Saturday 6 October 2018

Barang Penting Yang Anda Perlu Bawa Ketika Bercuti di Pulau



Bercuti di Pulau merupakan suatu perkara yang sangat menyeronokkan. Terus-terang Hani katakan, antara bercuti di bandar maju dengan pulau, Hani lebih memilih pulau lagi sebab dipulau lebih rileks dan menenangkan. 

Antara beberapa barang yang anda perlu bawa untuk bercuti di pulau adalah

#1 Sunblock

Untuk melindungi kulit anda dari mengalami kerosakan. Anda boleh rujuk pada post Hani di sini sebagai panduan untuk memilih sunblock yang sesuai untuk anda. 



#2 Gel Aloe Vera

Anda perlukan gel ini untuk merawat kulit anda yang kekeringan akibat terkena matahari. Anda boleh gunakan gel ini seperti menggunakan losyen di badan anda. Sapu di tempat yang terdedah pada sinaran matahari pada waktu malam selepas anda membersihkan diri anda. 


#3 Underwater Camera

Anda akan perlukan camera untuk mengambil gambar anda ketika snorkeling atau diving. Rugi kalau tak ada sebab camera handphone anda mungkin tak membantu sangat untuk anda merakam gambar-gambar menarik anda ketika di pulau especially ketika anda sedang melakukan aktiviti air. 


#4 Water Proof Casing

Kalau anda tak mampu untuk membeli underwater camera, mungkin anda boleh membeli water proof casing untuk handphone anda. Anda tetap boleh merakam gambar menarik anda di air ketika snorkeling. 


#5 Selipar

Macam tak sesuai pula kan kalau pergi ke pulau pakai kasut tumit tinggi atau kasut sport. Hani lebih selesa hanya mengenakan selipar ketika berada di pulau. Terpulanglah pada anda untuk memilih selipar macam mana. Yang penting selipar tu mestilah selesa dan mudah. 


#6 Baju berenang

Pastikan anda tidak terlupa untuk membawa baju untuk anda pakai ketika berenang. Terpulang pada keselesaan anda untuk memakai baju apa ketika berenang. Tapi lebih manis kalau baju yang anda pakai tu menutup aurat. 


#7 Sunglasses

Anda akan banyak terdedah pada sinaran matahari ketika di pulau dan mungkin akan mengganggu penglihatan anda. Jadi, bawa lah sunglasses untuk melindungi mata anda. 

#8 Topi

Selain sunglasses, topi juga untuk melindungi anda dari cahaya matahari yang direct terus ke mata anda. 








No comments:

Post a Comment