Thursday 15 November 2018

Catatan Perjalanan Ke Gunung Siguniang, Puncak Da Feng (Hari Keenam dan Ketujuh)

Hari ini merupakan klimaks untuk trip Siguniang. 

Hani terjaga agak lambat pagi ini.

Kami breakfast ala kadar sahaja. Sambil-sambil tu Hani packing juga makanan dan energy bar di dalam backpack Hani. In case Hani memerlukannya masa on the way ke Puncak Da Feng nanti. 

Liew datang ke setiap khemah kami dengan membawa secerek air teh halia panas untuk bekalan kami.

Hani menghulurkan bekas air kepada Liew. Nikmat rasanya dapat minum air panas time sejuk-sejuk macam ni. 

Ketika orang lain semua dah siap pakai harnes bagai. Hani sahaja yang masih terkial-kial. Maklumlah budak baru belajar. Dengan nak salotip kasut lagi. Nak pakai harnes pula tak reti.

Bila sampai hari kejadian terus terlupa apa yang Pak Am ajar masa di Rilong hari tu.

Actually pagi tu Hani dah sedikit mental dengan kasut Hani. Bimbang akan berlaku apa-apa yang tidak diingini pada kaki tersayang. Lagipun pukul 4 pagi macam ni rasa sedap pula tidur kat dalam khemah. 

Ikutkan hati, Hani dah 50-50 nak naik puncak pagi tu. Rasa macam lebih baik Hani lepak sahaja di base camp sambil minum teh halia panas dan makan megi sementara tunggu yang lain turun dengan membawa berita gembira.

Tapi kalau tak naik ke puncak rasa rugi pula. Bukan senang nak sampai sini. Rugi bayar mahal untuk kutip pengalaman.

Yang lain dah gerak dulu. Hanya tinggal Liew, Abang Deeno dan Loe menunggu Hani bersiap. Makin mental pula Hani rasa bila orang dok tunggu.

Sebaik sahaja Hani dah siap, kami mula bergerak menuju ke puncak Da Feng, Gunung Siguniang yang dijangka mengambil masa lebih kurang 4 - 5 jam. 

Sejuk. Hani tak sempat nak check suhu pagi itu. Selut-selut tahi kuda di base camp dan berubah menjadi ais yang seperti kristal dan berkilau bila terkena cahaya dari head lamp.

Jalan agak licin. Ditambah pula kasut Hani yang dibaluti salotip. Makin licin Hani rasa.

Sekejap-sekejap Hani tergelincir jatuh di atas trek. Hani makin stress dan mental Hani semakin koyak.

Hani rasa macam nak patah balik ke base camp. Jarak dari lokasi kami dengan base camp tidaklah jauh mana.

Sempat lagi sebenarnya kalau Hani berpura-pura pengsan atau sawan kat situ.

Abang Deeno yang berada di belakang Hani tak habis-habis bercakap. Mungkin cuba untuk memberi semangat pada Hani.

"Semalam Loe ada bisik dekat Abang Deeno. Dia cakap kalau Hani tak perform hari ni dia tak nak bawa Hani panjat gunung dah lepas ni"

Pehhhhh... menyirap pula darah Hani dengar statement Abang Deeno. Mana boleh pergi panjat gunung tak bawa Hani! Ini tidak adil... 

Hani tahu Abang Deeno cuba bermain psikologi dengan Hani tapi permainan psikologi Abang Deeno agak berjaya di situ.

Sedikit sebanyak semangat Hani datang kembali walaupun tak sepenuhnya bila dengar statement Abang Deeno tu.

Kalau bukan kerana kasut, Hani takkan mental macam ni.

Hampir separuh perjalanan, Hani berhenti dan memasang crampon di kasut.

Kalau ikutkan belum sampai lagi kawasan crampon point. Tapi Hani dah tak tahan asyik terjatuh disebabkan kasut yang licin.

Liew membantu Hani memasang crampon di kasut.

Selepas pakai crampon baru Hani rasa ok sikit untuk berjalan. Tapi ok itu hanya di kawasan bersalji sahaja.



Bila Hani tiba di kawasan yang tiada salji dan berbatu, Hani mula hilang confident dengan step Hani.

Bimbang Hani tergelincir jatuh bila besi di crampon bergesel dengan batu-batu gunung yang licin.

