Thursday 26 May 2016

Air Asia Fly from Kuala Lumpur to Mauritius

Air Asia Fly from Kuala Lumpur to Mauritius

Wahhh... Gembiranya TWH bila dapat tahu yang Air Asia X kini melancarkan laluan baru dari Kuala Lumpur ke Mauritius. Sebelum ni dok dengar je pasal Mauritius tapi tak pernah pun explore pasal Mauritius. Tau tau je Air Asia buat laluan baru ke sini, terus TWH google and study sikit pasal Mauritius. Mana tahu boleh jadi next stop TWH... honeymoon ke... ehhhh!!!!

Air Asia Fly from Kuala Lumpur to Mauritius

Nah kau... secoet je Mauritius kat tepi tu. Bersebelahan dengan Madagascar dan berada di dalam Benua Afrika. Dari view google map ini TWH dapat agak yang Mauritius ni lebih kurang macam Maldives. Sebuah pulau yang kecil. Cuma bezanya Maldives terdapat banyak pulau-pulau kecil yang membentuk daerah-daerah atau negeri di dalam negara tersebut sedangkan Mauritius hanya sebuah pulau seketul dekat tengah-tengah Lautan Hindi seperti gambar di bawah ini (after zoomed).

Air Asia Fly from Kuala Lumpur to Mauritius

Pulau Mauritius terbentuk disebabkan oleh letusan gunung berapi bawah air yang berlaku lebih kurang 8 juta tahun dahulu. Mauritius dikelilingi oleh banjaran gunung yang berbeza-beza ketinggiannya di atas paras laut dan terdapat juga sungai-sungai yang terbentuk dalam retak yang terhasil oleh aliran larva.

Mauritius mempunyai iklim tropika di mana bulan yang paling panas adalah bulan Januari sampai Februari dengan suhu lebih kurang 29.2 Celcius dan bulan paling sejuk adalah Julai hingga Ogos dengan suhu lebih kurang 16.4 Celcius. Untuk makluman, jarang berlaku hujan di Mauritius. Kalau ada pun kadang-kadang pada musim panas. Maklumat ini mungkin penting untuk anda plan waktu bila yang mungkin sesuai untuk anda travel ke Mauritius. 

#Attractions di Mauritius

Pelbagai aktiviti yang anda boleh lakukan di sini sama ada aktiviti di laut, di darat mahupun di udara. 

Air Asia Fly from Kuala Lumpur to Mauritius
Black River Gorges National Park untuk hiking, parks, forest, waterfall and nature
Air Asia Fly from Kuala Lumpur to Mauritius
Sir Seewoosagur Ramgoolam Botanical Garden. Sebuah taman seluas 60 acres yang mempunyai tumbuhan exotic
Air Asia Fly from Kuala Lumpur to Mauritius
Trou aux Cerfs. Tak tau nak sebut macam mana nama dia... huhu... merupakan kawah gunung berapii yang tidak aktif. Tapi mungkin akan menjadi aktif balik selepas beberapa ribu tahun akan datang. 
Air Asia Fly from Kuala Lumpur to Mauritius
Tamarinds Fall. Boleh hiking dan buat canyoning di sini. 
Air Asia Fly from Kuala Lumpur to Mauritius
Hiking di Pieter Both
Air Asia Fly from Kuala Lumpur to Mauritius
Pelbagai aktiviti laut
Air Asia Fly from Kuala Lumpur to Mauritius
Juga ada tendem skydive di mauritius
Menarik kan? Ni cuma sebahagian aktiviti yang TWH pilih yang TWH rasa menarik. Sebenarnya banyak lagi aktiviti yang boleh dibuat di sini. TWH dapat rasakan Mauritius ni tidak begitu membosankan seperti Maldives sebab banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Untuk orang yang tak reti duduk diam dan sukakan nature macam TWH memang sangat sesuai travel ke sini. 

Ok, dah boleh start project kumpul duit untuk Mauritius... tettt!!!! hehehe....

No comments:

Post a Comment