Saturday 10 November 2018

Catatan Perjalanan Ke Gunung Siguniang, Puncak Da Feng (Hari Kelima)

Hani terjaga dari tidur. Bimbang terlambat bangun tapi tak dengar pula bunyi suara orang sibuk mengemas. 

Yang Hani dengar cuma bunyi dengkuran yang bersilih ganti dari khemah sebelah. 

Tengok jam baru pukul 2 pagi. Rasa macam dah lama sangat tidur.

Lebih kurang pukul 6.30 pagi Hani terjaga sekali lagi sebab terdengar bunyi alarm.

Bila Hani buka zip khemah, terus terasa udara sejuk masuk. Hani lihat air embun yang melekat di keliling khemah berubah menjadi ketulan ais yang halus-halus membuktikan betapa sejuknya suhu di luar.

Selepas solat dan mengemas, kami bersarapan di Tea House sebelum memulakan perjalanan menuju ke Base Camp.

Kami memulakan perjalanan lebih kurang pukul 8.30 pagi.

Dengan suhu -2 darjah celcius, kami memulakan perjalanan di kawasan yang berhutan dengan trek yang agak mencanak serta lumpur yang bercampur dengan najis kuda.


Hani cuba mengelak dari memijak di tempat yang berair tapi hampir semua kawasan adalah lembap dan berair.

Hani mula terasa sejuk dan lembap di kaki Hani. 

Hani lihat Abang Ayob di belakang Hani. Hani bagitahu Abang Ayob yang Hani syak kasut Hani masuk air tapi Abang Ayob cakap kaki Hani mungkin basah disebabkan peluh. 

"Nanti sekejap lagi kering la tu", katanya.

Yeah, logik juga! Mungkin kaki Hani berpeluh.

Tapi jauh di sudut Hati, Hani yakin kaki Hani basah disebabkan air lumpur yang mula meresap ke dalam kasut Hani akibat tapak dah bocor.

Tapi untuk sedapkan hati, Hani ambil kata-kata Abang Ayob tu dan simpan dalam otak Hani. 'Mental War' bermula. 

Trekking di Siguniang begitu santai sambil menikmati pemandangan yang sangat indah. Semakin tinggi kami trekking, semakin cantik pemadangan yang kami lihat.




Sekitar 1.30 tengah hari kami tiba di Base Camp Da Feng. Kami terserempak dengan pendaki-pendaki Malaysia dari group lain yang sedang naik kuda dan bersiap-siap untuk turun ke Rilong.

Cuaca sangat sejuk disusuli dengan tiupan angin menyebabkan kami menggigil kesejukkan.


Hampir ke semua kawasan di Base Camp Da Feng dipenuhi lumpur dan najis kuda. Geli. Hani agak penggeli tapi sifat penggeli tu semakin lama semakin hilang sejak terjebak dengan dunia hiking. 

Kami berteduh di dalam bilik cabin yang disediakan di Base Camp untuk kurangkan sejuk tapi dihalau oleh pekerja di situ. Lalu pekerja tersebut mengunci pintu bilik cabin tersebut. 

Kami terpaksa menunggu di luar semula sambil menggigil kesejukan.  

Bilik tersebut hanya diperbuat daripada batu-batu gunung yang disusun. Di dalamnya terdapat papan seperti katil dan diletakkan sleeping mattress sebagai alas tidur.

Hani agak satu bilik cabin tu mungkin muat untuk 5 orang. 

Sambil menunggu yang lain tiba, kami berbincang untuk menginap di bilik tersebut instead tidur di dalam khemah.

Tapi Pak Am cakap tunggu Abang Deeno tiba untuk putuskan sama ada kita akan tidur di dalam khemah atau di dalam bilik cabin kerana ini akan melibatkan penambahan kos.

Sebaik sahaja Abang Deeno tiba, kami memaklumkan kepada Abang Deeno tentang niat kami untuk menginap di dalam bilik cabin tapi kecewa kerana Abang Deeno putuskan untuk menginap di dalam khemah.

Sebenarnya, tidur di dalam khemah lebih panas berbanding tidur di dalam bilik cabin sebab Hani lihat terdapat lubang-lubang di bilik cabin tersebut dan tak cukup panas berbanding khemah.

Selepas guide siap memasang khemah untuk kami, kami terus memasukkan barang-barang ke dalam khemah dan berehat sebentar sambil memanaskan badan.


Kami makan tengah hari lebih kurang pukul 2.30 petang dengan menu megi kari dan nasi briyani dari pack segera.

Dua kali Hani muntah dan selera makan dah mula hilang tapi Hani perlu memaksa diri untuk makan bagi menambah tenaga untuk misi keesokkan hari yang lebih mencabar. 

Hani cuba makan megi tapi hanya 2 sudu sahaja yang Hani mampu jamah. Begitu juga dengan nasi briyani..

Abang Deeno datang dengan membawa pack makanan sunnah seperti kismis dan kekacang. Hani terus buka pack tersebut dan makan. Hanya makanan ini sahaja yang boleh membuka selera Hani pada ketika ini.

Selepas makan, Hani kembali ke khemah. Hani lihat kedua-dua belah tapak kasut Hani dah lekang. No wonder Hani rasa sejuk di kaki dan stoking rasa basah.

Hani memaklumkan kepada Pak Am tentang kasut Hani dan Liew yang kebetulan lalu di situ ternampak Hani membelek kasut Hani yang lekang lalu dia menghampiri Hani.

Liew membuat isyarat tangan yang bermaksud dia tidak membenarkan Hani mendaki ke puncak keesokkan hari kerana bimbang keadaan kasut Hani yang boleh membahayakan Hani.

Tapi Pak Am cuba menjelaskan kepada Liew yang masalah kasut Hani boleh diselesaikan dengan menampal salotip bagi mengurangkan kebarangkalian salji masuk ke dalam kasut.

Liew hanya ketawa dan mengangguk tanda setuju untuk membenarkan Hani meneruskan misi esok ke Puncak Da Feng.

Hani masuk ke dalam khemah dah melelapkan mata sebentar.

Pukul 5 petang Pak Am ajak mendaki di gunung berhampiran untuk tujuan acclimatize tapi Hani dan Loe memilih untuk tidak turut serta kerana kami ingin merehatkan diri. 

Malam itu kami dinner dengan hanya makan sup sayur dan mee segera. 

Selepas dinner, Hani kemas barang Hani yang akan dibawa ke puncak. Kami akan bergerak untuk summit attack pada pukul 3 pagi. 

Mulanya Pak Am bercadang untuk gerak pada pukul 2 pagi tapi Liew menyuruh kami bergerak pukul 3 pagi. 

Selepas siap berkemas, Hani kembali sambung tidur kerana esok Hani perlu bangun awal untuk bersiap. 

To be Continue.... Catatan Perjalanan Ke Gunung Siguniang, Puncak Da Feng (Hari Keenam, Summit Attack)

Baca juga:

Catatan Perjalanan Ke Gunung Siguniang, Puncak Da Feng (Hari Pertama)

Catatan Perjalanan Ke Gunung Siguniang, Puncak Da Feng (Hari Kedua)

Catatan Perjalanan Ke Gunung Siguniang, Puncak Da Feng (Hari Ketiga)

Catatan Perjalanan Ke Gunung Siguniang, Puncak Da Feng (Hari Keempat)



No comments:

Post a Comment