Thursday 10 October 2019

Review Spray Serangga Organik Camay

Rasanya ramai suri rumah yang stress bila rumah ada gangguan dari serangga seperti semut, lipas, lalat, nyamuk dan banyak lagi.

Actually Hani pun mengalami masalah yang sama juga suatu ketika dahulu. Maklum lah pindah rumah baru time tu.

Maka banyak la semut-semut beratur ibarat angkatan tentera bergerak ke medan perang. Tinggal makanan sekejap ja semut dah hurung. Stress kan?

Dah la Hani fobia sikit dengan semut. Ye lah dari kecik orang asyik cakap kalau termakan semut seekor nanti boleh lupa 44 hari.

Kalau dah termakan banyak ekor? berapa hari nak lupa tu. Last-last nama sendiri pun terlupa. Tak tahu lah benda ni betul ke tidak.

Mungkin benda tu cuma mitos untuk takutkan budak-budak tapi benda tu lah yang melekat dalam kepala otak Hani sampai sekarang.

So, one day ni Hani ternampak FB member Hani asyik pos pasal produk camay.

Apa ke bendanya Camay ni? 


Camay merupakan spray yang dicipta bagi tujuan membasmi, menghalau serta menghapuskan semua jenis serangga dengan cepat, selamat dan berkesan.

Ia dihasilkan dari bahan-bahan organik semulajadi seperti minyak daun semambu, minyak bawang putih, yis, halia, cuka, tepung gandum, gula dan air.

Ia memang terbukti mendapat pensijilan daripada makmal bertauliah untuk ujian logam berat dan residu racun perosak. (Klik link ini untuk melihat sijil makmal camay).

Time Hani beli tu, Camay baru launch lagi. Maka, tak ramai sangat yang aware pasal produk ni. Jadi, Hani pun contact la member Hani sekadar mencuba.

Mencuba pun... Hani siap order 2 botol besar ok! Plan sebotol nak letak kat rumah sendiri and lagi satu botol nak letak dekat rumah mak mentua sebab sebelah bilik tidur kitorang ada pokok apa ntah.

Maka, banyaklah kerengga menumpang katil kami. Jadi, sebagai langkah memerangi kerengga tu, Hani prepare la camay sebotol di rumah mak mentua.

And amazingly, produk tu sangat berkesan ok! sangat-sangat berkesan. Bukan tipu-tipu. Habis semua semut-semut di rumah mati. Kerengga di bilik tidur kami pun dah tak ada sekarang.

Yang paling bestnya, Hani sray sekali sahaja di laluan semut. The next day another semut datang lagi kat laluan yang sama terus mati.

Makna kata, tempat yang Hani spray tu terus jadi 'zon bahaya' kepada semut. Mana-mana semut yang menghampiri zon bahaya tu akan mati serta merta.

Jangan kata semut sahaja yang mati, lipas yang lalu lalang kat 'zon bahaya' tu pun turut mati.


Start dari situ bermulalah episod bahagia di rumah Hani sebab dah takda dah gangguan serangga di rumah.

Apa yang best dengan Spray serangga organi Camay ini adalah kandungan dia yang bebas racun. Ya. bahan-bahan yang digunakan untuk membuat camay ni semuanya dari bahan organik.

So, Hani tak perlu risau kalau terkena makanan, kuali, pinggan dan seangkatan dengannya. Even, Hani juga pernah cuba untuk spray camay dekat beras untuk halau kutu beras.

Alhamdulillah kutu beras semua mati tapi Hani tak mati dan masih hidup hingga sekarang sambil mengarang blog ini.

Selain tu Hani pernah juga spray dekat sayur kangkung yang Hani tanam belakang rumah. Ya, dulu sayur kangkung Hani dipenuhi oleh lubang-lubang.

Nak makan pun geli tapi sejak Hani ada camay, sayur kangkung Hani dah tak ada lubang. Nak makan pun dah tak rasa geli.

Start dari situ la Hani dah mula jatuh cinta dengan camay. Alhamdulillah, sekarang dah masuk botol ketiga dan bakal menjadi botol keempat.

Kalau anda berminat nak cuba camay, anda boleh klik link di bawah:

https://twh.yezza.store/

atau

anda boleh pergi ke link shopee berikut:

https://shopee.com.my/%F0%9F%94%A5HOT-ITEM%F0%9F%94%A5SPRAY-SERANGGA-ORGANIC-CAMAY-i.33984188.2054373767 



No comments:

Post a Comment