Wednesday 19 August 2015

7 Sebab Kenapa Anda Perlu Travel?

7 Sebab Kenapa Anda Perlu Travel?


1#Tambah Kenalan

Pertama kali TWH travel adalah selepas 6 bulan TWH bekerja. Banyak benda baru yang TWH belajar dari situ. TWH mula belajar bergaul dengan orang dan menambah kenalan.. maklumlah dulu TWH ni budak skema mana berkawan dengan orang... berkawan dengan buku je... Sebenarnya bila kita ramai kawan dan kita pandai menjaga hubungan dengan kawan-kawan kita tu, hidup akan jadi lebih mudah. Kau susah aku tolong, aku susah kau tolong. Tapi nak tolong tu biarlah ikhlas. Janganlah tolong kawan semata-mata mahukan balasan. Dia taknak tolong tak mengapa sebab Allah akan tolong kita. Mungkin Allah akan hantar kawan lain untuk tolong kita. Gituuu... Tiba-tiba jadi ustazah pula... hehe.. Jadi tak rugi kalau kita ada ramai kenalan dan salah satu cara untuk menambah kenalan adalah dengan travel. Ya, travel! TWH tak pernah travel dengan orang yang sama. Setiap kali travel TWH akan dapat kawan baru dari pelbagai background... doktor, engineer, pak arab, awek Kpop dan sebagainya. Kadang- kala kami akan jadi sangat rapat sampai orang tertanya-tanya macam mana kami boleh kenal each other. Jawapanya adalah travel! 

2#Buka mata dan minda

Ada satu ketika kita akan rasa yang kita ni paling hebat di dunia... dan ada kala kita akan rasa kita ni paling teruk di dunia. Nak tahu betul atau tidak perasaan itu, go travel! Dari situ kita akan tahu kita berada di tahap mana. TWH tak berminat nak hurai banyak untuk point ini sebab ia banyak berkaitan dengan politik. Pendek kata kalau nak bandingkan negara kita dengan negara luar, pergilah travel dan banding sendiri antara negara kita dengan negara lain di luar sana. At least, bila orang cerita macam-macam, kita tahu yang mana betul dan yang mana tidak betul. Tapi kalau setakat travel dekat satu negara je, kau tak payah la nak bercakap macam kau tu pernah keliling satu dunia. Kau tu sebenarnya tin kosong jer.. huhu

3#Ukur Potensi Diri

Tahukah anda bahawa travel sebenarnya dapat mencungkil bakat terpendam anda? Kalau tak percaya, anda pergi travel mahupun hiking dan lama-lama anda akan figure out yang anda sebenarnya ada potensi dan kemahiran yang anda sendiri pun tak pernah tahu. Dulu TWH tak pernah terlibat dengan aktivti lasak sebab TWH membesar sebagai seorang wanita melayu terakhir gitu..... Walaupun teringin nak buat aktiviti lasak tapi memikirkan TWH ni adalah perempuan dan tak sesuai melakukan aktiviti lasak. Takut rahim rosak la... itu rosak.. ini rosak... bahaya... dan bla bla bla.... So, TWH lupakan semua keinginan itu sampai lah suatu hari kawan TWH ajak naik Broga Hill, dan TWH tak sangka yang TWH boleh naik dengan laju. Kemudian ketika TWH pergi canopy walk di Sabah, TWH adalah orang yang paling excited mendaki bukit dan menyeberangi jambatan gantung yang tinggi tu. Langsung TWH tak rasa gayat. Malah rasa seronok... Lama kelamaan TWH dapat rasakan yang TWH ada kemampuan stamina dan mula addicted dengan something yang adventure dan sentiasa inginkan sesuatu yang lebih mencabar untuk mengukur kemampuan diri. 

4#Reward untuk diri sendiri

Yes, reward setelah penat bekerja... Penat belajar... Sekali sekala kita perlu bagi ruang pada diri sendiri untuk keluar dari kesibukan tugasan harian yang memeningkan kepala. Travel merupakan salah satu cara untuk mengurangkan tekanan dalam kehidupan harian.

5#Menjadikan kita lebih merendah diri dan lebih bersyukur

Semakin banyak tempat yang kita travel semakin kita rasa banyak benda yang kita tidak tahu tentang kehidupan. Travel membuatkan kita rasa lebih insaf especially bila tengok keadaan mereka yang hidup susah. Selain itu, travel juga dapat meningkatkan rasa kagum dengan kehebatan ciptaan Allah dan lebih menghargai keindahan alam. 

6#Belajar Sejarah dan Geografi

Seriously, dulu masa sekolah TWH paling menyampah subjek sejarah dah Geografi sebab subjek ni lebih kepada fakta. Tapi bila travel, TWH rasa enjoy pula bila melawat tempat-tempat bersejarah. Automatik TWH dapat belajar tentang sejarah sesuatu tempat. Sebelum travel, TWH akan study peta melalui google Maps. Dari situ TWH dapat tahu kedudukan sesebuah negara, bandar-bandar yang ada di situ dan tempat-tempat menarik yang boleh dilawati. Daripada tak tahu bandar-bandar sesebuah negara, automatik kita akan tahu. 

7#Memberi pengalaman berharga

Pernah dengar orang cakap 'Pengalaman adalah cikgu yang terbaik'? Travel mampu memberi 1001 pengalaman pahit dan manis kepada kita. Travel mampu mengajar kita menjadi seseorang yang boleh berdikari, pandai menguruskan masa, mengetuai sesuatu kumpulan, lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu, belajar tentang budaya negara luar dan pelbagai lagi.

So, selagi masih ada khudrat, travel lah as far as you can....


No comments:

Post a Comment