Hani cuba melangkah dengan berhati-hati. Makin tinggi altitude, terasa semakin berat kaki Hani.

Setibanya di kawasan crampon point, Hani lihat mereka yang lain berhenti untuk memasang crampon di kasut masing-masing.

Nasib baik Hani dah siap pasang crampon. So, Hani tak perlu berhenti dan hanya meneruskan perjalanan. Loe berada di situ menunggu Hani.

Loe memberi isyarat menyuruh Hani berjalan di hadapan dan dia berada di belakang.

Hani terus melangkah mengikut pace Hani sendiri. Di sini mental Hani dah kembali pulih sedikit demi sedikit. Keyakinan Hani yang hilang separuh dah kembali semula.



Hani terus melangkah tanpa menyedari yang Hani sudah meninggalkan Loe di belakang.

Seketika Hani berhenti kerana terdapat pendaki di hadapan Hani sedang membetulkan cramponnya. Hani menoleh ke belakang tapi kelibat Loe dah hilang dari pandangan. 

Rupanya ketika ini sesuatu telah berlaku pada Loe. Tangan Loe beku disebabkan suhu yang terlalu sejuk. Nasib baik mereka yang lain ada untuk membantu Loe. 



Tanpa mengetahui apa yang terjadi pada Loe, Hani terus melangkah sebab semakin lama Hani berhenti kaki Hani rasa semakin sejuk. 

Kaki Hani dah mula kebas. Hani cuba menggerakkan kaki tapi tak rasa apa-apa.

Hani terus melangkah tanpa mempedulikan kaki Hani. Puncak dah tak jauh, Hani perlu habiskan semua ini. Dah terlalu lambat untuk berpatah balik.

Hani berhenti seketika di kawasan lapang dan berbatu untuk duduk menghilangkan lelah. Liew ada di situ menunggu yang lain.



Liew menunjukkan ke arah kasut Hani dan membuat isyarat thumbs up sambil ketawa. Kagum agaknya melihat Hani masih mampu bertahan dengan keadaan kasut yang nazak.

Dia tak tahu, bukan setakat kasut ja yang nazak, Hani pun dah hampir-hampir nazak jugak ni. Yang tinggal hanyalah semangat untuk habiskan 'kerja gila' ini.

Semakin hampir dengan puncak Hani rasa kaki Hani semakin berat. Tenaga dah semakin kurang. Udara yang semakin nipis menyebabkan Hani rasa cepat penat tapi Hani perlu sampai ke puncak. Puncak dah semakin hampir tapi langkah yang terlalu perlahan menyebabkan Hani rasa begitu lama untuk sampai.

Hani lihat Abang Rahim sedang duduk di atas batu berhampiran memegang camera DSLR.

Melihat Hani yang tengah struggle, Abang Rahim cuba bagi semangat pada Hani.

"Come on Hani. Lagi sikit nak sampai puncak. Ambil 10 langkah berhenti tarik nafas. Kalau tak mampu 10 langkah, ambil 5 langkah lepas tu berhenti tarik nafas"



Yes. Teknik yang diajar Abang Rahim berkesan.

Hani ulang teknik 5 langkah sampai la Hani berjaya tiba di puncak.

Alhamdulillah.....

Hani duduk sebentar menghilangkan lelah sambil mengeluarkan Go Pro untuk mengambil gambar pemandangan yang sangat indah di puncak. Dari Puncak Da Feng, Hani dapat lihat pelbagai puncak yang Hani tak tahu semua itu puncak gunung apa.

Yang Hani tahu, pemandangan di situ sangat menakjubkan.



Hani bersyukur kerana diberi peluang untuk melihat view yang sangat cantik ini dan merasai pengalaman ini.

Akhirnya, kesemua 10 orang pendaki berjaya tiba di Puncak Da Feng Gunung Siguniang yang berada pada ketinggian 5025 mdpl.





Setelah puas bergambar, Hani mengajak Loe turun sementara yang lain masih bergambar di puncak.

Hani dah tak tahan dengan keadaan kaki Hani yang kesejukan. Hani hanya fikir untuk cepat-cepat sampai ke Base Camp dan buka kasut.

Perjalanan untuk turun ke bawah agak mencabar kerana trek agak licin dan curam kerana salji yang agak tebal sehingga kami tiba di trek yang berbatu. 



