Friday 14 September 2018

8 Sunblock Terbaik di Malaysia Tahun 2018 Yang anda Boleh Pertimbangkan


Tak ramai yang sedar akan kepentingan sunblock untuk kegunaan harian kita. Kak Hani sendiri pun baru minggu lepas sedar dengan kepentingan sunblock. 

Kalau dulu, Kak Hani cuma guna sunblock bila nak ke pulau sahaja atau pergi hiking. Itu pun pakai gitu gitu aja. Kadang-kadang tu acah ja bawa sunblock bagai tapi pakainya tidak pun. 

Beli sunblock pun main beli ja. Kak Hani selalu beli Sunplay yang SPF130 tu bila nak travel ke pulau atau pergi hiking. Tak pun jenama Banana Boat. Tapi Kak Hani jarang pakai sebab rasa rimas dan melekit dekat muka. Lagipun malas pula nak keep on pakai. Kejap pakai, lepas tu pakai lagi. 

Kalau pergi hiking kat oversea lagi lah. Especially gunung yang bersalji. Sepatutnya memang kena pakai sunblock sebab semakin tinggi altitude semakin kita terdedah kepada sinaran UV yang tinggi di mana ia boleh merosakkan kulit kita. Memang wajib pakai sunblock. Kak Hani tahu itu tapi masalahnya Kak Hani seorang yang pemalas. Ye lah, dah la sejuk.. suhu 0 degree.. Tak kuasa lah Kak Hani nak buka glove cari sunblock tepek-tepek dekat muka. Tangan dah keras membeku, dengan beberapa hari tak mandi.. haha.. Memang tak kuasa lah. 

Tapi selepas Kak Hani buat facial dan laser treatment di Klinik Dr. Chong hari tu, Kak Hani telah di'sekolah'kan oleh beautician di situ. Dia sangat marah bila Kak Hani buat pengakuan yang Kak Hani tak amalkan pakai sunblock setiap hari. Hanya pakai bila ke Pulau atau hiking sahaja. Itu pun ikut kerajinan. 

Punya lah marah beautician tu. Katanya sunblock tu penting untuk pakai setiap hari sebab kulit kita terdedah dengan matahari setiap hari. Sunblock tu ibarat pakaian kepada kulit. Kalau tak pakai sunblock bermakna kulit kita tu tengah telanjang. Begitu sekali analogi dia bagi dekat Kak Hani.. haha...

Katanya lagi lepas ni kalau Kak Hani tak amalkan sunblock setiap hari, Kak Hani akan habiskan duit yang banyak sekali lagi untuk buat rawatan laser untuk hilangkan pigmentation di muka. Bila dia ugut macam ni baru lah Kak Hani tersedar dari lamunan Kak hani selama ni. Sebab kedekut punya pasal, jadi Kak Hani rasa Kak Hani perlu untuk amalkan penggunaan sunblock setiap hari. Apalah sangat harga sunblock tu kalau nak dibandingkan dengan rawatan laser yang memakan kos beratus mahupun beribu ringgit. Cukuplah sekali sahaja Kak Hani buat laser. Kak Hani taknak buat kali kedua, ketiga dan seterusnya. huhu... Bukannya rawatan laser tu menyakitkan sehingga Kak Hani serik nak buat, tapi kos rawatan tu yang membuatkan Kak Hani jadi serik. Haha... Daripada habis ke benda-benda lagha macam tu baik Kak Hani guna duit tu beli tiket flight.

Selepas selesai buat facial dan rawatan laser, terus Kak Hani google the best sunblock untuk dipakai dan Kak Hani jumpa page ProductNation yang mencadangkan beberapa sunblock yang terbaik di dalam Malaysia untuk tahun 2018. 

Terdapat 10 produk sunblock yang dicadangkan iaitu:

1. Nivea Sun Lotion


Sunblock ni water resistance dan sangat sesuai untuk anda pakai ketika ke pantai. Untuk kulit kering macam Kak Hani memang sangat sesuai sebab sunblock ni mampu memberi kelembapan kepada kulit. 

Untuk mereka yang kulit berminyak mungkin tak berapa sesuai sebab kawan Kak Hani cakap bila dia pakai, dia rasa melekit dan berminyak. 

Untuk kegunaan harian juga tak berapa sesuai sangat sebab sunblock ni water resistance, so bila nak ambil wuduk kena cuci muka betul-betul. Jadi Kak Hani hanya guna sunblock ini untuk beraktiviti di pantai sahaja. 

Tapi kan... someone bagitau dekat Kak Hani yang tak digalakkan pakai sunblock ketika diving sebab bahan kimia pada sunblock tu boleh merosakkan coral. Mungkin boleh pakai selepas habis diving. Naik kat atas boat tu cepat-cepat tepek sunblock dekat muka. hehe... 

