Tuesday 3 December 2019

'Fine-Dining' Yang Mengujakan Di Plane In The City

Hani tak pernah langsung terfikir untuk merasai pengalaman fine-dining. Ye lah.. Bila sebut je fine-dining, semua orang pun dah boleh imagine berapa harganya kan???

Tapi kalau sekali sekala atau mungkin sekali seumur hidup pun, apa salahnya kan? Just untuk pengalaman. 

Kebetulan sempena birthday Hani, husband Hani ada plan bawa Hani fine dining di Plane In The City.

So, Hani ok je la sebab orang belanja kan? Kalau kena keluarkan duit sendiri memang tidak ler nak pergi. Haha...

Actually, Hani langsung tak pernah dengar tentang Plane In the City. Bila husband Hani ajak dinner kat situ baru Hani google. 

Dapat la sedikit sebanyak gambaran tentang Plane In The City.

Plane In the City merupakan sebuah restoran yang berkonsepkan kapal terbang yang menawarkan pengalaman 90 minit fine-dining di atas kapal terbang Boeing 737 yang sebenar. Kapal terbang sebenar ye... Menarik kan? Kreatif betul founder dia ni..

Harga

Perkara pertama yang orang nak tahu tentulah harga kan? Harga pakej dinner di sini berbeza mengikut kelas.

Ada kelas ekonomi, Business dan First class yang bermula dengan harga RM250 hingga RM1000.

So, pilih la ikut kemampuan masing-masing.. huhu..

Tapi pada Hani kelas ekonomi pun dah rasa cukup awesome dah

 Bagaimana nak dapatkan tiket?

Anda boleh dapatkan tiket di beberapa website seperti website Klook, tripcarte.asia, traveloka, get your guide, atau boleh terus direct ke website plane in the city

So, anda boleh buat comparison beli kat website mana yang paling murah.

Husband memilih untuk beli tiket di klook. Dapat harga dalam lebih RM500 lebih untuk 2 orang.

Lokasi

Plane In The City terletak di Bukit Bintang. (Boleh GPS je ke sini dengan hanya menaip Plane In The City di google maps)

Atau anda boleh rujuk alamat berikut:

231, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

Bagaimana untuk ke sana?

Anda boleh drive terus ke sini atau naik MRT turun di Bukit Bintang.

Kalau anda drive ke sini, jangan risau tentang parking sebab ada banyak parking yang disediakan di sini.

Tapi kalau anda malas nak hadap traffic jam, anda boleh naik MRT dan berjalan kaki lebih kurang 950 meter untuk ke sini.

Hani memilih untuk menaiki MRT dari Stesyen MRT Sungai Buloh yang mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk tiba di Stesyen Bukit Bintang.

Dari MRT Bukit Bintang, anda boleh memilih untuk naik grab atau jalan kaki sahaja ke Plane In The City.

Hani memilih untuk berjalan kaki kerana 2 sebab. 

Sebab pertama, Hani malas nak tunggu grab yang tengah sangkut dalam traffic jam. Katanya lagi 17 minit baru boleh pick up Hani. Lamanya nak tunggu. Lagipun dinner start pukul 8 malam. Hani dah agak terlewat actually. 

Sebab kedua, Hani nak kumpul point AIA Vitality dengan achieve 7500 steps sehari.

Dari MRT Station Bukit Bintang, Hani keluar di Pintu F, kemudian Hani belok ke kiri dan hanya follow directions melalui google maps. 

Hani cross Pavillion. Sampai di hujung pavillion suasana dah kurang meriah dan agak sunyi dengan manusia tapi masih ada banyak kereta yang tengah tersangkut di traffic jam. 

Hani just jalan sahaja ikut arahan google maps sampai lah Hani ternampak kren dan badan kapal terbang macam dalam gambar di bawah ni ha...

