Tuesday 28 July 2015

TWH makan di Moon's Kitchen

Wooowwww!!! Buka buka balik blog ni baru perasan, my last post was 27 June 2015... means that dah sebulan TWH tak post apa-apa dalam blog ni. Almaklumlah... Bulan puasa hari tu busy dengan Majlis berbuka puasa di sana dan di sini. Lepas tu busy dengan raya pula... busy dengan assignment dan seangkatan dengannya. Jadi hari ni TWH nak update sikit pasal makanan dan restaurant yang menarik, tertarik, kau memang debommmm...!! 

TWH makan di Moon's Kitchen

Pernah dengar nama restaurant ni? Moon's Kitchen... Btw, restaurant Moon's Kitchen ni ada di dua tempat. Satu di Ampang dan satu lagi di Putra Height, Subang. TWH tak pernah sampai lagi branch kat Ampang tu tapi menurut kata Tuan empunya restaurant ni, dekat Ampang tu cuma di medan selera. So, kat tempat yang TWH pergi ni cawangan satu lagi di Putera Height. Suasana yang mungkin lebih selesa sikit berbanding di medan selera tu dan yang penting! Senang nak parking... TWH cukup menyampah pergi tempat yang susah nak parking... Bazir minyak dan bazir masa... 

TWH makan di Moon's Kitchen

Ni adalah menu yang TWH order. TWH dah lupa nama menu ni tapi ni antara chef's signature menu. Harga dalam RM47.90 tapi seriously memang sedap seheingga menjilat jari.. Pada TWH harga menu dekat sini taklah begitu mahal. Still affordable dan berpatutan dengan kelazatan masakannya. Sebenarnya menu yang paling menjadi tumpuan ramai dekat sini adalah lobster. TWH memang dah lama teringin nak try lobster kat sini tapi tahu-tahulah harga lobster tu berapa. Mau cecah RM190 paling murah...(untuk 700 gram). So kalau nak makan lobster atau wagyu dekat sini make sure you bring enough money ya... Jangan terkejut pula bila tengok bill beribu riban.. meh nak kasi korang melting sikit... nak tayang gambar lobster dia... huhuh

TWH makan di Moon's Kitchen

Haaaaa!!! Tudiaaaa lobster dia... kena makan ramai-ramai ni... tak boleh makan sorang sebab cepat muak. Melting kannn!!! TWH belum try lagi... one day.. one day... Tunggu dapat gaji nanti TWH nak try rasa... Kalau anda nak tengok lagi gambar-gambar menu yang ditawarkan oleh moon's kitchen, please please please follow this instagram... pstttt!! Tokey moon's kitchen cakap Hanis Zalika selalu makan dekat sini. Favourite dia satu family juga. 

So apa lagi, jom la reramai kita serbu Moon's Kitchen!!!!

Moon's Kitchen 
12A-G Jalan Putra Mahkota 7/6B, Putra Heights, Subang Jaya.
Open Tues-Thurs, Sat-Sun, 12pm-10pm & Fri, 3pm-10pm. Tel: 03-5887-1081

No comments:

Post a Comment