Sunday 20 September 2015

Hiking: Gunung Kerinci, Indonesia (Part 3)

Part 1 sudah... Part 2 pun sudah... Now TWH nak cover part 3 pulak... Gituuuuu... macam buat assignment. Dalam post Hiking: Gunung Kerinci, Indonesia (Part 2), kami bermalam di Shelter 2. Lebih kurang pukul 2, kami bangun dan mula besiap sedia untuk mendaki hingga ke puncak. Cuaca sejuk tak payah cakap lah yea.... menggigil gosok gigi. Rasanya suhu around 5 darjah celcius waktu tu. Nasib baik tak kena hypothermia. Sebelum bergerak kami buat streching dulu sambil dengar penerangan daripada guide. 

Hiking: Gunung Kerinci, Indonesia (Part 3)

Perjalanan kami dari Shelter 2 ke Shelter 3 mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit hingga 1 jam 45 minit dengan melalui laluan longkang (tempat air mengalir). Nasib kami baik sebab time tu musim kemarau. Just imagine kalau kami mendaki waktu hujan... Memang agak mencabar jugak la sebab laluan tersebut mungkin sangat licin. Sedangkan tak hujan pun dah cukup mencabar. Trek memang pacak gila. Salah parking kaki, boleh terjatuh. 


Dari Shelter 3, kami boleh nampak view yang sangat cantik. Suhu semakin sejuk di sini especially bila datang angin memandangkan kawasan di Shelter 3 memang sangat lapang tanpa sebarang pokok. Untuk pengetahuan, bermula dari shelter 3 sampai ke puncak memang dah tak ada pokok-pokok. Semuanya tanah lapang. Di sini kami bersiap-siap memakai gaiter. Gaiter ini berfungsi untuk melindungi kasut dari termasuk pasir dan batu-batu halus. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam dari Shelter 3 untuk ke Puncak Gunung Kerinci. Pada TWH, trek ini paling mencabar kerana tanah-tanah yang berpasir halus agak menyukarkan perjalanan ditambah pula dengan angin yang sangat kuat. Kami hampir melayang-layang seiap kali datang angin yang kuat. Sekali sekala TWH terpaksa berhenti dan tunduk setiap kali angin datang. Adakala terpaksa merangkak... Kalau TWH jumpa laluan longkang, TWH akan ikut laluan tersebut untuk elak tiupan angin. Penat... memang penat... hampir mental down juga. Untuk kurangkan mental down tu, kami just rileks-rileks layan view yang sangat owesome di sini. 

tak sempat nak layan sunrise atas puncak, so, layan kat sini pun cantik jugak
Dah tak jauh dah sebenarnya untuk ke puncak tapi penat gila time ni rasa macam jauh jer...
Oh, sebelum TWH terlupa, sekiranya anda ingin mendaki any gunung berapi di Indonesia, please bring along spek mata sbb panas dan yang penting untuk melindungi mata dari habuk. Kalau lihat pada tanah berpasir macam dalam gambar ni, anda boleh imagine kan macam mana bila angin bertiup kuat? TWH susah nak bergerak sbb pandangan mata TWH terganggu dengan pasir-pasir yang masuk mata. So spek tu sebenarnya sebagai perlindungan jugak. Bukan setakat untuk bergaya macam brader kat belakang TWH tu. hehe... 


Akhirnya kami selamat sampai ke Puncak Gunung Kerinchi. Kalau tak silap dalam pukul 7.30 atau pukul 8.00 pagi kami semua tiba di puncak.


Belanja sikit gambar kawah Gunung Kerinci. Setakat tu je lah yang TWH boleh sampai. Nak ke depan lagi tak berani. Itu pun dah menggigil kaki sebab teringat kisah ada orang pernah terjatuh dalam kawah masa tengah berselfie. huuuuu.... Takut!

Ok, next post TWH cerita pulak pengalaman TWH turun dari puncak Gunung Kerinci. Time turun ni panik dia lain pulak.. dengan gayat bagai. Stay tune yaaa...... Adios!

Photo by: Jonathan Mackenzie & Hani Othman

No comments:

Post a Comment