Masa dalam perjalanan turun, kami sempat order untuk sewa kuda melalui Liew walaupun Hani tahu yang Abang Deeno merancang untuk sambung pendakian ke Puncak Er Feng pula. 

Dalam keadaan kasut Hani yang nazak ini, Hani memang dah tak mampu untuk mendaki Puncak Er Feng walaupun pengalaman mendaki Puncak Er Feng mungkin lebih menarik berbanding Da Feng kerana Puncak Er Feng memerlukan kemahiran yang lebih teknikal.

Oh, by the way harga sewa kuda dari Base Camp Da Feng adalah 310 Yuan. Dulu 300 Yuan tapi dah naik harga. Malas dah kami nak nego. Agree sahaja dengan harga tu. 

Sebaik sahaja kami tiba di Base Camp Da Feng, Hani terus membuka kasut dan menjemur stokin yang lembap. Nasib baik Hani memakai stokin dari material wool dan meletakkan heat pad di dalam stokin.

Kalau tidak, mungkin Hani lebih berisiko untuk terkena frost bite. 

Kami berehat sebentar sementara menunggu mereka yang lain tiba sambil mengalas perut. Abang Deeno dah semangat nak meneruskan perjalanan ke Puncak Er Feng tapi majoriti dari kami dah tak mampu untuk meneruskan misi ke Puncak Er Feng.

Setelah berbincang, kami semua bersetuju untuk pulang ke Rilong dengan menunggang kuda. Hanya 4 orang dari kami sahaja yang menunggang kuda dari Base Camp manakala 6 orang yang lain menunggang kuda dari Tea House. 

6 orang tersebut terlebih dahulu bergerak turun manakala kami berempat menunggu Liew dan rakannnya mengemas khemah untuk dibawa oleh kuda.

Ini merupakan pengalaman pertama Hani menunggang kuda. Mulanya agak gayat ditambah pula kuda yang Hani tunggang tu agak sukar dikawal.



Tapi lama-kelamaan Hani dapat biasakan diri mengikut rentak kuda tersebut. Rasanya lebih kurang 2 jam kami tiba di Tea House. 6 ekor kuda masih belum tiba. Kami menunggu kuda tiba sambil mengalas perut dan berborak.

Tak lama selepas itu 6 ekor kuda tiba dan kami memulakan perjalanan menuju ke Rilong.

Sekali-sekala kami berselisih dengan beberapa orang pendaki yang dalam perjalanan untuk naik ke Gunung Siguniang.

Kami semua menyangka kuda akan membawa kami terus ke guest house tapi ternyata sangkaan kami meleset. Kami hanya dibawa oleh kuda sampai di hujung laluan yang lapang sahaja. Seterusnya kami diminta turun dan berjalan kaki menuju ke guest house.

Mungkin kerana laluan tersebut terlalu curam dan berbatu. Bimbang kami akan hilang keseimbangan dan terjatuh.

Kami terus menapak lebih kurang dalam 15 minit dan akhirnya kami tiba di guest house, Rilong. Rasa lega sangat bila dah sampai. Perkara pertama yang Hani fikir adalah untuk mandi sebab dah 3 hari tak mandi.

Selepas bersihkan diri, kami berehat sementara menunggu waktu dinner.

Keesokkan harinya kami pulang ke Chengdu dengan melalui laluan yang lain. Kami sempat singgah sebentar Wolong Panda Nature Reserve untuk melihat Panda.




Entrance fee: 90 Yuan
Shutter Bas: 30 Yuan (Tak payah pun tak apa. Naik ja transport yang kita sewa tu)

Selepas 2 jam melihat karenah panda, kemudian kami meneruskan perjalanan menuju ke Chengdu.

Kami ada 2 hari untuk aktiviti free and easy di Chengdu. Insha Allah, dalam post akan datang Hani akan share serba sedikit info tentang Bandar Chengdu. 

Baca juga:

Catatan Perjalanan Ke Gunung Siguniang, Puncak Da Feng (Hari Pertama)

Catatan Perjalanan Ke Gunung Siguniang, Puncak Da Feng (Hari Kedua)

Catatan Perjalanan Ke Gunung Siguniang, Puncak Da Feng (Hari Ketiga)

Catatan Perjalanan Ke Gunung Siguniang, Puncak Da Feng (Hari Keempat)

Catatan Perjalanan Ke Gunung Siguniang, Puncak Da Feng (Hari Kelima)







No comments:

Post a Comment