Friday 18 March 2016

King Crab di Manhattan Fish Market

Bismillahirahmanirrahim....

Right after Hani post entry pasal King Crab hari tu terus office mate Hani ajak Hani makan King Crab dekat Manhattan Fish Market. Katanya tengah ada promotion. Bunyi macam menarik, harga pun murah pulak tu... ditambah pulak kerinduan yang amat melampau dengan King Crab ni... So, laju-laju Hani call Manhattan Fish Market dekat Mid Valley untuk mendapat kepastian. Mengikut kata pekerja di Manhattan Fish Market, the promotion akan tamat bila stock habis. This menu tak ada la menu baru tapi sebab jarang-jarang ada stock king crab. So, bila ada stock, Manhattan Fish Market pun buat la promosi sampai stock habis. 

So tengah hari tadi kami berempat terus serbu Manhattan Fish Market Midvalley untuk try King Crab di situ 

Terdapat dua jenis hidangan King Crab yang disediakan di Manhattan Fish Market which is anda boleh pilih hidangan mana yang memenuhi citarasa anda.

#Hidangan Pertama


Set ini harga dalam RM69.90 di mana anda boleh berkongsi dengan 2 orang bergantung kepada saiz perut anda. Kalau saiz perut anda sebesar tong drum mungkin seorang sudah memadai.

#Hidangan kedua


Set ini berharga RM99.90 sebelum GST. Terdapat ketam, nasi, sotong dan ikan dowry bakar. Terdapat 4 pilihan souce yang anda perlu pilih which is Hani tak ingat nama souce dia tapi kitorang pilih souce yang spicy untuk kasi rasa pedas2 sikit. Set ni boleh share 3 orang tapi bergantung juga pada kebesaran perut anda. Kitorang share 4 orang set ni. Then tambah dengan menu yang lain jugak. Itu pun dah cukup kenyang okeh. 





Kepah masak krim tu sedap gila... cicah dengan roti... sooo yummeh... memang Hani recommend makan kepah ni as a starter. 

Sebagai kesimpulan sebelum Hani stop entry ni, Hani nak komen sikit pasal King Crab dekat Manhattan Fish Market. Pada Hani masakan dia not bad... sedap... especially sos dia... memang terbaik... Cuma ketam tak begitu fresh dan sedikit kecil berbanding masa Hani pergi Busan hari tu. Kalau anda belum pernah rasa King Crab boleh la try dekat Manhattan Fish Market. Harga pun murah dan berbaloi. 

Sekian, wassalam....

No comments:

Post a Comment