Sunday 30 September 2018

Bahaya Acute Mountain Sickness (AMS) Yang Boleh Menyebabkan Kematian


Acute Mountain Sickness kalau diterjemahkan dalam bahasa melayu bermaksud penyakit akut gunung atau lebih mudah dipanggil AMS adalah penyakit yang selalu menyerang para pendaki gunung, pemain ski dan pengembara pada ketinggian 2,400 meter. 

Penyakit ini disebabkan oleh tekanan udara yang kurang dan paras oksigen yang rendah di ketinggian yang tinggi. 

AMS boleh berkembang menjadi High Altitude Pulmonary Edema (HAPE) di mana anda akan rasa kesesakan nafas atau High Altitude Cerebral Edema (HACE) dimana anda akan berasa kekeliruan. 

AMS yang lebih kronik mungkin akan berlaku sekiranya anda semakin terdedah kepada ketingian yang lebih tinggi. 

AMS berlaku pada kira-kira 20% pendaki selepas sampai pada ketinggian 2,400 meter dan 40% pendaki yang sampai ke 3,000 meter. 

Semakin cepat anda naik ke tempat yang tinggi, semakin besar kemungkinan anda akan mendapat AMS. 

Punca AMS

Anda akan berisiko tinggi untuk mendapat AMS jika:

  • Anda tinggal di atau berhampiran paras laut dan pergi ke tempat yang berketinggian tinggi.
  • Anda mempunyai sejarah diserang AMS.
  • Anda naik ke tempat yang tinggi dengan pergerakan yang pantas.
  • Anda tidak dapat menyesuaikan diri anda dengan ketinggian
  • Alkohol atau bahan lain yang telah mengganggu aklimatisasi anda.
  • Anda mempunyai masalah kesihatan yang melibatkan jantung, sistem saraf atau paru-paru.
  • Anda mempunyai jumlah sel darah merah yang rendah atau anemia.
  • Pengambilan ubat seperti ubat tidur, ubat tahan sakit narkotik atau ubat penenang yang boleh mengurangkan kadar pernafasan anda. 
  • Dehidrasi atau kekurangan air dalam badan

Gejala AMS

Ia bergantung kepada kelajuan pendakian anda dan seberapa keras anda mengerah dan memaksa diri anda. Gejala-gejala ini merangkumi penyakit ringan yang boleh mengancam nyawa anda kerana ia boleh menjejaskan sistem saraf, paru-paru, otot dan jantung. 

Dalam kebanyakan kes, tanda-tanda atau gejala adalah ringan seperti:

  • Sukar untuk tidur
  • Pening dan rasa hilang keseimbangan badan
  • Kepenatan
  • Sakit kepala
  • Bengkak pada tangan, kaki dan muka
  • Hilang selera makan
  • Mual dan muntah
  • Nadi bergerak dengan cepat
  • Sesak nafas 
  • Hidung berdarah


AMS akan menjadi lebih teruk sekiranya anda mengalami tanda-tanda seperti berikut:


High Altitude Pulmonary Edema (HAPE)

  • Sesak nafas walaupun sedang berehat
  • Demam
  • Rasa sesak dada
  • Batuk atau batuk berdarah
  • Batuk berlendir



High Altitude Cerebral Edema (HACE)

  • Rasa keliru
  • Sakit Kepala yang melampau
  • Genggaman menjadi lemah
  • Anda menjadi kurang sedar 
  • Anda mula mengelakkan diri untuk berinteraksi
  • Kulit mula menjadi kelabu dan pucat
  • Tak boleh berjalan dengan stabil atau kadang kala anda langsung tak boleh berjalan
  • Peningkatan rasa loya dan muntah
  • Pendarahan retina atau gangguan penglihatan
  • Lumpuh pada satu sisi badan

Namun demikian, dalam kebanyakan kes, gejala-gejala ini adalah bersifat sementara dan biasanya akan hilang apabila badan anda mulai sesuai dengan ketinggian tersebut. 



Rawatan


Diagnosis awal adalah penting kerana ia lebih mudah dirawat pada peringkat awal. 

Rawatan utama untuk semua bentuk AMS adalah dengan,

  • turun ke tempat  yang lebih rendah secepat mungkin dengan selamat. Anda tidak perlu mendaki sekiranya ada mengalami tanda-tanda AMS yang kronik.
  • Mengurangkan aktiviti anda dan berehat selama sekurang-kurangnya sehari sebelum menyambung pendakian anda ke tempat yang lebih tinggi.
  • Minum air dengan banyak
  • Jika ada oksigen tambahan, anda boleh menggunakan oksigen tersebut. 

Biasanya mereka yang mengalami AMS di tahap yang teruk perlu dimasukkan ke hospital. 

Ubat yang dipanggil acetazolamide (Diamox) boleh diberikan kepada mereka yang mengalami tanda-tanda AMS untuk membantu anda bernafas dengan lebih baik. Ia boleh membantu mengurangkan gejala yang dialami. 

Namun demikian, ubat ini akan menyebabkan anda kencing lebih kerap. Pastikan anda mengambil air yang banyak dan elak alkohol semasa mengambil ubat ini. Diamox berfungsi dengan baik apabila diambil sebelum mencapai ketinggian yang tinggi. 

Jika doktor mengesahkan anda mengalami HAPE, rawatan mungkin seperti berikut:

  • Oksigen
  • Ubat tekanan darah tinggi yang dipanggil nifedipine
  • Inhaler untuk membuka saluran darah
  • Mesin pernafasan untuk kes yang teruk
  • Ubat untuk meningkatkan aliran darah ke paru-paru yang dipanggil phosphodiesterase inhibitor



Dexamethasone (Decadron) membantu anda mengurangkan gejala AMS dan bengkak di otak (HACE)


Kesan AMS

Kesan atau komplikasi AMS sangat bahaya. Ia termasuklah:

  • Koma
  • Cecair di dalam paru-paru (Edemal Palmunari)
  • Bengkak Otak (Edema Cerebral) yang boleh menyebabkan sawan, perubahan mental atau kerosakan kekal pada sistem saraf
  • Kematian



Langkah-langkah Pencegahan


Orang selalu cakap 'Mencegah adalah lebih baik dari merawat'. Jadi pastikan anda melakukan perkara-perkara tersebut ketika mendaki di ketinggian yang melebihi 2400 meter.

  • Mendaki gunung secara beransur-ansur.
  • Berhenti untuk sehari atau dua hari untuk berehat untuk setiap 600 meter bagi pendakian yang melebihi 2,400 meter
  • Tidur pada ketinggian yang lebih rendah kalau boleh
  • Pastikan anda mempunyai keupayaan untuk turun dengan cepat jika perlu.
  • Ketahui cara mengenali gejala awal AMS

Ketika mendaki, anda disarankan untuk:

  • Minum banyak air. Sekurang-kurangnya 2 liter air sehari
  • Jangan minum alkohol
  • Makan makanan yang tinggi karbohidrat

Sekiranya anda ingin mendapat gambaran dengan lebih jelas bagaimana penyakit ini berlaku, Hani sarankan anda menonton filem Everest. Di situ ditunjukkan semua jenis gejala-gejala yang berlaku pada pendaki ketika mendaki di Everest. 






No comments:

Post a Comment