Wednesday 28 October 2015

Kaedah Penjagaan untuk hikers wanita

Kaedah Penjagaan untuk hikers wanita


Tidak dinafikan bahawa kaum wanita memerlukan penjagaan yang sangat rapi dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki. Penjagaan tersebut termasuklah penjagaan dari segi kecantikan dan juga kebersihan. Bagi hikers, anda sangat terdedah kepada perkara-perkara yang boleh menghalang anda untuk kekal cantik dan bersih seperti kulit terbakar dan berjeragat akibat pendedahan yang melampau di bawah sinaran matahari, kuku rosak, kaki berparut dan paling melecehkan apabila datang bulan ketika berada di dalam hutan dimana ia memerlukan penjagaan yang sangat rapi. Berikut TWH kongsikan beberapa kaedah penjagaan yang boleh diamalkan oleh hikers wanita:


1# Datang Bulan
Perkara yang paling dibenci oleh hikers wanita apabila datang bulan ketika berada di dalam hutan. Paling memeritkan apabila berada di kawasan yang tiada water point. Jadi, apa yang perlu anda lakukan? Sekiranya anda berada di kawasan yang mempunya air mengalir, anda boleh terus basuh tuala wanita anda di situ tapi INGAT! Jangan sesekali membuang tuala wanita di dalam hutan kerana tindakan tersebut akan menjejaskan kebersihan dan pemandangan semula jadi di kawasan tersebut sekaligus mengelak gangguan makhluk halus yang sangat tertarik dengan kaum hawa. Sebaiknya anda membungkus tuala wanita anda dan masukkan ke dalam plastik.. kemudian simpan di dalam bag anda. Buang di dalam tong sampah setelah keluar dari hutan. Bagaimana pula sekiranya kawasan tersebut tiada punca air? Anda dinasihatkan untuk membungkus dengan suratkhabar dan menyimpan tuala wanita anda di dalam plastik elok-elok dan simpan di satu sudut di dalam bag anda. Jangan lupa basuh setelah keluar dari hutan dan buang di dalam tong sampah seperti biasa.

2# Period Pain
TWH nasihatkan untuk bawa krim mustajab atau minyak panas masa pergi hiking. Mana tahu kalau tiba-tiba terkena period pain, boleh guna mustajab atau minyak panas tu untuk sapu dekat perut. Atau cara lain bawa panadol menstrual untuk kurangkan rasa sakit. 

3# Buang Air
Anda boleh korek tanah agak-agak dalam sikit. Selepas 'kerja' selesai, anda boleh kambus balik barang-barang anda tersebut dengan tanah. (Ni kaedah yang kawan TWH guna... Hehe....) Jangan sesekali membuang tisu basah di dalam hutan selepas digunakan. Simpan di dalam plastik dan cuci dengan bersih setelah terjumpa kawasan air mengalir. Kalau boleh cucilah dengan sabun mandi untuk kurangkan bau yang tidak menyenangkan. hehe... Kemudian masukkan semula di dalam plastik tersebut dan buang di dalam tong sampah selepas keluar dari hutan.

4# Parut
Once anda sudah terlibat dengan gejala-gejala hiking ni, memang susah nak elakkan diri dari kesan parut di kaki. Biasanya parut akan wujud selepas kena gigit dengan pacat atau tercalar kesan jatuh dalam hutan dan sebagainya. Sudah pasti ia akan mengurangkan kecantikan kaki anda. Jadi, apa yang anda boleh lakukan adalah dengan membiasakan diri anda untuk menyapu bio oil atau virgin oil di kaki anda. TWH biasa guna bio oil. Sebaiknya pakai 2 kali sehari untuk kesan yang lebih cepat. Kalau anda tak skip, insha Allah selepas 3 bulan akan hilang parut itu atau kalau nasib baik, sebulan pun dah boleh hilang tapi ia bergantung kepada jenis kulit anda. Pilihlah yang mana bersesuaian dengan jenis kulit anda. 

5# Sunburn
Ketika berada di aas puncak gunung, mungkin anda akan terlupa seketika tentang panas matahari yang membakar kulit anda. Sebaiknya pakailah sunblock atau apa-apa foundation yang mempunyai perlindungan UV untuk melindungi kulit anda dari kesan terbakar. At least ada SPF50 pun dah ok (bergantung pada jenis kulit). Lepas tu kerap-keraplah cuci muka dengan sabun pemutih atau sapu bio oil / minyak olive kat muka untuk hilangkan sunburn. Pelbagai cara boleh guna sama ada rajin atau tidak jer. 

TWH nasihatkan pelbanyakkan penggunaan bio oil, minyak zaitun atau minyak-minyak yang seangkatan dengannya sebab minyak-minyak ini memang bagus untuk kulit. Rajin-rajin sapu dekat kaki dan seluruh badan untuk penjagaan dalam jangka masa yang panjang. Itu sahaja kaedah penjagaan yang TWH dapat kongsikan dalam entry kali ni. Kalau anda mempunyai tips yang lebih baik dan lebih berkesan, jom lah kongsi di ruangan komen bawah ini. Mana tahu boleh dijadikan panduan kepada pembaca-pembaca yang lain jugak. Sharing is Caring kannnnn!!!!

No comments:

Post a Comment