Friday 28 September 2018

12 Tempat Menarik di Melbourne, Australia

Alhamdulillah, Hani berkesempatan melawat Melbourne baru-baru ini. 

Actually ini merupakan kali kedua Hani menjejakkan kaki Hani di Melbourne. 

Masa first time ke Melbourne adalah pada December 2016 yang merupakan trip caravan dari Sydney ke Melbourne. Tapi kami hanya sempat melawat Melbourbe hanya 2 hari sahaja. 

So, kali ni memang Hani spend 5 hari di Melborne dan explore la sepuas-puasnya di sana.

Melbourne merupakan bandar kedua terpenting dan terbesar di Australia selepas Sydney. 

Ada kajian pada tahun 2002 dan 2004 mengatakan melbourne adalah tempat yang paling sesuai untuk didiami di dunia disebabkan oleh sifat kebudayaan, iklim, kos sara hidup dan keadaan sosial. 

Maybe suatu ketika dahulu la.. Sebab apa yang Hani nampak dengan mata kepala Hani sendiri, Melbourne tak macam tu pun. Banyak ja gelandangan yang tidur bersepah-sepah di jalanan. 

Dengar kata kes jenayah pun banyak di Melbourne. Tapi yang menariknya d sini, anda boleh jumpa pelbagai bangsa di sini sampai Hani tak tahu nak bezakan penduduk asal Melbourne dengan pendatang sebab pelbagai etnik boleh dijumpai di sini. 

Orang Arab, orang Somalia, Jepun, China, Ukraine, Korea, Malaysia, Indonesia dan banyak lagi. So, kalau anda jalan-jalan di town, tak adalah orang pandang anda pelik sebab orang sini dah tak kisah dengan foreigner sebab terlalu banyak pendatang dari pelbagai negara.

Ok, dalam post kali ni Hani nak share sikit antara tempat-tempat menarik yang Hani sempat melawat sepanjang di Melbourne selama 6 Hari hari tu. 

Erm, Actually 4 hari. 6 hari tu termasuk perjalanan dari Malaysia ke Melbourne dan melbourne ke Malaysia. Untuk makluman, perjalanan mengambil masa lebih kurang 8 jam.

#1 Queen Victoria Market


Queen Victoria Market sangat terkenal sebagai pusat perdagangan di Melbourne. Ia adalah tempat wajib bagi pelancong-pelancong untuk datang ke sini. 

Anda boleh lihat pelbagai barangan dijual di sini seperti carpet, souvenir, jaket kulit, makanan, dan sebagainya.



barang-barang di sini boleh tahan murah juga seperti jaket kulit, baju T, souvenir dan banyak lagi. Queen Victoria Market tutup hari Isnin dan Rabu. 

Make sure anda tak datang sini pada hari tersebut. Masa first time Hani datang sini adalah hari Rabu which is pasar ni tutup. 

Sedih jugak la sebab plan nak beli souvenir bagai kat sini tapi tak berkesampaian.

Bagi memudahkan anda, Hani share sikit jadual operasi Queen Victoria Market seperti di bawah ini:


#2 Flinder Street Station


Flinders Street Railway Station terletak di tengah-tengah Bandar Melbourne dan merupakan stesyen keretapi yang paling sibuk di Australia. 

Ia menghubungkan beberapa jenis servis keretapi yang terdapat di melbourne seperti Metro Suburban dan V/Line. 

Rekabentuk bangunan yang unik menyebabkan bangunan ini tersenarai dalam Victorian Heritage.

Dulu masa zaman phone tak ada lagi, orang Melbourne nak dating, mereka akan cakap "i'll meet you under the clock" which is merujuk kepada jam kat pintu masuk utama itu.

# 3 Federation Square


Federation Square merupakan tempat di mana arts, culture and public events diadakan. Ia terletak berdepan dengan pintu utama Flinders Railway Station. 

So, kalau anda jalan-jalan kat Flinders Street, jangan lupa untuk singgah di sini dan merakam gambar anda di bangunan yang unik dan cantik ini.

#4 Fitzroy Garden


Fitzroy Garden merupakan sebuah tamana lanskap yang popular di Melbourne. Taman ini mempunyai keluasan 24 hektar tapi Hani tak sempat nak explore seluruh taman ini sebab hujan. 

So, kami hanya sempat pergi conservatory ni sahaja sebab sini dekat dengan bas parking dan kawasan berbumbung.

Actually, ada beberapa lagi tempat menarik di sini iaitu, ada tasik, Pokok yang diukir dengan lukisan pari-pari, Cook's Cottage iaitu rumah yang dibina oleh ibu bapa kepada Kapten James Cook, scarred tree, Jalan yang dipenuhi dengan pokok, Kampung model Tudor, Pavillion Band, Rotunda, air pancut dan patung. 

Kalau anda mempunyai masa yang lama, anda boleh bergambar di semua tempat menarik tersebut sebab setiap tempat tu ada kisah dan sejarahnya tersendiri.

#5 Great Ocean Road


Great Ocean Road adalah lebuh raya sejauh 243 kilometer di sepanjang pantai timur Australia. Great Ocean Road dibina oleh tentera yang pulang dari Perang Dunia Pertama sebagai peringatan tentang perang terbesar di dunia. 

Ia didedikasikan kepada tentera yang terbunuh dalam perang tersebut.

Jalan ini menjadi daya tarikan pelancong yang penting di Melbourne kerana di sepanjang jalan ini anda boleh lihat pemandangan laut biru yang indah serta pantai dan tebing yang terdiri daripda batu kapur dan batu pasir yang mudah terdedah kepada hakisan. 