Tapi.. pengalaman Kak Hani la kan, biasanya time diving kulit tak terbakar atau terdedah sangat pada matahari. Yang selalu merosakkan kulit adalah bila kita pegi snorkeling. Jadi, pandai-pandai lah ye... Antara sayang diri sendiri dengan sayang coral, anda pilih yang mana? Haaaaa...!!! Tepuk dada tanya selera.. hehe

2. L'Oreal Dermo Expertise UV Perfect Advanced Porcelain 


Sunblock ni sangat sesuai untuk aktiviti harian kita dan sangat sesuai untuk mereka yang berkulit kering macam Kak Hani. Dia boleh bertahan selama 12 jam.. Haaa... memang sangat sesuai lah untuk pakai dari pukul 7.30 pagi sampai pukul 7.30 malam.. Harga pun masih dalam lingkungan harga mampu milik lagi. 

3. Laniege Watery Sun Cream SPF50+

Ok, sunblock ni Kak Hani tak berani nak komen lebih-lebih sebab Kak Hani tak pernah cuba lagi. Harga dia macam mahal. So, tak sesuai untuk golongan kedekut macam Kak Hani ni. 

Tapi kalau anda rasa anda mampu, dan yakin dengan sunblock ni, anda boleh la cuba. Based on website Productnation tu, katanya sunblock ni water proof. Jadi sangat sesuai untuk digunakan ketika berenang. Ia sangat kalis air walaupun berpeluh. 

Untuk orang Islam mungkin anda perlu consider juga situasi nak ambil wuduk. Nanti jenuh tenyeh muka sebab nak hilangkan sunblock tu masa nak ambil wuduk. Takut juga jenis kalis kalis sangat ni. Lain lah kalau kalis peluru.

4. Hada Labo Air UV Moist SPF50


Ahhh jenama apa nih? Orang kampung macam Kak hani rasa terjakun sekejap. Tapi kalau based on website ProductNation tu katanya sunblock ni sangat sesuai untuk mereka yang 'takut tua'. Sebabnya sunblock ni bukan sahaja mampu melindungi kulit dari cahaya matahari tapi sunblock ini juga mempunyai bahan anti penuaan untuk menjaga kulit agar kekal muda remaja gitu. Ia juga sesuai untuk mereka yang berkulit kering.

Hurmmm... Kak hani rasa mungkin Kak Hani boleh cuba product ni. Macam best ja sebab Kak Hani pun tergolong dalam golongan manusia yang takut tua juga... huhu... 

Tapi kalau nak check review pasal product ni, anda boleh singgah blog Erra Fazleen. Mungkin review beliau boleh membantu anda untuk pertimbangkan pasal produk ni. 

5. Senka Perfect UV Gel SPF50

Yang ni pun Kak Hani tak pernah guna tapi based on website ProductNation, katanya sunblock ni sangat sesuai untuk mereka yang memiliki kulit berjerawat. Teksturnya ringan dan tidak mudah melekit, tahan lama dan senang untuk dicuci. Ya, sesuai untuk mereka yang memiliki kulit berminyak. 

6. Biore UV Perfect Face Milk 30ml


Ok, sunblock ni mendapat vote paling tinggi di kalangan kawan-kawan Kak Hani. Bukan setakat harganya yang murah, malah sunblock ni sangat sesuai untuk mereka yang kulit berminyak. Majoriti rakyat Malaysia memiliki kulit berminyak. Maka sunblock ni sangat menjadi pilihan di hati rakyat Malaysia. Tekstur licin, tidak melekit, tahan lama dan yang penting murah.

7. Cetaphil Uva/Uvb Defense SPF50+

Jenama Cetaphil memang khusus untuk mereka yang memiliki masalah kulit sensetif. Jadi mereka yang mempunyai kulit sensetif memang sesuai la menggunakan sunblock ni. Ia bukan sahaja membantu anda melindungi kulit dari sinaran matahari, malah sunblock ini juga membantu melindungi kulit dari iritasi yang lebih serius. 

8. BIO ESSENCE Bio Water Cooling Sunscreen 


Sunblock ni sesuai juga untuk kaum lelaki kerana ia mampu mencegah pembentukan bintik-bintik gelap di muka dan ia sangat sejuk bila dipakai. Tekstur ringan dan tidak melekit sebab sunblock ni water based. Sangat sesuai untuk dipakai setiap hari. Harga pun murah. Masih dalam harga mampu milik. 

Tapi.. Yang tak berapa best sangat dengan sunblock ni adalah, ia mengandungi alcohol dan tak berapa sesuai untuk mereka yang berkulit kering. 

Untuk lihat review yang lebih detail tentang sunblock ni, anda boleh lawat blog http://myrashamerblog.blogspot.com/2018/07/bio-essence-miracle-bio-water-cooling.html

Sebelum anda ambil keputusan untuk membeli sunblock, pastikan anda kenal jenis kulit anda terlebih dahulu sama ada kulit anda jenis kering atau berminyak. Warna kulit juga memainkan peranan untuk membantu anda memilih sunblock jenis SPF30 atau SPF50. Kalau anda memiliki kulit yang berwarna cerah, dinasihatkan untuk memilik sunblock SPF50 ke atas. 

Atau anda boleh baca sendiri artikel ini untuk pastikan yang anda tidak tersalah beli sunblock.

No comments:

Post a Comment