepas tu sekali lagi kapal terbang bergegar sambil keluar bunyi kapal terbang tengah landing. 

Lepas tu kami semua diminta untuk turun. Kononnya dah tiba di destinasi. Husband Hani request dekat crew nak berjalan di sayap kapal terbang.

Mulanya mereka tak benarkan sebab baru lepas hujang dan sayap kapal terbang tu agak licin. Bimbang nanti kami tergelincir semasa berjalan di sana.

Tapi masa kami menapak turun tangga, crew Plane In The City tu panggil kami naik balik. Mereka suruh tunggu sekejap sementara mereka memanggil crew mereka yang in charge bahagian bawa customer ke sayap kapal terbang. 

Katanya special untuk kami sahaja. Baik gila pekerja kat sini.

Sementara menunggu crew tersebut datang, sekali lagi kami bergambar.

Tak lama lepas tu crew tersebut datang dan set up harness untuk dipakai semasa berjalan di sayap kapal terbang.

Tujuan pakai harness ni adalah untuk memastikan keselamatan para customer. 

Hani pakai skirt. So, tak boleh nak pakai harness, hanya husband Hani sahaja yang berjalan dan bergambar di sayap kapal terbang dengan berlatar belakangkan Bangunan Razak Exchanged.

'Fine-Dining' Yang Mengujakan Di Plane In The City
Kita yang tak boleh pakai harness tu duduk je la kat pintu kecemasan kapal terbang tu... huhu
Selepas bergambar di sayap kapal terbang, kami dibawa untuk bergambar di kipas kapal terbang pula.

Kena naik dengan menaiki tangga. Hati-hati dekat sini sebab agak licin juga kipas kapal terbang ni.

'Fine-Dining' Yang Mengujakan Di Plane In The City

Bagus crew dorang ni... layan ye kami bergambar sampai habis.

Jadi, berapa rate Hani nak bagi dekat Plane In The City ni?

Lokasi: 5 bintang. Sebab dekat dengan MRT. Tapi bukan terletak di kawasan yang sibuk. So boleh bagi ruang untuk privasi sikit. Lagipun boleh nampak view Razak Exchanged dari sini.

Dekorasi: 5 bintang sebab nampak mewah dan ada letak juga element salji sempena musim winter di oversea sekarang. Rasa macam naik flight first class pergi USA gitu.

Makanan: 5 bintang sebab sedap tak terkira especially daging yang lembut bagaikan sutera tu. 

Pekerja: 5 bintang juga sebab pekerja yang sangat peramah, murah dengan senyuman dan sabar melayan karenah pelanggan macam kami ni ha yang asyik nak bergambar. 

Harga: 5 bintang sebab Hani rasa harga tu memang berbaloi dengan pengalaman dan makanan yang sedap. 

So, Keseluruhan Hani bagi 5 bintang!! Bersesuaian dengan taraf restoran ini 5 bintang.. hehe..

Kalau anda nak cuba merasai pengalaman luar biasa ini, Hani memang rekemen sangat-sangat... Ambil yang ekonomi class pun dah cukup best dah pada Hani. Serius!





Wednesday, 20 November 2019

TIPS PENJAGAAN RAMBUT DENGAN HANYA MENGGUNAKAN BAHAN ORGANIK

November 20, 2019 1
Assalamualaikum semua...

Hani adalah sejenis manusia yang sangat suka dengan bahan-bahan organik. Reason why Hani suka bahan organik sebab bahan organik adalah murah dan selamat untuk digunakan. Ia tidak mengandungi bahan kimia yang boleh memberi risiko kepada kita dan alam sekitar.

So, hari ini Hani share sikit tips macam mana nak jaga rambut dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dekat dapur sahaja iaitu limau nipis dan santan.


Al maklumlah, bila usia semakin meningkat tu maka banyak la masalah keguguran rambut yang berlaku tak kisah la lelaki atau perempuan.

Caranya:

- Hiris limau nipis dan picit di sekitar kulit kepala untuk mencuci kulit kepala yang berkelemumur.

- lumurkan santan di sekitar kulit kepala dan rambut anda

- biarkan selama 30 minit hingga 1 jam

- mandi dan cuci rambut anda dengan syampoo dan bilas dengan perapi. (anda boleh guna apa sahaja shampoo. Hani cuma guna shampoo safi)

- sebagai tambahan, anda boleh letakkan vitamin rambut atau serum rambut selepas mandi.

Khasiat Limau Nipis

Kalau nak tahu, salah satu sebab kenapa rambut kita gugur adalah kerana akar rambut kita tidak menerima oksigen yang cukup disebabkan oleh kelemumur.

So, untuk mencegah rambut gugur, benda pertama yang anda perlu buat adalah hilangkan kelemumur di kepala terlebih dahulu dengan mencuci kulit kepala anda dengan limau nipis.

