Baru-baru ini Hani berkesempatan ke Pos Kuala Mu yang terletak di Sungai Siput, Perak.
Tu pun nasib baik suami yang ajak dan suami Hani pulak, nasib baik kawan dia yang ajak. Haha..
Kiranya trip ni kami bercuti bersama-sama keluarga kawan kepada suami Hani.
Ada 4 keluarga semuanya.
Kiranya trip ni kami bercuti bersama-sama keluarga kawan kepada suami Hani.
Ada 4 keluarga semuanya.
Menariknya tempat ini sebab keunikan lanskap di sini yang menonjolkan warisan dan budaya orang asli.
Hani rasa sangat teruja dan kagum dengan keindahan di tempat ini. Memang tak sangka terdapat tempat yang sebegini cantik di kawasan pedalaman.
Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk tiba di sini dari Gopeng, Perak.
Kalau dari Sungai Siput ke Pos Kuala Mu mengambil masa lebih kurang 1 jam 20 minit.
Kalau dari Sungai Siput ke Pos Kuala Mu mengambil masa lebih kurang 1 jam 20 minit.
Perjalanan yang Hani rasakan agak panjang dan membosankan sebab kami perlu melalui kawasan yang sangat terpencil dan sunyi.
Menurut suami Hani, dia pernah ikut laluan ini dahulu dengan menaiki 4WD untuk mendaki Gunung Yong Yap.
Dulu jalan ini hanya jalan tanah merah tapi sekarang dah ada jalan tar yang elok walaupun tak adalah begitu besar sangat tapi cukup selesa untuk memandu.
Memang pilihan yang tepat untuk bercuti bersama keluarga dan lari sekejap dari kesibukan di bandar.
Hani difahamkan terdapat 20 buah chalet yang dibina sendiri oleh Orang Asli di sini. Chalet ini dibina menggunakan daun-daun dan buluh yang diambil dari hutan.
Binaan yang sangat ringkas tapi unik dan menarik untuk merasai kehidupan seperti Orang Asli.
Nahhhh!!! Hani belanja sikit gambar suasana di Pos Kuala Mu. Biar gambar berbicara... gituuuu!!!
Nahhhh!!! Hani belanja sikit gambar suasana di Pos Kuala Mu. Biar gambar berbicara... gituuuu!!!
View dari bahagian hadapan chalet kami |
Ni pula view dari bahagian belakang chalet kami. Bangun pagi terus buka tingkap cuci mata tengok pemandangan yang menenangkan. |
Kalau sesiapa yang ada hammock tu bawa la hammock. Boleh lepak santai-santai kat sini sambil layan bunyi air sungai dan kicauan burung. hehe.. |
Kaunter pembayaran. Kalau tak siap Hani, harga chalet satu malam dalam RM80 rasanya. Hani cuma bawa badan jer ni. Segala pembayaran dibuat oleh suami Hani. Haha.. |
Tempat parking. Luas kan? Boleh main bola kat sini.huhu.. |
Ni chalet yang sedikit besar berbanding chalet yang kami stay tu. Tapi yang tak berapa best tu, chalet ni tak mengadap sungai. |
Bersih kan kawasan di sini. Untuk makluman anda, penduduk orang asli di sini sangat-sangat menjaga kebersihan.
Pagi tu masa kami lepak dekat bawah pondok, ada pekerja orang asli datang sembur racun lalat dekat tong sampah.
Mereka memang sangat mengutamakan kebersihan.
Kami sempat berbual sekejap dengan pekerja orang asli tersebut. Katanya, kementerian kesihatan akan datang sini untuk check kebersihan sungai untuk elak masalah seperti terkena kencing tikus.
Tempat ini baru sahaja setahun dibina tapi mendapat permintaan yang sangat tinggi. Kalau anda berminat untuk bercuti di sini bersama keluarga, make sure anda membuat tempahan sebulan lebih awal sebab takut penuh. Demand sangat tinggi untuk chalet yang cuma ada 20 buah sahaja.
Anda boleh menghubungi En. Saidin Bin Ismail 019 4117281 untuk tempahan atau anda boleh terus ke facebook mereka di sini
Keesokkan harinya selepas kami check out, kami sempat singgah sebentar di perkampungan orang Asli Kampung Bersah untuk memberi sumbangan yang berupa pakaian terpakai yang dikirimkan oleh sahabat-sahabat kami.
Rumah Tok Batin |
Surau Kampung Bersah |
Yang baju biru tu tok batin. Tengah bincang tentang next projek dengan penduduk di sini. Gituhhh |
Mcmana makan disini..boleh ke pengunjung alatan memasak
ReplyDeleteWow, that is appealing studying. i am glad i found this and were given to artifice in it. great task upon this content. I preferred it loads. thanks for the colossal and precise data. travel blogspot
ReplyDelete