Gambar ni hani ambil dari link https://mustsharenews.com/plane-in-the-city/  just nak tunjuk gambaran dari atas yang lebih jelas macam mana rupa restoran ini. Hebat kan? Macam mana la depa angkut Boeing 737 ni letak dekat sini. Huhu...

Hani tiba di Plane In The City agak lambat actually. Appointment kami sepatutnya pukul 8 malam tapi masa Hani sampai di sana, jam dah pukul 8.20 malam.

Husband Hani sebelum pukul 8 lagi dah sampai di sini sebab dia terus ke sini lepas kerja. Dia nak ambil Hani di MRT Bukit Bintang tapi Hani suruh dia terus tunggu Hani di Plane In The City sebab Hani akan tiba di MRT Bukit Bintang agak lambat. 

By the time Hani sampai, Hani terus ke main entrance. Husband Hani dah siap tunggu Hani di Skyland lounge. Hani tak sempat nak tengok rupa skyland Lounge sebab dah sampai pun lambat.

Kami terus dibawa menaiki Boeing 737. 

Seriously Hani rasa teruja sangat bila masuk dalam kapal terbang Boeing ni.

Terus rasa macam naik flight first class gitu dengan dekorasi yang sangat unik mengikut tema musim winter.

'Fine-Dining' Yang Mengujakan Di Plane In The City

Kami dibawa ke tempat duduk kami tapi sebelum tu seorang jurugambar meminta untuk mengambil gambar kami terlebih dahulu menggunakan cameranya dan camera kami.

Selepas puas bergambar, kami dibawa ke cockpit pula untuk bergambar.

'Fine-Dining' Yang Mengujakan Di Plane In The City

Selepas puas bergambar kami kembali ke tempat duduk kami. Ada skrin TV di setiap tempat duduk kami dan di skrin tersebut tertera nama kami.

Sebaik sahaja kami duduk, seorang pramugari berdiri di tengah-tengah pintu cockpit sambil memberi briefing keselamatan macam dalam kapal terbang tu.. cuma skrip dia lain la sikit dari dalam kapal terbang. Takde la dia suruh pakai life jacket semua tu.. huhu..

Selesai briefing, tetiba kapal terbang bergegar macam tengah take off tu.. betul-betul rasa macam dalam kapal terbang. Siap ada bunyi-bunyi lagi.

Tak lama lepas tu kami menunggu makanan untuk dihidangkan pula. 

Sementara menunggu makanan sampai, kami ambil peluang dulu untuk bergambar.

Dah bayar mahal kan... ambil ler gambar puas-puas sebagai kenangan. Ntah mungkin ini first and last je berpeluang makan dekat sini... huhu

Tak lama lepas tu, seorang pelayan datang menghidangkan makanan di atas meja kami.

Bermula dengan appetizer. Comel je appetizer dia tapi sedap.

'Fine-Dining' Yang Mengujakan Di Plane In The City

Layan... sambil makan sambil dengan lagu-lagu romantik.. alahai, serius rasa macam makan malam yang sangat romantik berdua dengan suami. 

Patut la orang kaya suka fine-dining berdua dengan pasangan. Huhu

Kemudian, kami dihidangkan pula dengan main course. Husband Hani pilih menu Braised Beef Cheek dan Glazed Atlantic Seabass. So, Hani ambil beef.

'Fine-Dining' Yang Mengujakan Di Plane In The City

Ya Allahhh... daging dia lembut nak mampus. Pertama kali seumur hidup Hani dapat makan Beef yang lembut macam kek. 

Sumpah sedap. Tak tipu. Sampai Hani rasa sepinggan tu tak cukup. Macam nak ja request tambah lagi sepinggan. Haha... 

Hani try juga rasa Seabass kat pinggan husband Hani. Pun sedap jugak tapi Hani lagi suka beef dia. Sangat nikmat.

'Fine-Dining' Yang Mengujakan Di Plane In The City

Lepas siap makan main course, kami dihidangkan pula dengan dessert. Serious sedap gila dessert dia.

