Sunday 16 September 2018

Apa yang Anda Perlu Tahu Untuk Mendaki Adam's Peak di Sri Lanka

Mungkin tak ramai yang tahu tentang keunikan Adam's Peak. So, dalam post ini, Hani akan ceritakan serba sedikit mengenai Adam's Peak yang anda perlu tahu.

Apa yang anda Perlu tahu tentang Adam's Peak, Sri Lanka

Adam's Peak merupakan sebuah gunung yang berketinggian 2,243 meter yang terletak di tengah-tengah Sri Lanka iaitu di bahagian selatan kawasan Pergunungan Tengah Sri Lanka dalam Daerah Ratnapura. 

Gunung Adam dikelilingi oleh hutan lebat dan berbukit dengan gunung-ganang yang mempunyai ukuran yang lebih kurang sama. 

Kawasan di sekitar gunung ini merupakan kawasan habitat bagi hidupan liar seperti harimau bintang, gajah dan banyak lagi.

Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Adam's Peak, Sri Lanka

Sebenarnya Adam's Peak mempunyai banyak nama mengikut kepercayaan agama di sekitar kawasan ini, antaranya adalah Sri Pada yang bermaksud tapak kaki suci di mana ia merujuk kepada kewujudan sebuah batu yang mempunyai lekuk seperti kesan tapak kaki yang panjangnya lebih kurang 1.8 meter di atas puncak Gunung Adam.

Adam's Peak dianggap sebagai salah satu tempat suci dan bersejarah bagi 5 agama iaitu agama Buddha, Hindu, islam, Kristian dan Yahudi kerana ia dikaitkan oleh kesan tapak kaki yang dijumpai di puncak gunung tersebut.

Penganut agama Buddha menganggap kesan tapak kaki tersebut adalah tapak kaki Buddha manakala penganut agama Hindu pula menganggap kesan tapak kaki tersebut adalah kesan tapak kaki Dewa Siva. Bagi penganut agama Islam, Kristian dan Yahudi, mereka menganggap kesan tapak kaki tersebut adalah kesan tapak kaki Nabi Adam A.S ketika baginda mula-mula diturunkan ke bumi. 

Namun demikian, terdapat perbezaan pendapat juga di kalangan penganut agama Kristian di mana salah satu aliran menganggap kesan tapak kaki tersebut adalah kesan tapak kaki Santo Thomas dan satu aliran lagi menganggap ia adalah kesan tapak kaki sida-sida dari Candace, Ratu Habsyah.

Adam's Peak telah menjadi tempat ibadat yang penting bagi penganut agama Hindu dan Buddha. Mereka akan mendaki gunung secara berjalan kaki terutama pada musim penghijrahan atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami, 'musim haji' mereka iaitu pada bulan April.

Perjalanan kami dari Colombo menuju ke Hatton dengan menaiki bas yang ala-ala macam van dengan tambang 300 LKR bersamaan lebih kurang RM7. 

Kami memilih untuk duduk seat belakang sebab seat belakang tu tak ada gap kat tengah. Terus bersambung dari hujung tingkat ke hujung tingkap. Tujuannya, kami nak letak bagpack  kami di sebelah seat tu.

Bas ni sangat sempit dan memang tak ada ruang untuk letak barang pun. So kami bayar extra seat memang khas untuk letak bag. Tapi.. tiba-tiba datang penumpang lain yang mengarahkan kami untuk angkat bag tersebut sebab dia nak duduk. 

Husband Hani tak nak alihkan bag tu dan terangkan pada brader tu yang kami dah bayar seat tu untuk letak bag tapi brader tu tak faham. Dia tak faham English dan dia nampak semakin marah sebab husband Hani tak nak alihkan. 

Tapi lastly husband Hani terpaksa alihkan juga sebab tak nak berlaku kekecohan di tempat orang. Terpaksa kami masing-masing letak bag atas riba kami. Rugi 300LKR tu... huhu.. nasib baik RM7 sahaja.


Perjalanan kami mengambil masa selama 5 jam. Sebenarnya jarak dari Colombo ke Hatton tak lah begitu jauh pun. 

Lebih kurang 148km sahaja tapi disebabkan jalan yang berbukit dan berbengkang bengkok, so perjalanan tu jadi lama. Pening? Yes memang pening. Dengan sempit lagi.. Nasib baik Hani ada bawa minyak cap kapak. Nasib lah bau minyak tu satu bas pun. Hani peduli apa? Hani memang dah tak tahan. Nasib tak termuntah dalam bas tu. Haha...

