Tuesday 6 November 2018

Catatan Perjalan ke Gunung Siguniang, Puncak Da Feng (Hari ketiga)

Suhu pagi ini adalah 5 Darjah Celcius.

Kulit kaki Hani dah mula rasa gatal sebab kekeringan akibat cuaca sejuk. Sempat Hani sapu argan oil di kaki dan tangan untuk kurangkan kekeringan pada kulit kaki Hani.

Selepas selesai solat subuh, Hani check kandungan oksigen dalam badan Hani menggunakan oximeter.

Alhamdulillah, bacaan dah semakin meningkat berbanding semalam iaitu SpO2 90%.

Kami bersarapan nasi goreng , telur dan roti sebelum bergerak ke Changping Valley untuk tujuan acclimatize buat kali kedua.

Lebih kurang pukul 10.30 kami mula berjalan menuju ke ticket office yang terletak dalam anggaran 300 hingga 500 meter dari Riyue Hostel atau juga dikenali sebagai Sun and Moon Guest House.



Pak Am dan Abang Deeno terlebih dahulu menguruskan pembelian tiket ke Changping Valley.

Kemudian kami menunggu bas di tempat yang disediakan selepas scan tiket macam nak masuk kat LRT tu.



Lebih kurang 10 minit, kami tiba di starting point Changping Valley di mana terdapat sebuah kuil lama di situ.

Changping Valley adalah salah satu daripada tiga lembah utama di sekitar kawasan Gunung Siguniang.

Ia mempunyai keindahan lanskap tersendiri bermula dari hutan alpine yang sederhana hingga ke puncak salji dan glasier di sepanjang trek sejauh 30km

Anda boleh mendaki, menunggang kuda dan berkhemah di sini.

Sekiranya anda ingin bermalam di sini, tiada option lain selain membawa khemah dan makanan sendiri kerana tiada penginapan seperti hotel disediakan. Begitu juga dengan restoran.

Camping permit boleh didapati di Changping Valley Outdoor Visitor Center sekiranya anda berhajat untuk berkhemah di sini.



Walking trail di sini tidaklah begitu curam. 4km pertama terdapat laluan kayu yang dibina dengan cantik sehinggalah anda menemui sebuah tasik.





Anda masih boleh meneruskan lagi perjalanan hingga ke penghujung Changping Valley. Tapi kami hanya berhenti sehingga di tasik ini sahaja dan terus berpatah balik ke starting point selepas puas bergambar.

Sepanjang perjalanan, kami dipujuk oleh beberapa orang wanita tibet yang menggunakan bahasa cina untuk menunggang kuda.

Satu perkataan yang kami belajar ketika di sini adalah "Shima" yang bermaksud tunggang kuda. Puas Wanita tibet itu cuba fahamkan kami sampai siap buat gaya merangkak.

Kami dah macam tengah bermain permainan teka gaya dan perkataan pulak. Dia buat gaya, kami teka. Kalau salah, dia geleng kepala. Kemudian dia buat gaya lain pula. Begitulah seterusnya sampai suami Hani buat bunyi kuda, baru wanita tibet itu melompat gembira sebab tekaan betul. Haha...

Pecah ketawa semua orang. Dekat 1 km kami dok bermain teka teki "shima" sambil berjalan. At last dapat juga jawapan.

Terdapat gerai-gerai jual barang di sekitar starting point yang berhampiran kuil lama tersebut. Hani lihat ada gerai yang menjual oksigen dengan harga 35 Yuan. 

Sebagai langkah berjaga-jaga. Hani dan Abang Aie membeli seorang 1 botol oksigen. In case ada apa-apa kecemasan berlaku semasa mendaki nati. 

Kami tiba di Sun and Moon Guest House dan berehat seketika sambil menikmati teh panas dan mee segera tempatan. Ada mee segera halal dijual di sini.

Hani sempat membeli pisang yang dijual di kedai berhampiran sebagai bekalan untuk pendakian esok. 

Lebih kurang pukul 6 petang, kami diminta untuk berkumpul di bahagian atas guest house untuk taklimat pendakian.

Kami diminta untuk membawa peralatan kami di mana Pak Am mengajar kami serba sedikit perkara asas berkenaan penggunaan crampon, ice axe, harness, carabinar dan tali. 





Malam itu, Abang Ayob tiba dan kami sempat dinner bersama-sama.

Selepas dinner kami start packing barang-barang untuk persediaan pendakian untuk keesokkan harinya. 

To be continue... Catatan Perjalan ke Gunung Siguniang, Puncak Da Feng (Hari keempat)

Baca Juga:

Catatan Perjalan ke Gunung Siguniang, Puncak Da Feng (Hari Pertama)

Catatan Perjalan ke Gunung Siguniang, Puncak Da Feng (Hari kedua)

No comments:

Post a Comment