Wednesday 27 May 2015

My First Time and Always My Best One

Saya masih teringat pertama kali saya buka website AirAsia dan pertama kali saya beratur untuk dapatkan passport. It was 3 years ago in 2011 after 2 years working. Time tu AA tengah buat promotion where we bought ticket from KL to Jakarta (2 ways) at RM25. Murah gila kan? Sekarang masih ada flight ticket ke Bandung semurah itu? 
View dari atas kapal terbang setiba di Jakarta. Maafkan gambar yang kualiti kasta rendah sebab masa ni tak mampu lagi nak beli camera canggih manggih
This is my first and the best trip I had in my life. Trip ini yang mengajar saya pelbagai perkara dan trip ini juga yang menjadikan saya sebagai seorang kaki travel. Pertama kali saya mengurut di spa adalah di Bandung. Ya, di Bandung. Siapa taknak kalau dapat urut satu badan dengan harga RM60? 2 jam urut seluruh badan termasuk scrub... Siap bagi minum dan makan. Servis pun bagus. Kalau dekat KL memang jangan haraplah nak dapat price macam ni. So, the must do thing in Bandung adalah pergi spa. Rugi tak pegi. Dalam trip ini juga yang membawa saya pergi ke Hard Rock Cafe. Yes, my first Hard Rock collection is Hard Rock Jakarta. Dekat sini juga kami terserempak dengan Asyraf Sinclair. 

Pertama kali jejak bumi Indonesia ni rasa macam tak percaya. Tak sangka dapat pergi oversea walaupun cuma Indonesia. Ditambah pula pergi dengan geng-geng yang satu kepala, memeriahkan lagi trip ini. Sepanjang trip ini kami menggunakan khidmat Supir. Kami dibawa ke Zoo Safari. Saya rasa, zoo di sini antara yang terbaik. Binatang dibiarkan bebas dan kami berada di dalam kereta. Sekali sekali kami buka tingkap untuk bagi makan kepada binatang-binatang. Kami juga dibawa ke tempat lain seperti Tangkuban Perahu dan sudah pastinya lokasi-lokasi membeli belah seperti Pasar Baru dan factory Outlet. Then makan di Kampung Daun serta membeli brownies di Kartika Sari. 

Terima kasih tak terhingga kepada sahabat saya Faiz Nordin yang menguruskan trip tersebut dengan berjaya. Banyak yang saya belajar dari dia tentang travel dan sudah semestinya pengalaman pertama yang saya tak mungkin akan lupa. 




No comments:

Post a Comment