Friday 13 May 2022

REVIEW JUJUR WARDAH EVERYDAY BB CREAM KHAS UNTUK MEREKA YANG MEMPUNYAI MASALAH KULIT KERING

Sejak covid lahir, dah lama Hani tak masuk Guardian atau Farmasi. Beberapa bulan yang lepas Hani masuk Guardian tiba-tiba ternampak rak produk-produk Wardah tapi Hani tak belek sangat just dalam hati cakap,"oh, ok ada produk baru."


Terperasan produk ni sebab nama dia agak unik dan Islamic. Mesti produk Muslim.


Ingat produk Malaysia rupanya Wardah ni berasal dari Indonesia. Hebat juga produk ni sebab dah masuk pasaran Malaysia di Guardian dan Watsons. 


Then baru-baru ni kulit muka Hani agak bermasalah. Makin meningkat umur kulit Hani semakin kering dan mengelupas. Hani terfikir dah tiba masanya untuk Hani tukar produk skin care Hani.


Sebelum ni kulit Hani tak begitu bermasalah dan serasi je dengan semua jenis produk dan Hani tak begitu cerewet dalam memilih produk penjagaan kulit tapi memandangkan sekarang kulit Hani dan mula menunjukkan tanda-tanda bermasalah, so Hani kena berhati-hati dalam memilih produk penjagaan kulit.


Ada banyak produk yang Hani survey like pencuci muka, toner, serum dan seangkatan dengannya tapi untuk entry ni, Hani cuma nak cerita tentang BB Cream sahaja.


Reason why Hani nak cari BB Cream is senang nak bawa travel atau pakai time malas nak make up. Takkan nak pergi pasar beli ikan pun nak letak make up sekilo dekat muka? tak kuasa... haha


Hani suka BB Cream sebab dalam BB Cream tu dah siap siap ada moisturiser, sunscreen dan foundation. So dengan satu produk dia boleh bawa 3 fungsi. Menag senang la nak bawa travel dan pakai setiap hari.


Lepas apply serum kat muka, terus je tepek BB Cream ni.


Benchmark Hani nak BB Cream yang sesuai untuk kulit kering, sekurang-kurangnya SPF 50 dan warna cerah sebab kulit Hani cerah dan orang yang kulit cerah kena cari sunscreen yang SPF lebih tinggi.


Google punya google ada la jumpa few product yang meet benchmark Hani tapi harga pulak mahal. Mahal sangat tak mampu la pulak. 


Dalam Hani dok google tu Hani terjumpa lah BB Cream Wardah. Bila baca dan study pasal BB Cream ni, Hani rasa BB Cream Wardah ni bukan yang Hani nak.


So, dalam list Hani cuma ada 2 sahaja BB Cream yang Hani nak cuba which is jenama ALIA dan IN2IT.


Malangnya bila Hani pergi Watsons dekat kampung Hani, kedua-dua BB Cream yang Hani nak beli tu tak ada. Memandangkan waktu Hani pergi Watsons tu beberapa hari lepas raya, maka stock banyak yang habis.


Ramai orang nak nampak cantik masa raya. Kosong habis semua rak dalam Watsons. Tinggal produk-produk yang orang tak berapa nak beli sahaja antaranya BB Cream Wardah.


Berjodohlah Hani dengan Wardah Everyday BB Cream.


Actually BB Cream Wardah ni ada 2 jenis 


Wardah Everyday BB Cream dan Wardah Lightening BB Cream


Wardah Lightening BB Cream berfungsi untuk mencerahkan kulit sedangkan Wardah Everyday BB Cream tidak mencerahkan kulit. Ia lebih kepada melembapkan kulit.



Wardah Everyday BB Cream ada 2 pilihan warna iaitu light dan natural. 


Wardah Everyday BB Cream mengandungi ekstrak aloe vera dan Hyaluronic Acid dengan teknologi water break dan oil control. Bahan ni memang sangat bagus untuk lembapkan kulit especially bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kering. 


Tapi sebenarnya Wardah Everyday BB Cream ni juga sesuai untuk mereka yang mempunyai oily skin sebab dia ada teknologi oil control.