Jalan ini melalui beberapa tempat menarik seperti Anglesea, Lorne, Apollo Bay dan Port Campbell yang terkenal kerana batu kapur dan batu pasir semula jadi seperti Loch Ard Gorge, The Grotto, London Arch dan The Twelve Apostles.

Anglesea

Jalan ini ada 2 lorong dan dilindungi oleh had laju antara 50 kilometer dan 100 kilometer sejam. 

So, berhati-hati bila lalu di sini sebab kawan Hani dapat 2 surat saman selepas 2 bulan balik Malaysia. 

Mahal jugak saman yang perlu dibayar tu.

#6 Port Campbell National Park

London Arch atau dahulunya dikenali sebagai London Bridge

Loch Ard Goorge

Port Campbell National Park terletak South-Western Australia. Ia mempunyai keluasan lebih kurang 10KM dan terletak di sepanjang Great Ocean Road.

Port Campbel National Park mempunyai pelbagai tebing tebal yang menghadap ke pulau-pulau lepas pantai, tumpukan batu, gaung, gerbang dan lubang-lubang. Ia menjadi daya tarikan pelancong temasuk The Twelve Apostles, London Arch, Loch Arch Gorge, Gibson Steps dan Grotto.


#7 Twelve Apostles


Twelve Apostles adalah koleksi tumpukan batu kapur dari pantai Taman Negara Port Campbell di sepanjang laluan Great Ocean Road.

Dahulu, terdapat 9 batu kapur di sini tetapi satu telah runtuh pada Julai 2005 dan kini hanya tinggal 8 sahaja

Twelve Apostles sebelum runtuh

#8 Puffing Billy Steam Train



The puffing Billy Railway adalah keretapi lama yang terletak di Dandenong Ranges. Keretapi ini dibuka sekitar awal abad ke-20. 

Ia bergerak melalui kaki bukit selatan Dandenong Ranges ke Gembrook. 

Ia menjadi salah satu keretapi warisan wap yang paling popular di dunia dan menjadi tarikan pelancong di seluruh Australia mahupun luar negara.

#9 Shrine of Rememberance


Shrine of Remembrance adalah tempat peringatan perang di Melbourne. 

Pada mulanya ia dibina untuk menghormati lelaki dan wanita Victoria yang berkhidmat dalam Perang Dunia Pertama tapi kini ia menjadi tempat peringatan bagi semua warga Australia yang telah berkhidmat dalam peperangan.


Terdapat satu obor di sini yang sentiasa dinyalakan dan tak pernah dipadamkan semenjak bangunan ini mula dibina hingga sekarang. Obor itu melambangkan kehidpan abadi seseorang.

#10 Yarra River



Bandar Melbourne mula ditubuhkan di sekitar Yarra River ini.

Yarra River merupakan sumber makanan utama dan tempat pertemua untuk orang asli Australia dari zaman prasejarah lagi.

Kini, Yara river menjadi kawasan Pusat Bandar Melbourne.

Terdapat pelbagai bangunan, kedai makan dan shopping complex di sekitar Yarra River. Ia juga terletak bersebelahan dengan Flinders Street Railway Station.



#11 The Nobbies Philip Island



Philip Island menawarkan pemandangan pesisir pantai yang sangat menakjubkan. Anda boleh berjalan-jalan di sepanjang laluan The Nobbies dan menikmati pemandangan yang menarik di sini. 

Di sini juga anda boleh melihat burung-burung laut dimana terdapat sarang burung laut di sini. Kalau anda bernasib baik, anda boleh melihat penguin kecil berehat di sini.


#12 Penguin Parade


Penguin Parade ini terletak di Philip Island. Ia merupakan tempat perlindungan penguin. Anda boleh lihat kumpulan penguin pulang ke rumahnya pada waktu maghrib. 

Tak banyak gambar Hani di sini sebab kami tidak dibenarkan untuk mengambil gambar penguin kerana dikhuatiri flash dari camera akan menyebabkan penguin terkejut dan merosakkan penglihatannya secara tidak langsung menyebabkan penguin tersebut tidak tahu jalan pulang ke rumah. 

Hani cuba juga untuk curi-curi ambil gambar penguin tersebut tapi terkantoi dan kena marah dengan pekerja di sana. 

Sebelum Hani akhiri post entry ini, Hani share sikit simple itinerary sepanjang kami di sini untuk rujukan anda.

Day 1
Travelling from Kuala Lumpur to Melbourne

Day 2
Arrived Melbourne. Lepas tu terus tour sebelum check in Hotel at 3 pm.
Fitzroy garden
Patrick 's Cathedal
Federal Square
Queen Victoria Market

Day 3
Puffing Billy Steam Train
Rochford Wines
The Nobbies Philip Island
Penguin Parade

Day 4
Great Ocean Road
Twelve Apostles
Port Campbell

Day 5
Shrine of Remembrance
Yarra River

Day 6
Pulang ke tanahair

Other info:
  • Visa diperlukan untuk ke Australia
  • Start 6 June, kerajaan Australia dah hadkan limit barang yang boleh bawa dalam carry-on luggage especially barang yang berkait dengan serbuk seperti kosmetik, serbuk protein dan bedak talkum tidak melebihi 350ml.
  • season yang kami pergi time ini adalah ketika peralihan daripada winter ke Spring. Cuaca dan suhu unexpected. Dinasihatkan juga untuk membawa winter jacket. 


No comments:

Post a Comment