Saturday 7 November 2015

Travel: Mengimbas Kembali Trip Hong Kong

Tiba-tiba Hani rindu pula dengan trip dekat Hong Kong. Time ni Hani pergi Hong Kong secara percuma under trip company. Tak puas sebab 3 hari 2 malam sahaja. Then tak banyak tempat yang TWH dapat explore sebab most of the time dalam bas pelancong jer. And then Hani banyak tidur je dalam bas sebab asyik sangkut jem. Kebanyakan tempat yang kami melawat adalah tempat shopping. Maaf ya travel agensi yang ada di Malaysia mahupun di luar Malaysia. Hani tak begitu gemar travel menggunakan perkhidmatan travel agency. Bukannya sebab korang membosankan tapi sebab Hani sendiri yang tak reti duduk diam dan suka explore tempat-tempat yang rare. 

Hari kedua Hani di Hong Kong, Hani dan kawan-kawan jalan sendiri tanpa follow travel agency. Rasa release sedikit. Seriously pengalaman itu sangat berbeza berbanding follow travel agency. Seronok sebab dapat cuci mata tengok gelagat local people di Hong Kong, sesat jalan dan yang paling best bila part nak cari makan. Dah siap duduk dalam Pizza Hut nak order, then baru teringat nak tanya halal ke tak. Nasib baik tak order lagi sebab Pizza di Hong Kong serve pork. Haiyaaaa... terus kami keluar dari Pizza Hut. Last-last balik hotel makan maggie cup. Then boleh pula masa on the way balik tu hujan lebat. Hani tercuri payung dekat tepi jalan. Terrrrrr curi ok! Tak sengaja... hahaha... Tapi hotel yang kitorang stay ni memang win lah! Hotel 5 bintang gitu... Kebetulan hotel tu baru nak launch, so dorang bagi diskaun dekat travel agency. Dapat juga la merasa stay hotel mewah di Hong Kong. Itu antara kelebihan follow travel agency. Kalau jalan sendiri? mampu tak nak bayar hotel 5 bintang? tak kannn... hehe... So, ada pros and cons juga travel sendiri mahupun travel with travel agency. 

Meh nak belanja sikit gambar-gambar kat Hong Kong dulu

Obama versi lilin

Avenue of Star where you can see Bruce Lee Monument there... Tapak tangan pelakon-pelakon popular seperti Bruce Lee... Jet Lee... and Jackie Chan...



From Ladies Market, kami berjalan-jalan tanpa arah tuju dan akhirnya sampai di hotel gitu...

Masjid di mana tempat kami solat dan makan

View Bandar yang sesak dengan orang

City Gate. Tempat tu lebih kurang macam JPO.. Jual barang-barang branded pada harga yang murah. Tak banyak barang yang Hani sempat grab sebab kami hanya diberi masa selama 2 jam di sana dan tempat tu sangat luas. So, Hani hanya sempat masuk butik Coach, Kate Spade and Esprit.  Harga?? Tak begitu murah sangat. Boleh dapat harga yang lebih kurang macam tu dekat KL bila ada sales.. (^_^)



Haaa.... ni la hotelnya... serious best dan selesa... Rasa macam nak stay je dalam hotel ni taknak keluar mana-mana... hehe
Pemandangan dari hotel



No comments:

Post a Comment