Thursday 31 December 2015

Last Hike 2015: Broga Hill

Setelah sekian lama tidak menjejakkan kaki di Broga Hill, akhirnya pada 30 December 2015 baru-baru ni TWH berjaya menjejakkan kaki ke Broga Hill untuk kali yang entah ke berapa. Kebetulan kawan TWH yang bersemangat waja mengajak TWH panjat Broga kononnya nak kurus selepas tengok Kajol dalam cerita Dilwale. 

Seawal jam 4 pagi kami bertolak dari rumah menuju ke Semenyih. Lebih kurang jam 4.50 pagi kami sampai di kaki Bukit Broga. TWH agak impress sebab banyak yang dah berubah. Trek semakin luas dan cantik. Siap ada tali-tali dan signboard. So, memang tak menjadi masalah kepada beginner nak hike seorang diri di Broga Hill. Sangat mudah. 

Last Hike 2015: Broga Hill
Sebelum Subuh lagi kami dah sampai di view point pertama. Nampak ada orang pasang unggun api.. Apa lagi... terus hampar sleeping matt dan baring tepi unggun api. terubat sedikit kesejukan pagi-pagi buta tu... Ada perkembangan terbaru di sini di mana dah ada bangku-bangku dekat view point pertama... Terima kasih RHB sebab sediakan banyak kemudahan di sini.. So kami melepak sekejap di sini sementara tunggu azan Subuh untuk solat

Last Hike 2015: Broga Hill
Nasib baik kami datang hari weekdays. So orang tak begitu ramai seperti hari weekends

Last Hike 2015: Broga Hill
What a beautiful sunrise....

Last Hike 2015: Broga Hill
Please jaga baik-baik barang anda jangan sampai tercicir. Sengaja kami letak spek tu atas daun supaya tuan punya spek tu boleh nampak

Last Hike 2015: Broga Hill
Dulu masa last TWH panjat Broga belum ada lagi tali-tali ni. Trek pun sempit jer.... Sekarang dah luas dan dah ada trek baru yang lebih mudah. Tak perlu panjat batu...

Last Hike 2015: Broga Hill
Pintu masuk Broga pun dah ada signboard RHB. Serius TWH rasa jakun sekejap datang Broga... hahah... maklumlah dah lama tak datang

Last Hike 2015: Broga Hill
Inilah 'makcik-makcik' yang kononnya berazam untuk kurus selepas tengok Dilwale... hehe 

No comments:

Post a Comment