Thursday 31 December 2015

Outdoor: Kayak Baling

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Dah lama TWH terfikir untuk post pasal kayak Baling tapi hasrat tu asyik tak kesampaian. Dalam post sebelum ini, TWH pernah menulis entry pasal Gunung Baling di mana dalam entry tersebut TWH menceritakan serba sedikit info dan pengalaman TWH di Gunung Baling. Bagi mereka yang belum membaca entry tersebut, anda boleh click di sini dan di sini.

Untuk makluman anda, selain mendaki di Gunung Baling, anda juga boleh melakukan aktiviti lain di Baling seperti berkayak di Sungai Baling. Kayak Baling diusahakan oleh Abang Jack atau dikenali sebagai Jack Baling yang beroperasi di Pulai, Baling. Beliau merupakan seorang jurulatih yang bertauliah dan mempunyai pengalaman 20 tahun dalam aktiviti-aktiviti outdoor terutama kayak dan hiking. 

Baru-baru ini, TWH berpeluang untuk mengikuti salah satu pakej kayak yang ditawarkan oleh Kayak Baling dan yang paling menarik, dalam pakej tersebut, TWH berpeluang merasa trek baru. 

Trek tersebut bermula di sebuah kawasan perkampungan orang asli di Hulu Legong, Baling menyusuri Sungai Katil hingga ke Sungai Baling sejauh 23 KM. Bunyi macam jauh je kan 23 KM tu tapi jangan risau. Kayak kat sungai ikut arus. Yang penting kena pandai control. Kalau arus laju sangat kena pandai main brek. Kalau arus bawa ke kiri, kena control untuk ke kanan sikit dan yang paling mencabar bila ada selekoh, lubuk, pokok-pokok tumbang dan daun-daun atau buluh yang berjuntaian. Trek baru ni agak semak sikit dengan pokok-pokok tumbang sebab tak pernah dibersihkan. 

Kayak Baling

Kayak Baling
Bergambar bersama anak-anak orang asli.... comel-comel je mereka kannnn
Kayak Baling
Antara usaha menyelamatkan mangsa kayak terbalik dan usaha membersihkan kayak yang sudah dipenuhi daun-daun... hehe... nasib baik air tak dalam

Kayak Baling

Kayak Baling
Can you see view of Gunung Baling dekat belakang tu....

Kayak Baling
Arus dah tenang baru la boleh posing bergambar... Kalau tak masing-masing sibuk dok contral paddle... Nak pegang Gopro pun tak berani sebab takut tenggelam masuk dalam sungai... Menangis air mata darah nanti

Kayak Baling

Kayak Baling
View di SUngai Baling yang dihiasi dengan gunung ganang... tenang sangat

Kayak Baling
Dah dekat Sungai Pulai. Tempat dimana kami semua tamatkan ekspedisi kayak Baling.
Alhamdulillah... Pengalaman berkayak di Sungai Baling sangat menyeronokkan. Ia memberi satu pengalaman yang unik di mana TWH dapat belajar cara-cara nak handle kayak supaya tak terbalik dan tidak terlalu laju. Sebelum ini asyik berkayak di tasik dan laut. Sekali sekala try pula rasa berkayak di Sungai pula. Memang best! 

No comments:

Post a Comment