'Fine-Dining' Yang Mengujakan Di Plane In The City

Ada coklat cremeux, berries marmalade, tonka cream brulee dan dehydrated raspberry. (Entah apa ke benda ni pun Hani tak tahu.. Hani taip ni pun refer dekat menu yang mereka sediakan kat sebelah meja ni haa... haha)

Selepas selesai makan dessert, bunyi announcement bagitau yang kami dah tiba di destinasi. Lepas tu sekali lagi kapal terbang bergegar sambil keluar bunyi kapal terbang tengah landing. 

Lepas tu kami semua diminta untuk turun. Kononnya dah tiba di destinasi. Husband Hani request dekat crew nak berjalan di sayap kapal terbang.

Mulanya mereka tak benarkan sebab baru lepas hujang dan sayap kapal terbang tu agak licin. Bimbang nanti kami tergelincir semasa berjalan di sana.

Tapi masa kami menapak turun tangga, crew Plane In The City tu panggil kami naik balik. Mereka suruh tunggu sekejap sementara mereka memanggil crew mereka yang in charge bahagian bawa customer ke sayap kapal terbang. 

Katanya special untuk kami sahaja. Baik gila pekerja kat sini.

Sementara menunggu crew tersebut datang, sekali lagi kami bergambar.

Tak lama lepas tu crew tersebut datang dan set up harness untuk dipakai semasa berjalan di sayap kapal terbang.

Tujuan pakai harness ni adalah untuk memastikan keselamatan para customer. 

Hani pakai skirt. So, tak boleh nak pakai harness, hanya husband Hani sahaja yang berjalan dan bergambar di sayap kapal terbang dengan berlatar belakangkan Bangunan Razak Exchanged.

'Fine-Dining' Yang Mengujakan Di Plane In The City
Kita yang tak boleh pakai harness tu duduk je la kat pintu kecemasan kapal terbang tu... huhu
Selepas bergambar di sayap kapal terbang, kami dibawa untuk bergambar di kipas kapal terbang pula.

Kena naik dengan menaiki tangga. Hati-hati dekat sini sebab agak licin juga kipas kapal terbang ni.

'Fine-Dining' Yang Mengujakan Di Plane In The City

Bagus crew dorang ni... layan ye kami bergambar sampai habis.

Jadi, berapa rate Hani nak bagi dekat Plane In The City ni?

Lokasi: 5 bintang. Sebab dekat dengan MRT. Tapi bukan terletak di kawasan yang sibuk. So boleh bagi ruang untuk privasi sikit. Lagipun boleh nampak view Razak Exchanged dari sini.

Dekorasi: 5 bintang sebab nampak mewah dan ada letak juga element salji sempena musim winter di oversea sekarang. Rasa macam naik flight first class pergi USA gitu.

Makanan: 5 bintang sebab sedap tak terkira especially daging yang lembut bagaikan sutera tu. 

Pekerja: 5 bintang juga sebab pekerja yang sangat peramah, murah dengan senyuman dan sabar melayan karenah pelanggan macam kami ni ha yang asyik nak bergambar. 

Harga: 5 bintang sebab Hani rasa harga tu memang berbaloi dengan pengalaman dan makanan yang sedap. 

So, Keseluruhan Hani bagi 5 bintang!! Bersesuaian dengan taraf restoran ini 5 bintang.. hehe..

Kalau anda nak cuba merasai pengalaman luar biasa ini, Hani memang rekemen sangat-sangat... Ambil yang ekonomi class pun dah cukup best dah pada Hani. Serius!





2 comments:

  1. tengok menu dia memang best sangat.. deco dalam tu pun lawa ^^

    https://www.nurulsyahirah.com/2019/11/follow-5-akaun-instagram-ini-untuk-kandungan-tentang-kewangan-terbaik.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. best dan sedap makan dekat sini. Beef Steak dia antara yang the best Hani pernah rasa. Should try one day!

      Delete