Khasiat Santan

Rasanya semua orang tahu betapa hebatnya santan dalam penjagaan rambut.

Santan mampu memberI nutrisi kepada rambut dan menjadikan rambut anda lebih sihat dan berkilau. Selain itu, santan juga mampu merawat masalah rambut gugur dan berkelumumur juga.

Vitamin E yang terkandung di dalam santan mampu meningkatkan pertumbuhan rambut anda.

Dan yang paling best, santan boleh melambatkan pertumbuhan uban. Haa... baru la nampak awet muda kan?

Masa mencuci tu memang anda akan lihat rambut anda akan gugur dengan banyak tapi percayalah, kalau anda amalkan perkara ini setiap hari selama 7 hari, anda akan lihat jumlah rambut anda yang gugur akan semakin berkurang.

Pada hari ketujuh, rambut anda dah tak gugur. Tapi jangan stop pulak. keep on cuci rambut dengan limau nipis dan santan setiap hari atau setiap 2 hari sekali.

Bahan organik ni tak sama macam bahan kimia. Anda mungkin perlu menambah sedikit kerajinan tapi percayalah, kesan menggunakan bahan organik adalah sangat wow!

Kalau anda nak tambahkan lagi khasiat, anda boleh juga gaulkan santan dengan daun lidah buaya sebab daun lidah buaya tak kurang hebatnya dalam membantu anda merawat rambut kerana ia boleh merawat dan mencegah rambut anda dari rosak.

Caranya mudah sahaja

- ambil 2 batang daun lidah buaya yang berukuran sederhana atau besar.

- potong dan kupas lidah buaya dan ambil bahagian isi dan gelnya

- hancurkan isi tersebut sampai halus bersama gelnya dan santan

- letak dekat rambut

- biarkan di rambut selama 30 - 60 minit

- cuci rambut dengan syampoo

Anda boleh guna rawatan ini seminggu sekali

Mudah kan? Dah la mudah, jimat duit lagi.

Hani pernah habiskan beratus ringgit untuk buat rawatan rambut di salon atau spa tapi kesannya tak sepower buat rawatan sendiri menggunakan bahan organik ini.

Yang penting, jimat duit!

Selamat Mencuba!




Sunday, 20 October 2019

TRAVELOG EVEREST BASE CAMP 2019 BERSAMA AZHAN RANI (HARI PERTAMA)

October 20, 2019 0
Assalamualaikum dan terima kash diucapkan kepada semua 27 orang peserta termasuk 6 orang peserta dari Brunei yang menyertai misi mengibarkan jalur gemilang terbesar dan terpanjang di Everest Base Camp dan juga pihak organizer iaitu Summit Attack Resources.

Kesemua 27 orang peserta ini terdiri daripada pelbagai latar belakang. Ada di antara mereka adalah wartawan, doktor, jururawat, ahli perniagaan, pelakon dan sebagainya yang sedikit sebanyak menyumbang kepada kekuatan kepada kumpulan kami. 

Trip ini bermula dari tarikh 31 Ogos 2019 dan akan berakhir pada 16 September 2019. Sengaja kami pilih tarikh tersebut sebab kedua tarikh tersebut mempunyai makna yang besar kepada Malaysia di mana tarikh 31 Ogos merupakan tarikh seluruh rakyat Malaysia menyambut hari kemerdekaan manakala tarikh 16 September pula merupakan tarikh di mana tertubuhnya Negara kita, Malaysia. 

Kami mula berkumpul di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) seawal jam 5 pagi untuk penyerahan baju jaket, T shirt team dan passport. 

Setelah selesai urusan check in, kami berkumpul semula untuk majlis perasmian dan pelepasan yang disempurnakan oleh Tan Sri Datuk Panglima Lee Lam Thye yang merupakan seorang aktivis sosial.


TRAVEL WITH HANI: TRAVELOG EVEREST BASE CAMP 2019 BERSAMA AZHAN RANI (HARI PERTAMA)
Add caption

Tidak ketinggalan juga, penyanyi lagenda tanah air kita iaitu Amy Search yang turut hadir menghantar dan memberi sedikit kata-kata semangat kepada kami di airport. 

Jam 10.50 pagi flight kami mula bergerak menuju ke Kathmandu, Nepal. Boleh nampak wajah teruja semua peserta.

Perjalanan kami menuju ke Kathmandu mengambil masa lebih kurang 4 jam dan kami tiba di Tribhuvan International Airport, Kathmandu pada jam 1.25 tengah hari. 

TRAVEL WITH HANI: TRAVELOG EVEREST BASE CAMP 2019 BERSAMA AZHAN RANI (HARI PERTAMA)

Kali terakhir Hani datang ke Katmandu adalah pada tahun 2015 dan Hani boleh nampak sedikit sebanyak kemajuan yang ada pada airport ini. 