Memandangkan tak banyak sangat pilihan yang ada di Watsons, so Hani cuba je lah. Nak ambil yang 15ml dah habis maka terpaksa ambil yang 30ml warna natural sebab yang tu sahaja yang tinggal. Warna light dah habis stock.


Dahsyat juga wanita-wanita di kampung Hani shopping skin care. Sampai kosong habis rak.


Selepas beberapa kali pakai BB Cream ni, Hani rasa BB cream ni agak ok. Ada pros and cons la. So, kita nak cerita yang mana dulu? Yang best atau tak best?


Ok lah, kita cerita yang tak best dulu. 


Sebelum tu Hani nak bagitahu siap-siap yang Hani tak dibayar untuk buat review pasal produk ni jadi apa yang Hani cerita ni memang ikhlas dari hati Hani. 


Niat Hani untuk memudahkan anda buat research tentang produk yang sesuai untuk anda.


Tekstur Wardah Everyday BB Cream agak creamy tapi bila sapu di muka ia tak rasa berat. Masa mula-mula nak apply dekat kulit, BB Cream ni susah sikit nak sekata especially bila kulit kita basah-basah. Kena make sure kulit betul-betul kering baru pakai. 


Kalau tidak, akan jadi tompok-tompok macam ni.



Tapi tak apa, jangan risau. Keep on sapu di muka menggunakan jari pun boleh. Nati lama-lama BB Cream ni akan sekata di kulit kita macam ni.



Mungkin sebab itu Wardah BB Cream ni sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kering. 


Don't expect yang kulit anda akan jadi flawless bila guna BB Cream ni sebab foundation dia sangat sangat basic. Cukup sekadar menutup cela yang sikit sikit di wajah anda. Tapi Hani ada baca review kalau guna sponge atau make up brush boleh nampak flawless. Maybe anda boleh cuba cara tu untuk hasil yang lebih flawless. 


Apa yang menarik tentang BB Cream ni, ia sangat sesuai dengan kulit Hani yang kering. Bila pakai, terasa moist je kulit. Kawasan-kawasan yang mengelupas tu pun tak nampak ketara sangat.


Biasanya bila kulit mengelupas Hani tak akan pakai foundation atau bedak sebab bila pakai foundation atau bedak, tempat mengelupas tu akan nampak lebih ketara.


Tapi dengan Wardah BB Cream, Hani tak perlu risau dah dekat kulit mengelupas. Just sapu je dekat seluruh muka. 


BB Cream ni tahan lama. Pakai sepanjang hari pun kulit masih terasa lembap. Bila kulit berpeluh tak jadi tompok tompok cuma ada la rasa belengas sikit kat muka but still ok. Sementara ja rasa belengas tu. Maybe sebab itu kot dekat kotak siap-siap mereka mention jangan terdedah terlalu lama pada sinar matahari.


Katanya, kalau nak hasil yang lebih tahan lama, kena letak loose powder atau two way cake. Hani belum cuba guna loose powder atau two way cake sebab Hani memang jenis yang simple dan tak suka nak letak macam macam di muka. 


Ok, dari segi warna pula, BB Cream ni tak banyak pilihan warna. Cuma ada 2 pilihan sahaja iaitu light dan natural. Kulit Hani cerah. Biasanya Hani akan guna warna light tapi memandangkan warna light dah habis. Hani ambil je warna natural. 


Based on apa yang staff watson explain dekat Hani, katanya warna light terlalu cerah. Kalau kulit Hani putih ambil light kulit akan nampak lagi cerah. So, color natural just nice. 


Bila Hani pakai di muka, yes memang betul. Warna natural ni just nice kat muka Hani. Memang nampak sedikit gelap tapi tak begitu ketara. 


Ok, apa yang Hani boleh simpulkan dari review Hani. Wardah Every Day BB Cream memang sangat sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit wajah kering dengan harga yang sangat berbaloi.


Harga di Watsons RM17.46


Semoga perkongsian Hani memberi manfaat kepada anda!



No comments:

Post a Comment