Tuesday 2 February 2016

Canyoning di Sungai Pisang

Bismillahirrahmanirrahim....

Untuk post kali ini, TWH nak cerita sedikit tentang canyoning. Rasanya tak ramai yang familiar dengan aktiviti canyoning berbanding abseiling. Mungkin juga ramai yang keliru dan tak dapat bezakan antara canyoning dengan abseiling. Kalau tengok gambar di bawah ni agak-agak anda boleh tentukan tak which one is canyoning and which one is abseiling? 

Canyoning di Sungai Pisang

Sebenarnya kedua-dua canyoning dan abseiling ni lebih kurang sama sahaja. Bezanya anda boleh tengok dengan jelas dalam gambar di atas. Kedua-duanya menggunakan bantuan tali dan harness untuk turun dari tempat yang tinggi cuma lokasi yang membezakan aktiviti tersebut. Canyoning dibuat di tempat seperti air terjun dan sungai dengan cara berjalan, climbing, abseiling, ziplining, jumping atau sliding. Pendek kata canyoning ni kita buat dekat tempat yang ada air dan abseiling adalah salah satu kaedah yang digunakan dalam canyoning. Ok, dah boleh faham sikit? hehe... TWH pun baru tahu selepas join canyoning hari tu dekat Sungai Pisang.

Untuk makluman, trip tersebut diketuai oleh saudara Loe Far Cruel (Nama Facebook) yang merupakan orang yang sangat berpengalaman dalam bidang outdoor di dalam mahupun di luar negara. TWH sangat suka join trip saudara Loe sebab beliau sangat menitikberatkan aspek keselamatan peserta, trip yang sempoi dan yang pasti makanan sentiasa mewah, sedap dan lazat dimana Saudara Loe sendiri yang akan masak. Siap bawa lesung batu lagi hokehhh!!! Selain itu, saudara Loe juga tidak pernah kedekut untuk berkongsi ilmu beliau dalam bidang outdoor. 

Untuk ke Campsite Sungai Pisang tersebut, memerlukan sedikit perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 1 jam. Redah sungai sikit, lalu dalam terowong, naik tangga (bukan tangga sangat la... tempat laluan air actually), jalan tepi highway dan trekking dalam hutan. Kalau anda tak bermalam, boleh je nak parking dekat tepi jalan raya karak tu tapi disebabkan kami bermalam, so kena parking di tempat yang lebih proper.

So, selepas selesai bahagikan ration untuk dibawa, kami sama-sama bergerak menuju ke campsite. Starting point dekat parking which is jalan bertar.

Canyoning di Sungai Pisang
Nampak tak ke'hobbit'an aku di situ? huhu... Selepas di timbang, berat bag tu lebih kurang 16kg... menyamai berat TWH masa darjah 1... (menangis)
Then, kena langkah sungai dan melalui jalan-jalan di tepi sungai.

Canyoning di Sungai Pisang
Gigih tau aku pegang GoPro tu semata-mata nak update dalam blog. Taknak korang sesat sebab ada group kitorang yang datang lambat sesat sampai berjam-jam... Pukul 10 malam baru sampai campsite. Entah ke mana-mana tah dorang pergi... huhu
Canyoning di Sungai Pisang
Tadaaa!!!! Dah sampai terowong nih. Photoshoot cantik kat sini. Kami berhenti lama sikit di sini untuk bergambar. 
Selepas menyusuri jalan terowong ni, kami perlu panjat laluan air yang agak tinggi dan paling stress ada banyak pokok tumbang di situ. Nasib baik saudara Loe bawa parang. Boleh tebas-tebas pokok-pokok yang tumbang tu.

Canyoning di Sungai Pisang
Sengsara tau nak berjalan celah-celah batang pokok tumbang tu dengan bag besar kat belakang...
Seterusnya, kami melalui trek tepi highway pulak...

Canyoning di Sungai Pisang

Next.... trekking kat dalam kawasan hutan... trek rata je nih... tak perlu mendaki sangat...

Canyoning di Sungai Pisang

Canyoning di Sungai Pisang

Akhirnya....!!! sampai jugak dekat campsite...

Canyoning di Sungai Pisang

Walau bagaimanapun, kami tak bercamping di sini. Kami bercamping di kawasan yang lebih atas. which is lebih dekat dengan tempat untuk melakukan aktiviti canyoning. Nampak tak air terjun dekat belakang kami tu? Di situ lah lokasi kami abseil/canyoning.

Dekat air terjun atas lagi ada port baik untuk tiruk.

So, malam tu Guide kami iaitu saudara Loe masak menu yang sedap iaitu kambing masak lada hitam, pastu sayur campur, ikan masin, sambal belacan... apa lagi tah... banyak jugak la menu. Esok pagi tu pula makan nasi lemak. Sambal ikan bilis saudara Loe memang terbaik dari ladang! mavelesss....

Canyoning di Sungai Pisang

Nampak tak gigihnya guide kami memasak? siap lesung batu tu haaa....

So the next day kami mulakan operasi kami iaitu canyoning/abseiling... Boleh main sampai puas... ada yang buat sampai 3 atau 4 kali... yang mana sempat je la.... Guide siap jemput professional outdoor photographer lagi hokeh.... memang cantik dan cun melecun la gambar kitorang. hehe....

Canyoning di Sungai Pisang
Guide tengah bagi briefing tentang cara menggunakan tali dan ciri-ciri keselamatan ketika membuat abseiling. 

Canyoning di Sungai Pisang
Antara Gambar yang diambil oleh Saudara Acham merangkap official photographer kami dalam aktiviti ni.


Inilah barisan line up yang mantap dan padu....
Jadi, itu sahaja yang TWH nak kongsikan dalam post kali ini. Diharapkan post TWH ini sedikit-sebanyak dapat membantu pembaca sekalian especially mereka yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia outdoor ini. TWH pun tak banyak sangat pengalaman. Apa yang mampu dikongsikan, TWH akan cuba kongsikan sebab TWH suka menulis blog dan berkongsi pengalaman dengan orang ramai.

Sekian, Wassalam.

Photo: Achamfoto, Hani, Shakey

No comments:

Post a Comment