Kami bernasib baik sebab antara yang terawal tiba di airport. Suasana di airport yang tak terlalu sibuk dan tak begitu ramai orang memudahkan pergerakan kami. 

Proses membuat visa juga berjalan dengan lancar. Team kami yang dari Brunei perlu membuat visa sebaik tiba di airport memandangkan mereka tiada Nepal Embassy di Brunei. Tapi tak perlu risau sebab proses membuat visa upon arrival cuma mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja. Mungkin sebab orang tak begitu ramai.

Kedatangan Kami disambut oleh Ganesh iaitu guide tempatan dengan kalungan bunga sebagai simbolik penghargaan mereka kepada kami yang sudi datang ke negara mereka. 


TRAVEL WITH HANI: TRAVELOG EVEREST BASE CAMP 2019 BERSAMA AZHAN RANI (HARI PERTAMA)

Kami dibawa ke Hotel Dom Himalaya yang terletak di Thamel. 

Thamel merupakan main city di Kathmandu. Anda boleh lihat pelbagai kedai yang menjual barang outdoor, jewelry dan handcraft di sini. Anda juga boleh menikmati nightlife di sini sebab ada banyak bar di sekitar Thamel.

Selesai check in, kami di minta berkumpul untuk sesi taklimat. 

TRAVEL WITH HANI: TRAVELOG EVEREST BASE CAMP 2019 BERSAMA AZHAN RANI (HARI PERTAMA)

Selepas sesi taklimat, kami diberi peluang untuk 'berpeleseran' di sekitar Kathmandu.

Of course perkara pertama yang kami cari adalah money changers, kemudian kedai simkad.

Oh ya, untuk beli simkad di sini, mereka perlukan gambar ukuran passport. Kalau anda terlupa nak bawa gambar ukuran passport, jangan risau. Mereka akan snap gambar anda terus dari kedai tanpa mengenakan sebarang bayaran.

It just, mereka punya procedure kena ada gambar ukuran passport untuk setiap pembeli simkad.

Kami sempat megisi perut di Anatolia. Antara restoran halal yang menjadi favourite kami di sini. 

Selepas selesai mengisi perut, melawat kedai-kedai outdoor di sekitar Thamel. Terlalu banyak kedai outdoor di sini dan harga barang dalam kategori murah.


TRAVEL WITH HANI: TRAVELOG EVEREST BASE CAMP 2019 BERSAMA AZHAN RANI (HARI PERTAMA)

Hani aim nak beli kasut hiking sebab kasut yang Hani ada tu bukan goretex. Penting sebenarnya pakai kasut goretex sebab boleh protect kaki dari basah terkena salji, air sungai atau hujan.

Sebab bila kaki kita sejuk, tendency untuk kena frostbite adalah tinggi. Sebab itu Hani sangat mementingkan kualiti kasut.

Seriously, mental anda boleh terjejas hanya kerana kesilapan teknikal yang sedikit. This is what happened to me masa Hani panjat Siguniang before this dan Hani tak mahu kesilapan yang sama berlaku kali ini. 

Ya, memang orang cakap kena test dulu kasut beberapa kali sebelum betul-betul guna tapi tak apa. Since I am a risk taker, Hani pasrah sebab nak dapat harga murah punya pasal.

Ya lah, harga barang outdoor di Kathmandu sangat murah. Rasa bodoh nanti kalau tak beli. huhu..

Hani sempat temankan Wadi beli sepasang kasut La Sportiva dengan pole jenama Black Diamond. Mulanya Hani nak ambil juga kasut La Sportiva tapi tak ada saiz Hani. 

It's ok, Hani boleh cuba kasut The North Face. 

Antara kasut goretex yang bagus pada pendapat Hani adalah La Sportiva. Seriously!

Harga kasut La Sportiva yang Wadi beli tu agak murah dan memuaskan. Untuk sepasang kasut La Sportiva yang dijual dengan harga RM900 di website La Sportiva sendiri, kami boleh dapat dengan harga RM567 di sini. Original ya... Siap dapat free stoking lagi. Kat ebay pun orang jual RM700 something.

Selesai shopping, kami semua pulang ke hotel untuk berehat sementara Huda, iaitu wakil medik kami mula buka ‘klinik’ untuk check tahap kesihatan masing-masing sebelum tiba hari pendakian. 

TRAVEL WITH HANI: TRAVELOG EVEREST BASE CAMP 2019 BERSAMA AZHAN RANI (HARI PERTAMA)

Hari pertama kami berakhir dan alhamdulillah segala urusan berjalan dengan lancar. Masing-masing pun masih lagi excited. 

Kita tengok hari pendakian nanti pula sama ada semua orang akan kekal excited atau tidak. Haha...