So dalam pukul 7 kami tiba di station bas Hatton. Station bas ni sangat crowded. Teringat pula Hani dengan Station bas Kulim masa Hani kecik-kecik dulu. Suasana lebih kurang. Dengan crowdednya.. dengan orang dok menjual barang lagi.


Sebaik sahaja tiba di Station bas Hatton, kami dinasihatkan oleh seorang penduduk local untuk menaiki bas menuju ke Dalhousie. 

Memandangkan waktu kami travel ke sini bukan peak sesson, maka, tak banyak bas atau tuk tuk yang direct ke Dalhousie. So kami transit di tengah-tengah perjalanan which is Hani tak ingat nama tempat transit tu. Di situ kami menukar bas untuk ke Dalhousie.


Kami menjadi tumpuan penduduk tempatan di sini ketika menaiki bas menuju ke Dalhousie. Mungkin pelik tengok foreigner naik public transport. Atau.. entah la. 

Hani pun tak pasti apa yang direnung mereka. Pakaian kah? Hani cuma mengenakan seluar track dan baju T bersama backpack. 

Rasa macam tak ada something yang abnormal pun tapi tenungan mereka ni menakutkan.

Tapi sebenarnya mereka ni sangat baik dan suka tolong orang. Tak ada pun mereka mengambil kesempatan pada kami. 

Melihat Hani berdiri, uncle pemandu bas menyuruh Hani letak bag di sebelahnya dan duduk di depan di atas timbunan tempat orang letak bag tu. 

Tak lama selepas itu, seorang penduduk local bangun dan menyuruh Hani duduk di seat penumpang. Mulanya Hani menolak sebab kesiankan penumpang tersebut yang berumur dalam 50-an. Takkan nak biar dia berdiri. 

Tapi katanya dia akan turun di hadapan sana jadi Hani boleh ambil seatnya untuk duduk dengan selesa. Untuk makluman anda, tambang bas dari Hatton menuju ke Dalhaousie adalah 75 LKR sahaja iaitu bersamaan RM1.80 dengan perjalanan yang mengambil masa 1 jam 30 minit.

Lebih kurang pukul 10 malam kami tiba di Dalhousie. Kami berasa sangat lega sebaik sahaja tiba. Perjalanan yang Hani rasakan sangat panjang dan memenatkan pada hari tu. 

Kami perlu segera ke hotel untuk bersihkan diri dan berehat memandangkan kami perlu bangun pukul 2.30 pagi untuk mulakan pendakian ke Adam's Peak.


Kami memilih untuk stay di Green House kerana lokasinya paling dekat dengan starting point Adam's Peak. Harga pun murah. Anda boleh book di booking.com. Lebih kurang RM62 sahaja untuk 1 malam.

Pukul 2.30 pagi kami bangun dan memulakan perjalanan kami lebih kurang pukul 3.30 pagi. Mendaki di sini tak perlu guide. Anda hanya perlu ikut trek yang disediakan sahaja. 

Tapi anda perlu berhati-hati takut tersalah jalan. Masa nak mulakan pendakian tu kami tersalah jalan sebab gelap. Kami lalu ikut kuil. 

Ingat situ pintu masuk, Kami perlu bayar donation sebanyak 1000LKR bersamaan RM25. Kami ingat itu adalah charge untuk masuk atau mendaki Adam's Peak.

Kemudian kami bertemu sekali lagi dengan sami seterusnya. Di situ kena bayar donation 5000 LKR pula. 

Nasib baik time tu kami nampak ada 2 orang mat saleh lalu kat situ dan tak singgah dekat ami tu pun. So, kami ikut mat saleh tu.

Actually nak mendaki di Adam's Peak adalah percuma. Tak perlu apa-apa bayaran. Ada satu lagi laluan lain yang agak gelap. 

Di situ tak perlu lalu ikut kuil pun tapi kami tak perasan. Rugi duit. Derma kat masjid lagi bagus. huhu...



Untuk mendaki Adam's Peak, anda perlu mendaki 5,000 - 6,000 anak tangga berbatu. Dari bawah sampai ke atas semuanya anak tangga. 

Agak mencabar di situ bagi mereka yang bencikan trek bertangga. Ia mengambil masa lebih kurang 4 jam bergantung pada kadar fitness seseorang. Untuk kami, kami tiba di puncak lebih kurang pukul 7 - 7.30 pagi.

Ingat ka sempat la nak tengok sunrise tapi kecewa. Cuaca mendung. Matahari tak kelihatan langsung. Sejuk dan hujan lagi.


