Saturday 2 June 2018

IFTAR@KL 2018 Anjuran JKKN

IFTAR@KL 2018 anjuran JKKN


Tahniah diucapkan kepada JKKN kerana berjaya menganjurkan IFTAR@KL 2018 di mana orang ramai berpeluang untuk berbuka puasa secara percuma sambil menikmati keindahan Kota Kuala Lumpur yang bertempat di Dataran Merdeka.

Alhamdulillah, semalam Hani yang kebetulan berada di sana berkesempatan untuk menikmati kemeriahan berbuka puasa beramai-ramai di Dataran Merdeka.

Sebenarnya Hani tak tahu pun tentang program IFTAR@KL 2018. Kebetulan semalam bapa mentua Hani ada mesyuarat di Jalan Raja Laut dan sementara menunggu bapa mentua Hani selesai mesyuarat, Hani dan suami bawa mak mentua, adik ipar, suami dan anaknya jalan-jalan di sekitar Jalan Tar. 

Kami bercadang untuk bungkus makanan dan berbuka puasa di tengah-tengah padang di dataran Merdeka.

Kebetulan ketika tiba di Dataran Merdeka kami melihat kakitangan JKKN sedang menyusun makanan di atas tikar yang dihampar di atas jalan sepanjang jalan di hadapan Stadium Merdeka. Di kiri dan kanan pula terdapat food truck yang menjual pelbagai juadah makanan.

So, kami mengambil tempat di atas tikar tersebut sementara menunggu azan berkumandang. Di atas tikar tersebut, kakitangan JKKN dah siap-siap letak beberapa juadah makanan seperti bubur lambuk, air OSHI, snek dan nasi. Tapi memandangkan kami memilih lokasi yang agak hujung, kami tak bernasib baik untuk dapat nasi sebab nasi dah habis. 

Tapi itu tak menjadi masalah sebab ada banyak food truck yang menjual makanan. Husband Hani belikan nasi lemak kerang untuk Hani.

Manusia memang ramai. Hani tengok pelbagai lapisan masyarakat yang turut menjamu selera di IFTAR@KL 2018. Tak kira tua, muda, Cina, India, Melayu malah foreigner pun ada. Semua orang duduk beramai-ramai sambil menjamu selera sekaligus dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita. 

Satu pujian kepada JKKN kerana berjaya menganjurkan program yang sangat bermakna ini. Ia bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan sesama Malaysia yang hidup berbilang kaum, ia juga dapat memberi peluang kepada pengunjung-pengunjung atau pelancong-pelancong dari luar negara untuk merasai pengalaman berbuka puasa di Malaysia. Mereka juga berpeluang untuk mencuba makanan-makanan tradisional di Malaysia ketika berbuka puasa terutamanya bubur lambuk. Selain itu, program ini juga dapat membantu mereka yang hidup susah terutama sekali homeless di sekitar Kuala Lumpur.

Hani dimaklumkan bahawa program ini sudah bermula sejak tahun 2012 lagi tapi baru semalam Hani dapat tahu.. huhuh... Jadi, harapan Hani semoga program yang bermanfaat ini dapat diteruskan setiap tahun sampai bila-bila. 



Berikut adalah sedikit sebanyak details yang Hani boleh share kepada anda sekiranya anda berminat untuk menyertai program ini.

Berbuka Puasa IFTAR@KL
di Jalan Raja Dataran Merdeka
pada:
26 & 27 Mei 2018
2 & 3 Jun 2018
9 & 10 Jun 2018
(Setiap Sabtu dan Ahad sahaja)

Sekiranya anda berminat untuk menjadi sukarelawan bagi program ini, anda boleh rujuk nombor telefon berikut untuk keterangan lanjut serta pendaftaran :


03 – 2614 8200 / 8298 / 8263 / 8264


No comments:

Post a Comment