Monday 21 March 2016

White Water Rafting di Kuala Kubu Bharu



Alhamdulillah... 
Baru-baru ni TWH berkesempatan untuk join White Water Rafting bersama Redtop dan HACAW di Kuala Kubu Bharu. Yang paling best sekali, kami bernasib baik dapat rasa air pada level 4. Memang awesome! Penuh debaran, jerit-jeritan, suasana panik dan yang penting enjoy! Trip ini diuruskan oleh mereka yang sangat profesional dan berpengelaman dalam bidang outdoor iaitu saudara Loe, Apek dan Mel dari Redtop dan HACAW dengan kekuatan 36 orang peserta. 

Day 1 kami lepak-lepak dulu dan camping di Sungai Chiling sambil bermandi manda di air terjun yang viewnya super cantik. Terpegun sekejap bila tengok air terjun tu. Macam tak percaya pula dekat Kuala Kubu Bharu ada air terjun secantik itu. 

White Water Rafting Kuala Kubu Bharu

Jumlah manusia yang ada time tu boleh tahan jugak ramainya... Mungkin sebab time cuti sekolah.. ditambah pula cuaca yang panas lately ni... so ramai yang datang bercamping dan mandi manda di air terjun.  Untuk ke lokasi ini, anda perlu berjalan dalam 15 hingga 30 minit merentasi beberapa sungai yang airnya tidaklah begitu dalam... Lebih kurang macam gambar bawah ni jer... Tapi ada la part-part yang dalam sikit... Itu pun paras pinggang untuk manusia yang pendek macam TWH... huhu

White Water Rafting di Kuala Kubu Bharu

So, after berjimba ria di air terjun yang cantik itu, kami pun pulang ke camsite untuk persediaan makan malam. Master chef dalam trip ini, seperti biasa saudara Loe dengan menu rare dia... Ikan patin masak gulai tempoyak, sambal ikan bilis dengan petai, telur goreng, ikan pekasam, sambal belacan dan sayur campur. Sedap oke... bertambah-tambah semua orang makan. 

White Water Rafting di Kuala Kubu Bharu
Bergotong royong menyediakan dinner
Dah keesokkan pagi tu pulak, saudara Loe masak soto untuk sarapan pagi. Mabeles gitu.... Lepas breakfast, kami mula bersiap-siap untuk gerak ke starting point white water rafting.

Selepas briefing oleh ketua river guide iaitu abang Bai, kami start rafting. Menurut Abang Bai, kami bertuah sebab rapid cantik kali ni... jarang dapat rapid yang cantik macam ni dekat Kuala Kubu Bharu. Meh TWH share sikit gambar-gambar sepanjang white water rafting  tersebut.

.
White Water Rafting di Kuala Kubu Bharu

White Water Rafting di Kuala Kubu Bharu

Sebenarnya ada banyak lagi gambar dan video. Tapi rasanya cukuplah kalau TWH upload gambar yang ini sahaja. Gambar-gambar ini pun dah cukup untuk memberi gambaran arus sungai yang deras tu... Nampak macam menakutkan tapi seronok. Tak perlu risau tentang keselamatan sebab river guide sangat profesional dan akan ajar kita langkah-langkah keselamatan. Yang penting confident, jangan panik dan enjoy!!!

No comments:

Post a Comment