Sunday 24 May 2015

Hiking: Barang Asas Yang diperlukan untuk Beginner Hiker

Aktiviti mendaki menjadi semakin popular sekarang ini. Terdapat pelbagai kelab ditubuhkan for this activity antara yang popular Orang Gunung KL di mana anda boleh melawat sendiri ke website mereka di www.ogkl.com.my atau boleh join group OGKL di facebook. Mereka menawarkan
pelbagai aktiviti menarik sama ada di luar atau di dalam Malaysia. Kalau nak dapat murah, haruslah
menjadi ahli dahulu. Kalau nak jadi ahli pula, anda seharusnya mengikuti 3 events yang dianjurkan oleh kelab tersebut. Nak tahu lebih lagi pasal kelab ini? Rajin-rajin la melawat webste tersebut... hehe.. 

By the way, my topic today bukanlah nak cerita pasal OGKL tapi sebenarnya nak cerita sikit apakah barang-barang basic yang diperlukan oleh beginner hikers ni. 

Pertama, tak lain dan tak bukan mestilah kasut. Ada juga yang pergi hiking hanya memakai kasut sukan biasa tapi saya galakkan pakai ler kasut hiking yang proper. Bukannya apa, untuk keselamatan anda juga sebab kasut hiking mempunya design yang boleh support anda ketika mendaki especially bahagian tapak. 


Cuba tengok kasut hiking atas ni, ia mempunya tapak yang boleh grip tanah. So selamat sikit... baru la tak licin. Saya cadangkan masa nak beli kasut tu, tanya salesman atau salesgirl sama ada kasut tersebut kalis air atau tidak. Untuk keselesaan jangka panjang, belilah kasut yang kalis air. Mana tahu nak kena lintas sungai ke hujan ke, barulah kaki tak mengembang. Kalau kaki lembap dan mengembang, risiko kecederaan adalah tinggi. Tak perlu beli jenama mahal-mahal tapi jangan beli yang terlalu murah pula. Kualiti kasut kena jaga juga,bimbang kasut akan terkeluar tapak masa dalam pendakian. Beli karrimor pun dah ok sebab harga taklah begitu mahal dan kualiti pun ok. Kat Sports Direct boleh dapat dengan harga yang murah. Ermmm murah pun dalam RM200 juga lerrr... huhu

Kedua, pakaian hiking yang sesuai. Jangan pula ada yang pakai dress semasa mendaki. Saya galakkan pakai baju berlengan panjang. Bukan sekadar untuk menutup aurat bagi kaum wanita, baju lengan panjang juga akan membantu melindungi tangan gebu anda dari bercalar dan terluka akibat terkena ranting-ranting kayu. 

Ketiga, bag. Saiz adalah bergantung pada berapa lama anda akan mendaki. Sekiranya anda hanya buat daypack hiking, cukuplah sekadar bawak bag yang kecil sahaja. Muat untuk letak botol air mineral, tuala kecil dan sedikit snek atau nak letak nasi lemak pun boleh. Sekiranya anda melakukan pendakian yang perlu bermalam, bawalah bag besar sikit. At least 40 liter (saiz deuter). 

Keempat, Sarung tangan. Ramai yang tak begitu mengambil berat tentang sarung tangan tapi pada mereka yang sentiasa menjaga kemulusan jari jemari manicure, anda digalakkan untuk memakai sarung tangan. Tapi percayalah, apabila anda mula menjebakkan diri dalam dunia hiking ni, anda harus biasakan diri dengan keadaan yang tidak hygiene. 

Rasanya ini je kot barang asas yang penting untuk beginner hiker sebab tak mungkin anda yang baru nak berjinak dengan aktiviti ini nak terus tapau Gunung yang tinggi. Biasanya akan start dekat bukit bukau dahulu. Nanti bila dah lama berjinak dengan dunia hiking, anda akan dapati barang-barang hiking anda akan semakin bertambah sikit demi sedikit. The best plac untu beli barang hiking adalah Sports Direct, atau anda boleh beli online dekat Toko Bocha.. Boleh cari kat facebook.

No comments:

Post a Comment