Wednesday 26 October 2016

Antara PADI dan SDI, Manakah Pilihan Terbaik?


Kedua-dua PADI dan SDI merupakan agensi yang memberi perkhidmatan latihan dan pensijilan scuba diving tapi bagi mereka yang baru menceburi bidang ini pasti tak tahu apa perbezaan kedua-dua agensi ini. 

Biasanya kita dengar PADI sebab itu yang paling popular dan paling digemari oleh para diver.

Pergi mana-mana pulau pun mesti ada PADI. 

Kalau duluu orang tanya Hani nak buat diving dengan agensi apa? Surely Hani akan cakap nak buat dengan PADI. 

Sebab time tu Hani tak tahu pun agensi lain selain dari PADI. Ingat hanya PADI sahaja yang bagi service latihan diving kat dalam dunia ni. 

Sebenarnya bukan sahaja PADI yang menawarkan servis latihan dan pensijilan diving. Masih ada lagi agensi lain yang turut menawarkan servis yang sama seperti NAUI, SSI, SDI dan banyak lagi. 

Cumanya bergantung pada kita sendiri nak pilih yang mana satu and of course PADI menjadi pilihan ramai. 

Tapi kenapa ya? Apa bezanya PADI dengan agensi lain seperti SDI? Kenapa PADI menjadi pilihan ramai?

Ada juga Hani terbaca beberapa artikel di internet di mana artikel itu ditulis sendiri oleh instructor yang dahulunya attached dengan PADI dan sekarang dah bertukar kepada SDI. Kenapa mereka tukar organisasi?

Pada pendapat Hani, setiap orang mempunyai visi dan hala tuju sendiri. Begitu juga dengan organisasi itu sendiri. PADI mempunyai visi tersendiri manakala SDI juga mempunyai visi tersendiri. 

Ok, sebelum itu, apa kata kita berkenalan sikit dengan agensi-agensi ini.

# Professional Associations of Diving Instructors (PADI)


PADI merupakan organisasi keahlian menyelam secara rekreasi dan organisasi latihan menyelam yang terbesar di dunia. 

Fokus PADI adalah recreational diving. 

Setakat tahun 2016 ini, PADI sudah mempunyai 136,000 keahlian secara individu... 6,300 dive centers dan pernah award more than 24 juta diving certification internationally. 

Memang banyak... sebab itu pergi mana-mana pun mesti jumpa PADI. Student under PADI pun sangat ramai. 

# Scuba Diving International (SDI)

SDI merupakan adik beradik kepada Technical Diving International (TDI) yang ditubuhkan oleh mereka yang professional dalam technical diving field. 

Fokus TDI adalah pada teknikal skill para penyelam. 

Tujuan SDI ditubuhkan oleh profesional divers yang datang dari technical field adalah untuk tujuan rekreasi. Khas untuk mereka yang nak dive santai-santai jer.  

Walaupun santai-santai jer tapi falsafah dan fokus SDI adalah untuk membawa para divers ke satu tahap dengan menggunakan teknologi menyelam baru disamping menekankan aspek keselamatan. 

Untuk makluman, SDI adalah the only training agency yang memerlukan pelajar untuk akses kepada modern dive computer dari mula latihan. 

Kalau anda grad recreational diving under SDI, anda layak untuk ambil advance dalam technical diving. Katanya.... Ni bukan Hani kata tau... Wikipedia yang bagitau... hahah

Namun demikian, setiap agensi ni pastinya adalah pro and cons dia.... Bergantung pada anda sendiri untuk memilih yang mana. 

Apakah hala tuju anda? Apakah matlamat anda? Suka-suka atau ada cita-cita yang lebih tinggi? 

Pada Hani tidak adil untuk kita judge sama ada PADI lagi bagus dari SDI mahupun SDI lagi bagus dari PADI. 

Bagus atau tidak itu adalah perkara yang subjektif. Analoginya adalah bagaimana kita klasifikasikan kecantikan seseorang? Ada yang suka chinese look, dan ada yang suka American look... And we will go for what we like... Am I right?

Mungkin ramai yang memilih untuk attached dengan PADI kerana PADI dah well known. Kalau pergi mana-mana tempat pun senang nak berurusan sebab PADI ada di mana-mana dan ramai divers yang attached dengan PADI. 

Bayangkan dalam satu group tu ada 5 orang divers dan lesen anda seorang sahaja yang bukan dari PADI. Tidak kah anda rasa macam alien di situ? hehe.... 

Tapi Hani tak berapa suka dengan sikap stereotype sesetengah manusia ni. Bila tau lesen dia bukan dengan PADI terus buat assumption yang dia ni low standard. Perlukan penjagaan lebih sebab dalam laut nanti mesti kelam-kabut... Tak baik macam tu yea... 

Kalau nak jaga, jaga la semua dengan sama rata. Kalau asyik fokus dekat seorang ni sahaja, then yang lain tak jaga... Mana tahu apa-apa terjadi nanti kan susah. Orang kata Malang tidak berbau... ye dok?

So, kepada mereka yang baru nak start ambil lesen diving tu, anda tanyalah diri anda dulu apakah matlamat dan objektif anda buat diving. Kemudian, anda boleh pilih mana-mana diving agensi yang sesuai dengan matlamat anda.


Rujukan:

1 comment:

  1. maaf cakap la, saya pernah tgk depan mata sdi buat open water dgn budak2 baru dah jam 8.00 mlm. bodoh.

    ReplyDelete