Di dalam bangunan tertutup itu terdapat kesan tapak kaki Nabi Adam yang disimpan dan hanya akan dibuka pada peak seasson sahaja atau dalam bahasa mudah pada 'musim haji' pengaut agama Buddha. 

Kami cuba memujuk penjaga di situ untuk benarkan kami masuk sebab salah satu reason kami ke Sri Lanka adalah untuk melihat kesan tapak kaki Nabi Adam. 

Malangnya penjaga tu tegas mengatakan dia tak boleh benarkan kami masuk sebab dia takut yang tuhan dia akan marah dan perkara buruk akan terjadi nanti.

Demi menghormati kepercayaan agama dia, so, kami pun mengalah. Kecewa.. Hanya mampu bergambar dari luar pagar sahaja.


Selesai bergambar, kami gerak turun sebab suhu dia puncak sangat sejuk. Normal perjalanan turun mengambil masa lebih kurang 1-2 jam sahaja. 

Kami sempat singgah beberapa port yang cantik untuk bergambar memandangkan masa naik tu tengah gelap. 

So, tak nampak apa-apa view yang cantik pun, so masa turun baru nampak view yang sangat cantik.

Lebih kurang jam 8.30 pagi kami dah selamat sampai di bawah. Terus kami ke Green House untuk bersihkan diri. dan tidur sekejap sebelum kami memulakan perjalanan untuk pulang ke Colombo.

Kami memilih untuk menaiki tuk tuk dari Dalhousie menuju ke Hatton. Tambang tuk tuk around 1,200 - 1,500 LKR. 

Walaupun agak mahal berbanding naik bas tapi puas hati sebab boleh berhenti bergambar bila jumpa tempat yang view cantik-cantik.




Dari Hatton pula, kami menaiki bas ke Colombo dengan tambang 700 LKR seorang bersamaan RM17 - RM18. Agak mahal berbanding semasa datang sebab bas ni adalah bas ekspres. 

Terus direct ke Colombo tanpa mengambil penumpang. Seperti biasa, kenderaan yang dipanggil bas ini sebenarnya adalah van. huhu


Antara info penting lain yang anda perlu tahu untuk mendaki Adam's Peak adalah:

  1. Sebolehnya anda elakkan dari travel ke Adam's peak during peak season iaitu pada bulan December hingga bulan April. Walaupun pada waktu ini kuil yang menyimpan kesan tapak kaki Nabi Adam dibuka tapi jangan mimpi lah anda akan berjaya tengok sebab crowdednya sangat dahsyat dari bawah sampai ke atas. Mungkin nak bergerak pun susah. 
  2. Terdapat tandas di sepanjang 20 minit perjalanan tapi anda jangan bayangkan tandas di sini bersih macam dekat airport ya. Nasib baik Hani tak terasa nak membuang pun sepanjang mendaki. 
  3. Waktu yang sesuai untuk ke sini adalah Januari - May. Pls elak dari datang pada pertengahan April. Itu adalah waktu ibadat mereka. Seeloknya pergi waktu bulan 5. Waktu kami pergi sini adalah bulan 7. Time monsun. Cuaca tak elok sangat. Hujan dan air laut bergelora. Tak boleh diving juga. 
  4. Sila pakai kasut yang selesa ya ketika mendaki. Penting untuk elak kaki anda rosak yang sekaligus akan merosakkan mood anda.
  5. Memandangkan trek Adam's Peak adalah bertangga, antara tips yang Hani boleh cadangkan, mulaka pendakian dengan rileks dan santai. Tak perlu laju-laju sebab nanti anda cepat letih dan penat. Sebolehnya bernafas melalui hidung dan jangan melalui mulut. Nanti cepat penat. 
  6. Untuk lindungi lutut anda dari cedera ketika turun, sila gunakan trekking pole.
  7. Sebaiknya turun dari puncak sebelum pukul 8 untuk elak matahari yang panas terik selepas sunrise. 
Apa barang yang anda perlu bawa ketika mendaki Adam's Peak?

  1. Bag daypack
  2. Rain Coat (sediakan payung sebelum hujan)
  3. Botol air
  4. Camera
  5. Sunglasses untuk dipakai ketika turun
  6. Trekking poles
  7. Snacks
  8. Sweater
  9. Sunblock
  10. A good attitude
Semoga perkongsian Hani dalam post ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk membuat persediaan ke Sri Lanka. Sekian.

No comments:

Post a Comment