Monday 1 October 2018

Solar Power Bank Untuk Travel

Zaman moden sekarang ini, terdapat banyak alat elektronik dan hampir semua alat elektronik menggunakan bateri. Smartphone, kamera hingga rokok pun memerlukan bateri. Apa sahaja barang yang menggunakan bateri pasti ada jangka hayatnya.

Jadi, anda tak boleh menggunakan gadget anda lagi apabila kehabisan bateri. Ya, sudah pasti anda boleh membawa power bank tapi bagaimana jika power bank anda juga kehabisan bateri?

Sekali lagi, anda mengalami masalah untuk dapatkan punca elektrik untuk mengecas terutama ketika anda berada di kawasan yang tiada punca bekalan elektrik seperti di kawasan gunung.

Hani pernah mengalami masalah tersebut sama ada di dalam Malaysia mahupun di luar Malaysia terutama ketika Hani hiking yang memakan masa berhari-hari.

Pernah ketika Hani mendaki di Snow Mountain Taiwan, semua gadget Hani habis bateri. Handphone, Go Pro dan termasuk powerbank sendiri. 

Terasa rugi sangat saat tu sebab tak dapat ambil gambar-gambar pemandangan yang cantik di puncak.  Tapi nasib baiklah kawan-kawan share gambar yang mereka sempat ambil. At least ada juga kenangan.

Salah seorang kawan Hani yang turut serta dalam pendakian tersebut bagitahu Hani yang bateri memang cepat habis bila kita berada di tempat tinggi dan sejuk.

Betul atau tidak Hani tak pasti sebab itu merupakan kali pertama Hani mendaki di gunung yang mempunyai suhu -15 C.

Selepas Hani pulang dari ekspedisi tersebut, Hani cuba mencari cara untuk Hani solve masalah yang Hani hadapai semasa di Snow Mountain. Pada Hani, kamera atau phone sangat penting ketika mendaki atau travel. 

Paling penting kamera sebab bukan senang kita dapat pergi ke suatu tempat tu. At least nak la juga ada gambar sebagai kenangan dan bukti yang kita sudah sampai ke suatu tempat itu.

Masa buat research, Hani terjumpa tentang tenaga solar dan and its give me an idea untuk mencari tentang solar powerbank. Seems like solar powerbank ni kurang popular di Malaysia tak seperti di luar negara.



Apakah Kelebihan Menggunakan Solar Power bank?

Pada hani Solar power merupakan gadget yang paling cekap dan ekonomik untuk dimiliki sekaligus memudahkan hidup kita. Antara kelebihan menggunakan solar power bank adalah;

  1. Menjimatkan kos elektrik sebab anda hanya perlu meletakkan power bank tersebut di tempat yang mempunyai cahaya matahari untuk mengecas.
  2. Portable di mana anda boleh gunakan power bank ini di mana sahaja tempat yang mempunyai cahaya matahari.
  3. Sangat versatile. Selagi ada cahaya matahari kat dunia ni, anda tak perlu risau yang power bank anda akan kehabisan kuasa. 
Cumanya solar power bank ini mengambil masa agak lama untuk fully charged. 

Di mana untuk dapatkan Solar Power Bank di Malaysia?

Tidak dinafikan agak susah untuk mencari power bank jenis ini di Malaysia kerana mungkin penggunaannya agak kurang popular di Malaysia. 

Hani pernah buka lazada dan shopee untuk mencari power bank ini. Tak banyak. Yang banyak adalah power bank tiruan dari China. Harga memang berganda-ganda murah tapi kita tak tahu kualitinya dan mungkin akan membawa masalah kepada kita. 

Tapi, apa yang Hani boleh cadangkan adalah seperti berikut:

Aukey PB-P3 12000mAh Solar Power Bank Charger with Solar Panel


Power bank ini sesuai untuk traveler yang sentiasa bergerak dan gemar melakukan aktiviti lasak kerana ia reka bentuknya yang diperbuat daripada getah melindungi power bank ini dari rosak akibat hentakan. 

Selain itu, reka bentuknya yang splash-proof membolehkan anda mengakses kuasa walaupun di dalam hujan atau di tepi sungai. 

Specification

Capacity: 12,000mAh
Technologu: SunPower Panels + AiPower
Micro-USB Input 5V 2A
USB Output 1: 5V 1A
USB Output 2: 5V 2.4A
Charging time with the Micro-USB Cable: Approx. 8 hours with a 2A Power Adapter
Dimensions: 13.54 cm x 8 cm x 1.85 cm
Weight: 275 gram (pada Hani agak berat and I don't really like it. Hani Lagi suka lightweight sebab nak kurangkan jumlah berat yang nak kena tanggung semasa hiking)

Harga: RM139 



Sama seperti Aukey di atas, ia juga direka khas sesuai untuk kegunaan lasak tapi ia lebih bagus kerana mempunya kuasa lebih tinggi iaitu 15000mAh

Specification

Capacity: 15000 mAh
Output 1: 5V 1A
Output 2: 5V 2.1A
Input: 5V 2A
Weight: 382.7 gram (Lebih berat dari Aukey)
Size: 17 cm x 9 cm x 2 cm (Lebih besar berbanding Aukey)

Harga: RM159 di website Ubuy Malaysia

Setakat ini yang Hani jumpa 2 jenis ini sahaja solar power bank yang sesuai untuk si pengembara yang terdapat di dalam pasaran Malaysia. Kalau anda buka Amazon, boleh jumpa lebih banyak jenama yang bagus-bagus. 

Untuk rujukan lebih lanjut mungkin anda juga boleh melawat website sifupowerbank



No comments:

Post a Comment