Wednesday 20 May 2015

Tips: Saving your money

Hi all!!!
Ok, I think, today I wanna share some tips on how to save your money. Biasa la kan... kita ni kadang-kadang terlanjur shopping bila ternampak baju baru, handbag, tudung.... Kalau boleh nak bawa balik satu shopping complex tu terus.. bergelora nafsu melihat barang-barang yang cantik tu... Nowadays lagi lah bila dah wujud online shopping... Last-last sampai hujung bulan mula la makan maggie seminggu. Saving?? Ermmmm... wait, let me check... 


Errrrrrrrrrr

So, apa kata kita try amalkan kaedah seperti berikut:

  1. Dapat jer gaji, bayar dulu komitmen wajib kita seperti loan kereta, kredit card, bill itu... bill ini... Dah setel bayar semua tu, sekurang-kurangnya 20% daripada baki tersebut kita buat saving.
  2. It is advisable kita simpan duit dekat bank lain. Kalau boleh simpan dekat tempat yang susah nak keluarkan duit. Sebagai contoh, if gaji uols masuk dalam Maybank, simpan dekat bank lain... Paling bagus simpan dalam ASB sebab ASB tak ada mesin ATM kannn... Kalau uols simpan duit dekat CIMB or any bank yang ada mesin ATM, Hani berani kerat kuku yang uols akan guna duit simpanan uols tu... so, to be safe... simpan dalam ASB atau Tabung Haji... lagipun dividen tahunan pun banyak 
  3. Tukar hobi uols... Kalau uols memang every weekend jenis yang suka keluar melepak ke.. karaoke ke.. apa kata lepas ni stay jer dekat rumah baca buku ke, update blog ke, download movie ke... At least dalam sebulan tu find one weekend duduk dekat rumah ja sebab the more uols kerap keluar, the more uols akan spend your money. 
  4. This one quite dangerous for those yang memang kaki travel like..... me! if you don't have enough money... Tak payah la setiap bulan pergi travel ke oversea like Europe. At least once a year dah memadai. Tapi kalau dah macam cacing kepanasan sangat gian nak travel, it's ok... pergi travel dekat-dekat pun dah ok like Thailand ke... Indonesia ke... By the way, Malaysia pun banyak ok tempat-tempat menarik yang mungkin kita tak pernah explore pun... At least cover around Malaysia dulu then baru la ada topik untuk borak dengan tourist and suggest to them what best place to visit in Malaysia. Tak payah nak berlagak sangat show off kat facebook uols mampu pergi London, New Zealang tapi hutang keliling pinggang... No no no...!
  5. Belajarlah berjimat dan berbelanja ikut keperluan... Kalau tak mampu tu buat la cara tak mampu... shopping ikut keperluan. Kalau ada rezeki lebih, nak beli barang mahal, beli la... Banyak lagi benda yang berfaedah kita boleh buat dengan duit tu. Barang yang mahal belum tentu berkualiti. Kalau berkualiti dan tahan lama sangat pun... hati kita pula yang tak boleh bertahan lama... mesti akan rasa bosan asyik pakai handbag yang sama jer kan... Lepas sebulan beli handbag baru... handbag lama tu nak buat apa? Kalau tak guna nanti rosak pula... Beli mahal-mahal kan?? Dah membazir di situ.. Kalau orang yang bijak, dia akan jual balik handbag lama tu... Macam ni lebih berbaloi... Beli handbag LV, pakai sebulan lepas tu jual... Dapat duit beli handbag chanel pula... Baru la almari uols tak semak dengan barang-barang... ihiks!
  6. Use your credit card wisely... Please! Please! Please! Guna credit card bila perlu sahaja ok... Jangan setiap masa syok swap ja. Hujung bulan dapat bill ternganga nak bayar. Jangan biar hutang credit card tu lama-lama sebab makin lama makin banyak hutang uols... interest charged based on hari. Lambat sehari kena interest... Just imagine kalau uols lambat bayar berbulan-bulan, berapa banyak interest yang uols kena bayar? Free free jer uols dermakan duit dekat company credit card. Inilah yang dikatakan orang kaya semakin kaya...  
Ermmm apa lagi nak tambah... Yang ni je kot sebab yang ni je yang Hani dapat fikir pun... Kalau ada idea lain, Hani share lagi...

Selamat mencuba uolsss!!!!