Thursday 20 December 2018

Hari Kedua Road Trip Thailand: Program Jalinan Mahabah Kali Ke-2 Keluarga Besar Haji Wan Mustafa Al-Fathani

Ok, Masuk Hari kedua pula..

Subuh di sini agak awal. Lebih kurang pukul 6.30 pagi dah habis dah waktu subuh so Pukul 5.30 pagi Hani dah set alarm untuk bangun solat.

Niat di hati selepas Subuh nak layan sunrise di tepi pantai  tapi tiba-tiba rasa malas pula. So, Hani just lepak dalam bilik layan game dan sambung tidur tapi jam 7.00 pagi Hani dah terjaga.

Hari Kedua Road Trip Thailand: Program Jalinan Mahabah Kali Ke-2 Keluarga Besar Haji Wan Mustafa Al-Fathani

Tapi alang-alang dah terjaga Hani keluar ambil angin pagi sekejap di tepi pantai sebelum breakfast. Hani tengok ramai juga orang yang lepak kat tepi pantai pagi ni. Layan sunrise tadi barangkali. Ahhh!! Menyesal pula tak join layan sunrise tadi. Mesti cantik. Itulah, layankan sangat perasaan malas tu. Kan dah rugi.

Hari Kedua Road Trip Thailand: Program Jalinan Mahabah Kali Ke-2 Keluarga Besar Haji Wan Mustafa Al-Fathani

Pilihan menu breakfast di sini tak banyak. Cuma ada bubur nasi, nasi kerabu, nasi goreng, mee goreng dan roti tapi cukup untuk membuatkan kami semua kekenyangan. Masakan pun not bad. Nasi kerabu paling cepat habis di sini tapi pekerja di restoran ini akan sentiasa tambah makanan bila ada yang dah habis.

Selesai breakfast Hani teman anak buah Hani, Merah dengan Qawiem mandi di swimming pool.

Staff di situ tak benarkan Merah mandi sebab Merah hanya pakai baju T kain cotton sahaja tapi nasib baik Hani bawa extra baju swimming dan kebetulan saiz badan Merah yang baru berusia 8 tahun tu sama dengan saiz Hani. Haha

Hari Kedua Road Trip Thailand: Program Jalinan Mahabah Kali Ke-2 Keluarga Besar Haji Wan Mustafa Al-Fathani

Swimming pool kat sini boleh tahan best juga. Tak ada lah besar sangat tapi still puas hati. Ada bahagian dalam dan bahagian cetek untuk budak-budak. Air pun bersih.

Manusia dah semakin ramai yang datang. Ada juga beberapa keluarga yang datang dengan menyewa bas.

Berdasarkan agenda program, hari ini merupakan hari pendaftran dan check in process yang bermula dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.

Setelah selesai pendaftaran, kami semua berkumpul di tepi pantai untuk makan tengah hari dalam bentuk pot luck.

Ada keluarga dari Malaysia dan Thailand yang  membawa pelbagai makanan. Yang Hani sempat grab cuma nasi daging dengan pulut ikan masih gaul dengan kelapa. Pehhh... favourite Hani tu!

Selesai makan tengah hari, kami diminta untuk berkumpul untuk sesi bergambar bersama ahli keluarga pula.

Hari Kedua Road Trip Thailand: Program Jalinan Mahabah Kali Ke-2 Keluarga Besar Haji Wan Mustafa Al-Fathani

Lupa pula Hani nak cerita sedikit tentang background program ni.

Program Jalinan Mahabah Kali Ke-2 Keluarga Besar Haji Wan Mustafa Al-Fathani

Program ini merupakan inisiatif kali kedua dan inshaAllah akan dijadikan program tahunan selepas ini. Kali pertama program ini diadakan pada tahun lepas di Tasik Pedu, Kedah.

Tahun ini turn Thailand pulak dan tahun depan sekali lagi akan diadakan di Malaysia. Begitu juga seterusnya.

Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara ahli keluarga dan keturunan Haji Wan Mustafa Al Fathani yang dikatakan mempunyai 40 orang anak. Daripada jumlah 40 orang tersebut, hanya 19 orang sahaja yang dapat dikenalpasti.

Hari Kedua Road Trip Thailand: Program Jalinan Mahabah Kali Ke-2 Keluarga Besar Haji Wan Mustafa Al-Fathani

Tapi daripada 19 orang anak Haji Wan Mustafa, hanya keturunan daripada beberapa orang anak sahaja yang hadir.

Untuk majlis tahun hadapan, urusetia program mensasarkan lebih banyak keluarga yang akan hadir dan ditemui.

Pada Hani, program ini amat menarik sebab kita boleh tahu salah silah keluarga dan keturunan kita. Baru Hani tahu rupanya suami Hani ada keturunan Siam dan dengar kata mereka adalah keturunan alim ulama juga.

Perkara yang sangat menarik sebenarnya untuk dikaji.

Sebahagian keluarga yang menjadi urusetia sedang bertungkus-lumus menyiapkan juadah untuk program makan malam nanti.

Antara yang paling menarik minat Hani adalah menu lembu golek. Selalu tengok kambing golek tapi kali ini Hani dapat lihat dengan mata kepala Hani sendiri macam mana mereka membakar lembu golek.

Hari Kedua Road Trip Thailand: Program Jalinan Mahabah Kali Ke-2 Keluarga Besar Haji Wan Mustafa Al-Fathani

Hanya seekor sahaja yang digolek untuk menjamu lebih kurang 1000 orang tetamu. So, siapa yang bernasib baik sahaja berjaya makan. Huhu...

Selepas solat Maghrib, bermulalah majlis kemuncak Program Jalinan Mahabah Ke-2 Keluarga Besar Haji Wan Mustafa Al-Fathani iaitu Majlis Makan Malam yang berkonsepkan buffet.

Hari Kedua Road Trip Thailand: Program Jalinan Mahabah Kali Ke-2 Keluarga Besar Haji Wan Mustafa Al-Fathani

Program makan malam tersebut diisi juga dengan beberapa persembahan seperti bacaan Al-Quran dari wakil keluarga Thailand, Selawat beramai-ramai, ucapan daripada wakil Thailand iaitu Datuk Bandar Narathiwat, ucapan daripada wakil Malaysia iaitu Ustaz Haji Mohd Isa yang merupakan wakil rakyat DUN Belantik, Kedah, Persembahan nasyid daripada wakil Thailand dan wakil Malaysia, ceramah motivasi oleh pakar motivasi Mokhtar Rashid dan DAI Irfan serta acara cabutan bertuah.

Sebanyak 150 hadiah cabutan bertuah disediakan yang terdiri daripada makanan, barang elektrik, anak patung, barang-barang rumah, hamper dan sebagainya.

2 orang anak buah Hani, Qawiem dan Merah bernasib baik dalam cabutan bertuah malam tu. Qawiem dapat beras wangi Thailand manakala Merah dapat bakul isi pakaian.

Program malam itu berakhir lebih kurang jam 12 malam. Semua orang kelihatan penat dan gembira kerana membawa pulang hadiah cabutan bertuah yang dimenangi.




No comments:

Post a Comment